Wedding in Senawang - Kami yang kelam kabut

Minggu lepas punya cerita. Hari jumaat sangat2 super packed. Turun naik kl pagi2 buta. Petang pegi lagi. In between en.hubby sempat run for his meeting. Then solat jumaat. Saya kat rumah sempat masak lauk simple2 je. Settlekan kids lunch..pastu gosok baju untuk majlis akad nikah cousin malam tu. Pastu pegi kl lagi.

Plan nya pukul 7pm nak bertolak ke Senawang. Majlis akad nikah lepas isyak. So after that balik. Esok pagi pukul 10 gerak for majlis bersanding. Masing2 dah exhausted, mula lah en.hubby made an ad hoc plan. Pack..kita try cari hotel utk malam ni. Adeh...yang penat tak habis lagi..ni nak terkejar-kejar pulak packing. Semput mak!

Tepat kluar rumah pukul 7. Tapi stuck kat cheras lebih 1 jam. Kids dah pengsan. Mommy pun sangap. Daddy pun membebel gak jem teruk sangat. Confirm la kena cari hotel malam ni.
Pengantin perempuan Wanie, cousin en.hubby.

Tak sempat nak snap gambar pun. Ni pinjam gambar yg family share dlm grup

Makan sedap. Lepas borak2...sesi mencari hotel pulak. Kitorang cari kat area Senawang tu jugak. Dah penat sangat nak ke Seremban. Semua hotel, motel full. Ngam2 pukul 12..dapat bilik kat Oakland hotel. Walaupun lokasinya sedikit scary coz kat area kilang2...tapi bilik dia not bad. RM68 for Standard room. Tak la kecik sangat. Elric sempat lagi main lari2 keliling katil. Siap gaduh jerit-jerit lagi dengan Edrea. Hai lah anak. Hotel dah la kecik. Marah orang bilik sebelah nanti.

Sabtu. Majlis bersanding.

Makan beradab


Pelamin. Cantik kan?

Bilik pengantin

Gadis manis penjual bunga

Haih...mummy pun nak jugak!


Elric? Tido!

Cousins

Ada Candy buffet

Photo booth pun ada




No comments:

Post a Comment

Total Pageviews