Kek Gula Hangus Kukus

Pagi tadi frust tak dapat gi appointment. Clash dengan hubby punya meeting pulak. Memang la dah plan cantik, dia balik pon on time. Kids pulak buat hal. Elric x nak letak, Edrea poo-poo. Terpaksa postpone next week. 

So, hari ni just call clients, follow up, arrange for next week meeting. What to do...at least saya masih ada aktiviti (curi-curi buat time Elric tido, Edrea & Emily main). 

Bagi menghilangkan rasa frust tadi, mari kita cuba resepi baru...hihihi. Resepi ni saya google kat banyak blog. Hasilnya, resepi yang sama, diubah suai mengikut citarasa masing-masing. Jadi saya pon ikut citarasa saya jugak lah. Memang saya akan cut to half semua bahan-bahan setiap kali mencuba resepi baru. Alasannya, saya takut tak menjadi. Tak de la membazir sangatkan kalo terpaksa dibuang pun.

Kek Gula Hangus juga di kenali sebagai Kek Sarang Semut yang bila di potong kita boleh nampak rongga-rongga nya (saya nampak macam sarang lebah - tapi tak kan nak bagi nama kek sarang lebah pulak kan...huhuhu). Bila terhasil rongga-rongga yang banyak dan cantik tu lah, baru orang cakap kek tu sempurna. Nak dijadikan cerita, kek saya tak nampak jelas rongga-rongga tu. Pasai nya, gelojoh sangat nak rasa, potong ikut dan...tak tahu pun kena potong melintang untuk nampak kan rongga tu. Patut la bila snap gambar macam tak cantik, bila makan rasa sedap je...huhuhu.

Apa-apa pun, saya puas hati dengan rasa dan 'kesenangan' nak buat kek ni. Maafkan lah gambar yang kurang menarik tu. Janji anda cuba dan rasai keenakan nya. Chewah! Cam  tagline iklan pulak.

Jom try!

Kek Gula Hangus Kukus
Masa penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan

1/2 cawan gula
1/2 cawan air panas
1/2 cawan tepung
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar mentega
2 biji telur

Cara-cara

1. Goreng gula hingga keperangan.
2. Masukkan air panas dan mentega. Kacau hingga gula cair kembali. Angkat & sejukkan.
3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan susu, tepung, soda bikarbonat. Akhir sekali masukkan gula tadi.
4. Perapkan selama 4 jam (Ni untuk hasilkan lubang2 sarang semut tu)
5. Kukus selama 1 jam.






Dah la gambar blur kan..Tak nampak pulak tu rongga-rongga yang perlu nampak.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews