Dia buat Lagi...

Edrea demam...dah 3 hari on off. Time makan ubat punya la liat. Sampai termuntah-muntah. Terpaksa masuk ubat bontot. Yang paling saya risau bila dia langsung tak nak makan...caner nak buat ni? badan dah susut sangat tu.

Dah demam ni, tak aktif la dia. Melepek je. Secara automatiknya, kurang la latihan vokal saya setiap hari. Biasa duk jerit bila dia main turun naik tangga. Tak pun, bila time dia main kasut sambil cuba nak gigit-gigit macam biskut.

Pendek kata ada je lah kerja dia. Sekali tu saya terlelap masa susukan Elric, tetiba dengar Emily jerit cakap Edrea main bedak. Dalam keadaan mamai saya cakap biarkan je la. Bedak tu dah nak habis pun. pot pet pot pet si kakak membebel. 




Sekali bukak mata, Haaaa! Terkujat mummy! 

Satu bilik penuh tapak kaki. Punya la kakak tukang nasihat, dia pun sama naik. Sambil tumpang skali main slide la, ice skating la. Edrea dah macam pakai sarung kaki dah. Muka tak payah cakap lah. Dah tak boleh buat apa daaa. Mummy ngantuk punya pasal. Korban je la bedak sebotol. Pastu kena kerja overtime pulak lap lantai.

Tup-tup minggu lepas dia buat lagiii....! Saya sibuk kelek si kecik, dia diam2 panjat masuk play pen. Sedar-sedar....


Tuu diaaaa!

Adush Edrea! Cantik sangat la tuh berbedak macam tepung gomak! ish ish ish. Tak terkata dah. Nak marah pon terbantut bila tengok muka dia camtu.  Last-last bantai gelak ramai-ramai.Yang bestnya dia masuk bakul angkat sendiri "atiiikkk" Cantik la sangat sayang oiiii.

2 comments:

  1. As salam. Teringat kenangan semasa 2 orang anak perempuan kami masa kecil. Habis bedak dilantai dan di muka. Sabar jer

    ReplyDelete
  2. tu la kak azie..memang geram dibuatnya...dengan bedak bersepah..lantai penuh dgn tapak kaki. tapi bila tengok muka dia yang comot tu..tak jadi nak marah..tergelak pulak kita

    ReplyDelete

Total Pageviews