Resepi Nasi Ayam Simply Delicious - Mudah & Sedap

Finally! Jumpa jugak resepi nasi ayam yang senang disediakan dan sangat sedap! Menepati citarasa tekak saya..hihihi.

Sekarang ni, dalam keadaan Elric yang tengah lasak ni...memang nak masuk dapur pun segan. Bukan apa...tak larat nak mengemas balik. Habis barang2 dapur dia punggah. Sampai saya kena simpan periuk2 arcopal dalam kabinet, lock semua pintu kabinet. Tapi drawer tak boleh buat apa la. Serah diri je la.

So..ceritanya..kalo nak masak sekarang kena cari menu simple2 je. Kalo 1 dish je lagi bagus...huhuhu(ada berbaur kemalasan di situ). Saya pernah try beberapa resepi nadi ayam sebelum ni. Tapi tak simpan resepi tu. Maknanya belum kena selera tekak la tu.

Hari ni duk gugel lagi..terjumpa la resepi2 ni.
Resepi nasi saya guna dari blog therainbowjourney
Resepi ayam pulak saya ambik dari blog kak azie kitchen. Kombinasi ni sangat SEDAP. MUDAH & SENANG disediakan.

P/S Maafkan la gambar yang tak menarik ni. Saya tak hias dengan salad tomato bagai pasal tak makan...huhuhu


Alamak. Saya baru perasan gambar nasi yang saya snap tadi blur..huhuhu. memang x boleh pakai langsung.

Saya kongsikan kat sini jugak untuk simpanan peribadi. Next time nak makan senang..refer kat blog je.

NASI AYAM SIMPLY DELICIOUS

Nasi
4 cawan beras
4 cawan air
1 inci halia
4 ulas bawang putih
4 helai daun pandan
2 sudu marjerin
1 kiub ayam
Sedikit garam

Cara-caranya.
1. Rendam beras selama 1/2 jam. Toskan.
2. Ketuk halia dan bawang putih atau tumbuk kasar.
3. Panaskan marjerin, tumis bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
4. Masuk kan beras yang sudah di tos. Kacau seketika.
5. Kemudian masukkan kedalam rice cooker. Masukkan kiub ayam & garam. Gaul rata. Biar sehingga masak.

Sup
Ayam yang sudah di potong
1 inci halia
4 ulas bawang putih
Daun sup
Bawang goreng

Cara-caranya.
1. Masukkan air, ayam, halia dan bawang putih (diketuk) kedalam periuk. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya.
2. Apabila sudah masak, keluarkan ayam dan toskan.
3. Taburkan garam secukup rasa, daun sup & bawang goreng.


Ayam Goreng
2 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
Sedikit kicap cair
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya.
1. Tumbuk halus bawang putih dan halia.
2. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata bersama ayam yang dah di tos kan tadi.
3. Perap selama 20-30 minit.
4. Goreng dalam minyak yang betul2 panas sekejap sahaja. *untuk elakkan ayam cepat hangus dan keras.


Nampak je berjela resepi ni. Tapi nak masaknya tak sampai setengah jam pun. (Tak campur time merendam beras ye..hihihi).

Resepi ni boleh di jadikan emergency menu sebab cepat nak masak dan bahan2 semua yang simple2 je. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews