Salam Aidilfitri (walaupon dah terlambat)

BZ yang teramat sejak seminggu b4 raya sampai la semalam. Bukan bz bekerja pon...tapi bz menyiapkan persiapan raya yang sendiri cari pasal...last minit baru nak buat.

Last post kan saya ada cakap nak gi jalan TAR cari baju raya...actually malam tu jugak pegi. nasib baik la buat keputusan yang betul. kalo tunggu satu hari lagi baru nak pegi confirm tak beraya la saya.Sampai je jalan TAR mak datuk...punya la ramai orang. nak jalan macam dalam perbarisan. ikut flow je... org depan jalan, baru la boleh melangkah.Lucky me..baru 2-3 kedai je lalu, terus nampak baju untuk Emily. berdoa dengan harapan ada saiz. belek punya belek, alhamdulillah ada! Emily try sarung pon cun2 je. Tapi kesian kat mamat kedai tu. Terdengar dia borak dlm phone, duit niaga dia habis kene rembat dgn perampok. Dia tertidor, kakak dia gi solat. padahal wallet dengan dia tu. Tah camane, kene sapu. Sedih bila dia cakap duit nak balik beraya sumer habis...saya ni duk risau2 tak beraya padahal baju raya je pon yg tak de. Kalo jadi macam dia tak boleh balik kampong, confirm meraung la.

Pastu cari baju melayu untuk hubby pulak. Tema tahun ni kan merah. Memang la banyak baju warna merah, tapi kitorang punya color merah terang. Susah gak nak cari. Yang banyak jual kaler merah hati. Dah pusing satu round, x jumpa2 gak. Plan nak balik la ni. kedai last kitorang lalu, ternampak la satu baju. Cantik! Teluk belanga plak tu. Skali saiz habis daa...terpaksa la ambik cekak musang. Tak pe la, lagi pon beraya kat Terengganu kan. kira ok la tak dapat baju melayu teluk belanga pon. Hubby yang kononnya tak kisah ada baju raya ke tak, tetiba excited. Nak beli sampin pulak. ok lah, kita redah lorong yang last ni. Kalo ada, ada lah ye.

Last2 skali, sumer yang nak dicari dapat.Alhamdulillah. Setel satu hal. dekat kul 12 gak baru leh kluar dari situ.

                   



                       

Posing test baju raya


Jumaat malam 10.30 baru bertolak balik Terengganu. Siang tu hubby tukar tayar kereta la, setel kan urusan bank mana yang patut, bersihkan kubur arwah mak, pastu terus dia sampai rumah je terus sumbat barang dalam kereta. Kitorang bukak puasa kat luar dan terus jalan...kononnya la. Gi bukak puasa kat Giant KD. Semua kedai/ restoran penuh. Rupanya orang lain pon macam saya. Last minute shopping, hujung2 puasa buka kat luar. Duduk la kami kat kedai corner ni, bukak puasa makan kurma & air, kuih 3 ketul. Nasib ada nasi lemak untuk Emily. Lepas solat baru la makan nasi ayam.

Saya dah budget jalan memang jam ni. Baru lepas Duke nak masuk Gombak, dah tak bergerak. Confirm jam sampai ke Bentung ni. Terpaksa la redah jalan sg,Tua short cut to Genting. Scary gak malam2 lalu jalan ni. Kalo bulan tak puasa confirm saya tak lalu...hihihi. Kereta 3 bijik je atas jalan. Tu pon semua bawak laju2. Padahal panjat bukit tu. Last 2 kereta kat depan tu hilang. Tinggal la kami terkontang-kanting kat jalan tu.Sampai Genting shortcut lagi Janda Baik ke Bentung, ngam2 keluar lepas tol Bentung nak masuk LPT dah.Jalan pon dari situ baru lah clear. Perjalanan raya yang sangat lama, campur stop penat & ngantuk, 4.30pagi baru sampai kampong. Terus sahur la kita.

Aidilfitri tahun ni actually sederhana je. Tapi meriah pasal adik-beradik saya sumer ada first day raya tu. Kami 7 beradik, saya no 2. Kakak saya balik dr Besut je pon.Adik saya yg pompuan no 4 memang turn rumah kami. Raya ke-3 baru balik Lepar Jerantut rumah mertua.


 Satu famili. 
Dari kiri belakang Adik saya no 5 Fifi, adik bongsu Akil, belakang tu abg ipar, Baby Danish & Saiful-hubby fizah, yg tu En.Hubby saya Faizi, adik no 3 Fizi.
Dari kiri duduk adik no 6 Ain, Kak Jan & baby Humaira, saya le tu yang tgh kembang, adik ipar Gie, Fizah, anak buah Iman, Hasha.
Duduk depan Alia, Emily, Azhan, Ayuni & Ajeerah. Semua tu anak kakak saya kecuali Emily.


 Edrea El Tihani & Emily El Zahra





Iman & Emily posing



Pasal kami dah tak de mak, so segala plan raya termasuk menu, nak gi ziarah & beraya, kami plan la sendiri. Abah dah tak tinggal dengan kami. Dia duk kampong sebelah rumah isteri baru. Jumpa pon pagi raya je la.
Menu tahun ni Sate ayam, Nasi himpit & kuah kacang. Nasi tomato lauk ayam masak merah & acar. Kuih raya Kak Jan bawak sikit, adik ipar Gie buat tapai, kerepek pisang & tempeyek, fizah banyak buat kuih & kerepek. Saya bawak balik kerepek2 je & kek coklat.
(Gambar menu lupa nak ambik...hihihi)

Second day baru balik rumah arwah tok ayah (belah mak) kat Merchang. Rasa tak de semangat nak balik sana sejak arwah tak de. Tapi mak & bapa sedara masih ada. Tanggungjawab kami la menziarah.



No comments:

Post a Comment

Total Pageviews