Versi Macam-macam

Dah lama tak bercerita. Banyak sangat citer nya tapi tak de la yang interesting sangat.

Last week of Syawal, sempat la beraya rumah uncle2 my hubby. Kita dah tak de orang tua, kene la sentiasa ingat sedara mara yang ada. Tu pon dah kira sangat tak sopan. Esok last Syawal hari ni baru nak ziarah. Yang best nya dapat makan nasi Kerabu Mak andak. Original from Kelantan. Dia tahu saya teringin nak rasa nasi kerabu, sampai 2 pinggan bertambah..huhuhu..Emily pon suka 'Nasi kelabu' ni...hihihi..first time makan dia panggil nasi kelabu.

Dalam ke'bz'an tu, dapat pulak sad news from one of our college friend dulu. Suaminya kahwin senyap-senyap lagi satu. Patut lah tegok status FB penuh duka lara. Kesiannya dia. Saya jenis yang tak suka bzbody, setakat baca status orang, tapi takde lah nak siasat punca masalah. Tapi kalo perlukan teman, insyaallah saya masih boleh mendengar. Cumanya kami tak berapa rapat. Maybe dia segan jugak nak bercerita. Semoga teman saya tabah menghadapi ujian rumahtangga ni. Saya cuma mampu berdoa, semoga rumahtangga saya dijauhi dugaan yang macam tu, pasal saya tak tahu sekuat mana saya boleh handle. Saya mungkin tak kuat untuk terima kenyataan. Walau pon dah selalu dengar cerita cerai berai, bermadu tiap2 hari...tapi belum tentu kita kuat. Bila dah jadi kat kita, baru la kita tahu betapa beratnya dugaan yang macam tu kan.

Saya: Misi cookies dah berjaya! Yeay! Tapi belum sempat snap gambar, sous chef dah ngap habis...mlm tu je dah tinggal suku botol..huhuhu..next time buat lagi saya share gambar dan resepi ye.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews