Misi: 1Hari 1Resepi (Menu for kids)

Tetiba hari ni ada azam baru. Nak masak menu baru setiap hari untuk anak2. Pasal apa...saya persan Edrea & Elric sekarang ni pun dah jadi picky eater. Masak ni tak makan, masak tu tak suka. Elric siap buat muka tu. Habis kuat makan biskut & fries.

So, sebelum terlambat...baik lah saya sacrify sikit. Walau pun sebelum ni memang susah nak masak tiap-tiap hari, saya akan cuba jugak jalankan misi ni. Target saya 30 resepi untuk 30 hari. So next month nak rotate menu pun diorang tak boring. Dan resepi mesti lah yang senang disediakan...coz saya memang tak boleh spend my own sweet time kat dapur sangat. Nanti banyak la drama. Sorang nak air la, yg kecik bergayut kat kaki la. Lagi satu...menu yang di sediakan tak kira untuk waktu makan pagi ke, lunch ke, tea time ke or dinner. Janji diorang perasan something new yang exciting to try.

Ok. Menu pertama...Pasta Soup! Hihihi..paling senang. Walau pun dah selalu masak..tapi kali ni kita tukar sikit.

PASTA SOUP

Bahan-bahan

1 batang lobak
1 biji kentang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 Kulit kayu manis
1 Bunga lawang
Ayam
Daun sup
1 sb minyak
4 cawan Air

Cara-cara

1. Potong  lobak, kentang & ayam bentuk kiub.
2. Mayang bawang besar, bawang putih & halia.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan hirisan tadi sehingga kekuningan.
4. Masukkan air, ayam, lobak & kentang.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Biar hingga mendidih/ masak. Taburkan daun bawang.

Sambil memasak sup tadi, di atas dapur lain masak air hingga mendidih. Letak sedikit minyak. Masukkan pasta. Saya campurkan pelbagai jenis. Masak lebih kurang 10 minit. Tos dan siap untuk dihidang.

   



No comments:

Post a Comment

Total Pageviews