Yes, it's true and it happened to me! Astaghfirullahal azim! Sangat-sangat cepat insiden ni.
Saya dalam kereta dengan Elric tunggu en.hubby beli barang kat Speedmart. En.hubby datang bukak pintu belakang masukkan barang. Dah settle. Saya pun keluar kereta nak gi kedai depan kejap. Reason saya keluar dulu before en. Hubby sempat masuk kereta coz masa tu Elric tengah main. Saya nak elakkan dari dia mengamuk nak ikut. Elok je saya tutup pintu Elric terus locked kereta. Saya cakap kat en.hubby "jangan tutup pintu, Elric lock..." masa tu la dia tutup. Subhanallah! Not even 5 second it happened!
Nasib baik saya tak panik sangat. Saya panggil Elric suruh unlocked. Dia boleh pulak sengih2 pastu gi seat belakang geledah barang groceries yg baru beli tu. En.hubby blurred. Try bukak pintu..off course x boleh la kan. Saya suruh dia gi cari locksmith..tak de. Suruh pulak dia cari mekanik. Tu pun slow motion je gerak. Suruh lari baru la laju sikit.
Elric asyik duk main baling-baling telur. Panggil dia pun ketuk2 tingkap dia gelak je. Dalam hati saya hanya mampu mintak tolong dengan Allah. Saya yakin boleh pujuk Elric to unlocked the door. Orang mekanik datang. Tolong cungkil pintu. Ada 2 orang lagi datang dekat nak tolong. Bila Elric tengok ramai orang dia start nangis. Haa...masa ni saya panik. Coz Elric ni kalo start nangis tak bukak mata langsung. Melalak je. Susah la saya nak pujuk dia. Alhamdulillah dia nangis kejap je. Tapi pintu still tak boleh bukak.
Dah 10 minit, saya dah bajet suruh pecahkan cermin kecik kat tingkap belakang je.
Elric ni budak bijak. Sekali je dia tengok orang buat, terus dia stored dlm memori dia. Pandai lock/ unlock pintu. Pandai bukak tingkap. Tapi tak nak pulak dia main2 bila jadi camni. Saya pujuk jugak walaupun dia tak dengar. Dia duk tarik button lock tu cuma tak kuat.
Finally dia tekan button tingkap belakang. Cepat2 saya tekan turun & unlock pintu. Syukur Alhamdulillah! Tak jadi musibah besar. Bila jadi kat diri sendiri baru lah saya tahu perasaan tu macam mana.
Saya tak tahu kes orang lain yang memang purposely tinggalkan anak dalam kereta sampai jadi insiden yang menakutkan. Tapi saya yakin mereka tahu kemampuan dan keselamatan anak mereka. Tapi kemalangan boleh berlaku. In split second anak saya 1 1/2 tahun boleh terkunci dalam kereta sorang2. Bodoh ke saya nak biarkan dia sorang2? Tidak! Ini takdir saya. Nak kata saya lalai..tak! Saya dah bajet cantik dah. En.hubby pun dah ready nak tutup pintu belakang & masuk kereta. Siapa sangka Elric yang tgh ralit main boleh tetiba plak gi lock pintu. Ada hikmahnya. Allah nak suruh saya belajar something disebalik kejadian ni.
Apa2 pun saya syukur sangat2 anak saya selamat. Sampai rumah, Elric tidur. Terus saya solat isyak dan buat sujud syukur. Terima kasih Allah!
No comments:
Post a Comment