Tips langsaikan hutang dengan cepat

Alhamdulillah...walau pun dah lama tak blogging...tapi masih menyimpan hasrat nak share dengan anda semua...tips yang boleh diguna pakai untuk selesaikan hutang.

Saya dan en.Hubby memang target 3 bulan pertama tahun 2015 ni...kami dapat settle kan hutang piutang yang related to bank & intallment lain. Dalam masa yang sama try to reduce or maintain fix expenses.

En.hubby sebenarnya underpaid. Maybe sebab dah lama tak makan gaji, bila start kerja balik...tak boleh la demand gaji seperti sebelum ni. Apa pun alhamdulillah. Seperti di rancang, ikut bajet, ketepikan keinginan, beli apa yang perlu je...kami dah achieved.

Ni saya share tips simpanan yang saya amalkan sekarang yang saya rasa sangat berkesan dlm musim gawat ni. Mungkin anda dah tahu tapi tak amalkan. Mungkin lepas ni anda boleh cuba.

1. Senaraikan dulu hutang2 yang perlu dibayar termasuk hutang dengan orang perseorangan, sewa beli (courts, Seng Heng etc), car loan etc. Senarai ni mestilah dengan jumlah dan keutamaan. Yang mana urgent nak bayar & yang mana boleh lumpsum payment.

2. Senaraikan pulak fixed expenses yang kita kena bayar tiap2 bulan. Shopping, kids entertainment, holiday semua tak masuk list ye. Ni contoh fix expenses:
- car loan 400
- kindy anak 400
- kafa anak 150
- fuel 500
- sewa rumah 1100
- groceries + meal 1000 
- bil air  + letrik 500
- bil telefon 250
- insurans 500
- nursery anak 500
- parent 200
total rm5500

3. Dari keseluruhan income yang kita dapat (husband + wife), tolak 10% untuk saving. 
Contoh : gaji bersih suami 4800 + wife 2200
total rm7000 - 10% = 700
Balance = 6300 - 5500 (fixed expenses)
Balance = rm800.

4. Tips Sampul surat (envelop). Mesti anda pernah dengar kan? Tapi tak buat jugak...hihihi. Bila dapat gaji, mana yang boleh bayar online, terus settle kan cepat2. Selebihnya, keluarkan duit dan masuk dlm envelop ikut kategori fixed expenses tadi Termasuk la envelop untuk lebihan tadi (rm800). Setiap kali anda nak buat payment atau pun nak isi minyak kereta, guna duit dr envelop yang betul. Jangan nak pakai dulu duit groceries atau pun duit insurans..nanti ganti balik...tak de makna nya !!! Once u tak disiplin, habis huru hara plan anda. Disiplin! memang susah nak buat...tapi ia lebih baik dari  hujung bulan kais pagi makan pagi kan...

5. Lebihan rm800 tadi tu..payment apa yang boleh settle dan tutup akaun terus? 

Contoh: anda ada hutang tv dengan 'mahkamahs' lagi rm980. ikut kiraan lagi 6 bulan baru settle coz bayar ansur rm165 je tiap2 bulan (padahal kita dah bayar harga 2 biji tv). Tapi duit ada rm800 je...caner tu?

Potong bajet groceries atau pun telefon (kalo anda guna prepaid). Tarik rm180..top up utk full settlement Courts tadi. Dah settle 1 hutang! Senang kan! kalo dah list down semua benda..terang sikit kita nampak. Dan saya tak rasa kita cut bajet makan rm180 boleh buatkan 1 famili kebulur.

6. Downgrade/ maintain lifestyle. Bukan nya suruh jadi orang miskin. Lifestyle je pun. Kalo sebelum ni anda selalu makan aiskrim baskin robbinson, tuttis fruity s...udah2 le tuh...buat kat rumah pun boleh. Kalo malas sangat pelbagai perisa sherbet ada jual kat pasaraya. Lagi untung. 1 tub rm9. Baskin robbinson, seorg rm9. Kalo anak 3..dah rm27. Bapak nak jugak..keluar duit lagi.
mak2 nak beli tudung, memang x beli Ariani ke fareeda ke..beli shawl murah je rm30. Tapi sekali borong 3 helai. Rm90 jugak. Tak perlu nak follow trend sangat. Tunggu hutang dah settle, baru la boleh lepas gian ye. sehelai boleh la. Jangan borong lagi banyak. Salah dah rule maintain tu..
Anda akan lihat hasil nya.

7. Green note (not 5 ringgit). Sebenarnya tips ni menjadi. Kalo anda nak tahu, tabung hijau ni la yang membolehkan kita maintain lifestyle atau mungkin boleh belanja lebih sikit. Cara nya, sediakan 1 tabung. Setiap kali dapat not rm5 ni, terus masuk tabung. Anda akan rasa shot sikit duit belanja harian, masa ni belajar lah berjimat, tapi setiap 3 bulan cuba kira duit dlm tabung tu. Mana tahu cukup untuk anda pegi holiday dengan family...2hari 1 malam pun dah ok. It's a reward untuk hasil disiplin anda ! Best kan ?

8. Tips2 lain...mungkin anda tak suka dengar. Walaupun dah tahu tapi masih tak nak kalah. Macam2 alasan la kluar kan. kurangkan makan kat luar - saya kerja, mana sempat nak masak. stop spending untuk hobi anda. Kalo dapat hasil tak pe - mana boleh suruh saya stop hobi saya. Memang hobi saya make up kereta. Ya..faham. memang hobi anda. Tapi agak2 la. pantang rim baru sampai terus nak sambar. Mahal pun mahal la. Bayar ansuran. Tambah hutang lagi. 


Pastu sekarang komplen pasal GST..pung pang pung pang...lifestyle mcm tu jugak. aptb.

p/s saya cuma kongsi kan tips yang saya amalkan dan ianya berjaya pada saya. Kalo anda pakar ekonomi..kata saya salah...saya minta maaf. Tiada paksaan untuk ikut. Pilih jalan sendiri. Sekadar bagi jalan kepada yang memerlukan.

Tips untuk pasive income? Soon...



Total Pageviews