Salam all. Sangat ambik masa nak blogging walaupun nak wish happy new year. Tangan saya sentiasa occupied. Kalo tak dgn anak2. ..kerja rumah yang nak dibereskan sementara tak digabggu dengan kerenah diorang. Kalo time free sikit. .tengok2 phone pulak dah lesap. Si kenit dulu yang sibuk menggodek game...alahai.
Walau apa pun, saya berharap tahun baru ini membawa lebih kejayaan dan kekayaan rohani dan material. Aamiin!
Saya akur...tahun 2013 adalah tahun yang paling mencabar mental dan keimanan. Berbagai dugaan saya tempuhi dari sekecil2 cubaan hinggalah yang menyesakkan nafas. Hampir2 saya depression.
Biarlah 2013 berlalu dengan kenangan dan Pengalaman. Banyak yang saya belajar terutamanya bab rezeki. Ada seorang rakan baik hati hadiahkan saya buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'. Alhamdulillah, buku ni banyak mengubah persepsi saya tentang rezeki. Saya akan kongsikan cerita ni di entry akan datang (doakan saya rajin up entry baru ye :) )
Walau bagaimana pahit sekali pun tahun 2013. ..ada juga kenangan manis di situ. Antaranya;
1. 20 daripada 50 impian saya tercapai. Alhamdulillah. Saya dan rakan2 sit and discuss how to achieve our dream no matter big or small our dreams are. Salah satu cara paling berkesan ialah dengan menulis impian kita.dari sekecil2 impian sehinggalah sebesar besarnya. Contohnya bulan ni nak beli baju warna merah. Tulis. Bulan depan nak register anak masuk kelas piano. Tulis. Sehinggalah impian yang kalo orang baca mesti gelak. Macam tak logik je impikan nak bukak resort...hihihi
Tak pe. Tu impian kita. Suka hati kita lah. Dari impian tu lah akan jadi kenyataan. In shaa Allah.
2. Berjaya menganjurkan hari keluarga buat julung kali nya yang melubatkan 60 orang ahli keluarga. Ni famili belah arwah mak saya. Ada entry kat sini. In shaa Allah tahun ni akan berlangsung lagi. Masih dalam perangkaan
3. Berjaya menganjurkan gathering hari raya bersama rakan2 sekolah menegah dulu. Pun Julung2 kali diadakan.
Seronok sangat dapat berjumpa selepas 17 tahun tinggalkan zaman persekolahan.
Alhamdulillah. Apa apa pun saya masih bersyu. Nikmat Allah bagi sangat banyak. Cuma saya yang alpa untuk menilai. Azam tahun baru kita cerita next entry ya.
No comments:
Post a Comment