Dah ready nak raya?

Persiapan raya? uwwwwaaaa!!! Belum siap lagi.

Baju raya saya baru beli last Friday. Esok baru gi ambik pasal alter skit-labuh sgt, al maklum lah tuan punya badan tak cukup tinggi. Baju melayu hubby memang susah nak cari. Satu pasal saiz. baju dah cantik kat badan, lengan baju plak senteng. ke-2 nak cari baju melayu teluk belanga kat KL ni bukan ramai yg jual pon. Baju raya budak besar & budak kecik pon  belum ready. Nasib baik Mak Yong diorang baik hati beli kan dress raya. Saya sempat beli kasut untuk Emily. Kasut Edrea order online via FB, dah la lambat sampai (silap saya...masa pos laju datang saya kat bilik...x dengar langsung, dah menunggu sampai ke petang x jugak sampai. tetiba rajin plak cek letter box...tu dia, kul 10 pagi org tu dah sampai...saya yg x dengar...huhuhu). Skali pegi pickup parcel kat post office, alahai besar la plak Edrea wei..kene tunggu lg 3-4 bulan baru boleh pakai ni. Memang dah saiz utk 1 year, tp Edrea ni kecik skit compare dengan Emily masa baya-baya ni. Dah kene shopping kasut raya lain.

Plan asalnya saya nak shopping kat JB. Macam last year shopping kat Kotaraya, semua ada. Dengan hubby punya baju melayu + sampin tak lebih RM150 pon, baju kurung Emily pon cantik siap berlabuci. Byk kali tertangguh nak balik JB, sampai sudah tak jadi balik. Raya ke-4 ni baru la jejak JB. Tu yang jadi kelam kabut shopping. 

Last Monday saya singgah di The Mall. Kan selalunya penuh baju raya kat situ, tapi kali ni pergi sgt kecewa. Banyak yg jual baju blouse, kasut, dress yang x berkaitan dengan raya. punya la frust. Semalam pegi cari kat PKNS Shah Alam, ada la baju kurung Emily yang dah berkenan...saiz pulak tak de. Budak besar nama umur 4 tahun, tp kene pakai 1 size bigger. Try yg umur 6 tahun menggeleber la pulak. Aduss...saya dah kecut perut ni. Kesian budak2 ni nak beraya tak de baju. Si Edrea tak pe la, yang si Emily ni...tak sabar2 nak baju.

Esok malam nak pegi Jalan TAR pulak. Tu last resort, kalo tak dapat jugak confirm beraya dengan muncung  sedepa la Emily nanti.

Saya: Pakai jubah je tahun ni, tu je yang muat dengan perut yg dah besar ni.

DLCW - We're still proud of you!

Keterujaan nak tengok DLCW menang Gold pertama untuk Malaysia sampaikan saya berbuka hanya makan kurma dan minum air.


Padahal dah masak siap2 pajeri terung dengan ayam goreng kicap. Siap buat tuna puff lagi tu. Tapi DLCW lagi penting. Perut serta merta kenyang masuk nescafe secawan. 


Lepas solat je terus mengadap tv. hubby pon tak nak makan nasi dulu..baguss! 


Tapi biasa la kan..adat permainan ada kalah menang. Walau excited mana pon kita, still akan ada yang kalah jugak. Yang tak best nya...kita yang kalah...uuwwwwaaaaa!!! Sangat sedih bila tengok DLCW muka sayu nak nangis. Saya pon rasa cam nak mengalir air mata. Saya dapat rasa macam mana frustnya rasa x menang game smlm. Pasal dia dah buat sehabis baik. memang good fight game semalam. Lin Dan pon cuak takut kalah dgn DLCW. Terkial-kial jugak dia.


Dah nasib kita nak menang silver je. Tu pon dah cukup baik ada DLCW yang boleh bawak balik medal, dari tangan kosong je pegi balik London. Sangat2 bangga jugak dengan rakyat Malaysia yang bersatu hati menyokong pemain negara kita. Walau pon tak dapat makan Free aiskrim Baskin Robin, namun semangat kesukanan tetap ada dalam diri masing2! Ni la semangat yang kita nak. Semangat juang dan menyokong. 


Yang kaki kondem orang pon still ada gak. Yang ni confirm bukan peminat sukan. Kutuk tak agak2. Macam lah dia tu pandai sangat main. Kalo dah tak minat tu tak payah la banyak bunyi. Cara nak main pon tak tahu, ada hati nak kondem orang tu tak buat yang terbaik lah, lembik lah, tak cukup strategi lah. Hello...ni Sukan dunia tau. Kalau awak tu pandai apsal x de kat London dalam court skang?


saya: Mengharapkan Azizul Hasni Awang bawak balik gold, tapi tak kesampaian jugak :(

Booking - Confirmed

FYI, Tempua Homestay dah terima tempahan sempena Syawal. Ada rombongan gi kenduri kahwin, ada rombongan beraya ke Singapura. Anda bila lagi? Jom beraya di Johor!

Info: 


18/08/2012 - 21/08/2012 @ Booked.
24/08/2012 - 26/08/2012  @ Booked.


saya: Insyaallah minggu ni balik Johor. Tak sabar nak buka puasa makan lontong kering :P

Nasi Dagang oh Nasi Kerabu


Tadi saya update status kat FB pasal Nasi Dagang + Nasi kerabu kelantan buat buka puasa semalam. Ramai lak plak kawan2 yg reply. Memang sedap sungguh!


May Faizi
7 hours ago
 ·  · 



Hari ni punya cerita.......



                                                   





Taaraaaa!!! Dan lagi Nasi Dagang!









Hari ni saya beli nasi dagang je. 3 nasi + 2 lauk = rm8.50






Haaa..ni lah gerai dia @ Pasar Ramadhan Kg. Sg Penchala.








Lauk pauk sempoi. Nasi dagang ada gulai ayam, ikan & itik. Abang & kakak gerai ni sempoi je. Saya perasan diorang mesti pakai baju color sama. Semalam pakai merah, ari ni baju biru plak..seragam gitu :)

Juadah buka hari ni simple je. Nasi Dagang, Kuih rm2, bubur pulut hitam. Ada tembikai dalam peti ais, pastu bancuh bandung cincau. Alhamdulillah! Tu pon tak habis. Jap tadi baru second round Nasi dagang.









Juadah berbuka tadi.








Saya: sahur nanti makan roti cicah kuah gulai ikan tongkol yg lebih tadi...hehehe..jangan membazir ooo...

Total Pageviews