Langkawi Trip

Minggu lepas sempat bercuti ke Langkawi. Nak bawa anak2 naik flight. B4 Elric cecah umur 2 tahun..baik kita gi holiday dulu kan..nanti kang increase travel cost lagi.
punya lah struggle nak handle Elric ni. Kat airport lari sana sini. Dalam flight pun tak duduk diam. Bising jugak la merengek nak bukak seat belt. Nasib la travel ke Langkawi 1 jam je. Kalo tak..mahu orang sebelah mengamuk. Disebabkan kami berlima, saya pilih seat 2 depan 2 belakang. Edrea dengan daddy. Emily dengan mummy. Elric atas riba.

Bertolak dr KL hari Jumaat pukul 9.15pm. Sampai Langkawi, Biras saya kak nora dah tunggu. Kami tidur di rumah mamanya di Kuah 2 malam. Last night baru check in hotel.

Hari sabtu, activity start with Underwater world. Harga tiket dewasa rm30, kanak-kanak rm20 (2 tahun ke atas).


Ni kat glass tunnel. Boleh pulak Elric sangap. Spoil gambar...huhuhu

Seal

Shark semua tengah lepak

Petang sambung dengan duck tour pulak. Yang ni kena pegi Oriental village. Harga tiket dewasa rm38. Kanak-kanak rm28. Macam mahal kan...tapi actually worth it. 15 minit journey atas jalan. Masuk air pusing-pusing di Telaga Harbour dalam setengah jam. Sangat enjoy. View sepanjang dalam laut cantik sangat.





Next day Ahad, ke Oriental Village lagi. Nak naik skycab. Beratur punya la panjang. Dapat tiket pkl 2.30pm. Masa tu baru pukul 12. Jalan-jalan di Oriental Village pun takde apa-apa. Kalau dulu ada gajah, arnab, rusa...semua tu dah takde. Rasa nya semua haiwan dipindahkan sementara sebab ada construction. Last2..kami pegi lunch dulu. Jalan2 di Pasir Hitam. Kat sini pun tak de apa yang menarik selain tengok pasir pantai berwarna hitam (sebab dikesan ada minyak kat situ..kalo x silap..lupa dah..ada baca sejarah dia), ada lah kedai2 kraf yang jual baju2 dan souvernir dan gerai2 makan. Ada playground jugak..tapi kurang selamat macam tak di jaga.

Pukul 2, dah terpacak balik di skycab. Beratur lagi nak masuk..dan lagi untuk tunggu cable car tu sampai. Ada jugak kaunter jual express ticket which is VIP...tak payah beratur panjang. Tapi nya..ramai gak yg beli VIP ticket. Still beratur jugak. Harga jangan cakap la. Rm80 tu. Beratur je dekat 2 jam. Sebelum sampai ke cable car..diorang bawak lita masuk ke Dome dulu. Mini 3D cinema dgn show 3D roller coaster.

Dari stesen cable car tu sampai ke atas Gunung Mat Cincang tu jauh jugak..almost 3km. Memang sayup je kalau tengok ke bawah. Tapi sedikit kecewa bila sampai kat atas..tak de apa..sebab sky bridge tengah construction jugak. Lepak 20 minit kat atas tu...makan burger..dan turun. Penat beratur pun tak hilang. Tapi ok lah untuk kids..experience naik skycab.




Time to check in kat hotel 4 Points by Sheraton. Located kat Pantai Tengah, hotel ni dekat area airport. Sesuai utk business trip. Kalau family saya rasa better cari hotel kat area Pantai Chenang. Tapi kids still enjoy. Swimming pool luas yang amat..ala2 infinity pool.


Malam kami dinner di D'Sungai Chenang food court. Dekat dengan area hotel...satu jalan nak pergi ke Tubotel. Food dia best. Tak sempat nak snap. Semua dah lapar...sampai je food terus ngap. View pun cantik tepi sungai...tapi masa kitorang pegi tu air surut.


Cantik kan view...Snap dari table kitorang.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews