Novel Cinta Cape Town - Ulasan peribadi saya



Model cilik cinta cape town

Sapa dah baca novel ni? Sebenarnya novel ni dah lama diterbitkan oleh Buku Prima, September 2013. Dan saya dapat hadiah masa 2nd birthday Edrea 7hb september 2013 dari penulisnya sendiri...Nora Isma Fuad...hihihi..special kan? Kalau nak tahu penulis adalah biras saya :). Isteri abang ipar saya yang sulung. 

Maaf lah kak nora, baru minggu lepas berjaya pegang novel ni dan khatam. Dah hampir setengah tahun tersimpan..actually tak tersimpan...asyik duk alihkan ke sana sini. Mengelakkan dari Elric. Dapat kat dia bukan setakat baca..habis lunyai di gigitnya. Memang saya takde can langsung nak membaca skarang ni.



Ok. Ni my personal review. Ulasan peribadi...bukan kerana beliau biras saya, maka saya perlu tulis yang baik2 saja..tidak juga sekadar mengkritik..tapi harap jadi komen membina untuk kemajuan penulisan kak nora. Semoga ulasan ni sedikit sebanyak boleh membantu meningkatkan lagi kualiti novel akan datang.

Here we go;

1. Sinopsis (cover belakang)
Saya lebih suka jika Natrah dijadikan watak utama menggantikan Katrina. Peribadi Natrah lebih menonjol. Dan jalan cerita juga lebih banyak melibatkan Natrah. Contohnya kekuatan ikatan keluarga sebagai anak dan kakak. Persahabatan Natrah dan Aisyah. Kisah Cinta dengan Akmal Hakim, Sulaiman & Ahmad Dhuha. Natrah sebenarnya tunjang utama cinta cape town.

2. Panggilan 'Kat' menjadikan pembacaan terganggu. Susah nak hayati jalan cerita bila sebut Kat. Tambahan bila dialog menyebut nama berulang-ulang. Di tambah lagi dengan panggilan 'kak kat'. 

3. Watak Ahmad Dhuha sangat real. Perasaan, situasi. Kita boleh bayangkan dengan tepat bagaimana permainan emosinya.

4. Lain-lain. Ada beberapa perkara yang kurang tepat. Bila kita betul2 menghayati sesuatu novel, benda2 simple ni kadang2 mengganggu. Contoh tinggi Pia 50cm...tak logik untuk kanak2 umur 4 tahun. Situasi Natrah dalam keretapi & di hotel. Perhitungan menjelang hari perkahwinan. 69 hari..tiga minggu (sorry kalau kurang tepat)...ada kesilapan sikit kat situ. Last skali, nama nat & kat 2-3 kali tertukar dlm dialog. Kadang2 konfius jugak.

5. Rumusan. 
Dalam ketiga-tiga novel nora isma fuad (Cinta si kunang-kunang, Purnama Merindu & Cinta Cae Town)... novel ni yang paling matang & 80% satisfied! Boleh adaptasi ke filem. Saya rekomen kepada anda semua untuk baca novel ni. Saya bagi 4 bintang...hehehe

P/s kalau anda nak miliki novel ni dengan autograph eksklusif dari penulis boleh pm saya. Nanti saya tolong anda dapatkan nya ;)

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews