Thursday, 21 April 2016

Pengalaman D & C (cuci rahim) Part 1

Isnin lepas saya telah melalui Pengalaman pertama keguguran (miscarriage) dan menjalani prosedur d & c.
Ceritanya..saya tak tahu pun saya pregnant. Period datang macam biasa setiap bulan cumanya cycle tunggang langgang sikit.

So..masuk bulan April...dah lambat 4 hari..saya pun buat lah test. Padahal baru 4 hari kut...

Simpton2 apabila saya pregnant...mr.Hubby demam, loya2,  pening2...saya pulak kuat tido! Hihihi
Sebabnya...dah 2 minggu saya kurang sihat. Mr. Hubby sebelum tu demam teruk. Anak2 gilir2 demam. Lepas sorang2. Macam pas baton pulak. Lepas demam Kakak L & Elric batuk berkahak tak henti2..
Sampai terpaksa bawak jumpa doktor. Emily dah ada infection sikit. Terpaksa telan ubat.
Saya pun dah mula rasa penat.Ingat kan sebab tak cukup rehat menjaga anak2 & Mr.Hubby. So...ambik kesempatan tido...rehat la konon. Kebetulan saya dah start selsema...tak lama lepas tu sakit kepala setiap hari sampai saya terpaksa ambik ubat tahan sakit. 
Bila period pun tak datang...saya dah syak..ni mesti pregnant ni. Dan keputusan nya ada lah positif. Blur kejap. Sebab memang saya tak plan dan tak nak tambah anak dah....

Bila dapat keputusan macam ni..saya jadi serba salah...apa nak buat ni. Nak tak nak kena pegi klinik...confirm kan dulu.
Dia Maha mendengar. Rupanya bila cek kandungan dah 6 minggu...tapi takde baby. Kantung je yang ada. Doktor suruh datang lagi 2 minggu. Kalau confirm tak de baby...baru kena cuci.

Setiap hari saya sakit kepala..sampai dah jadi migrain. Mata &  kepala sebelah kanan jadi berat dan sakit sangat. Nak sujud time solat pun rasa macam bijik mata nak terkeluar.

Tak sanggup nak tunggu  lagi 2 minggu kasaya decide untuk pergi klinikmlain for second opinion. Sebab sebelum ni saya tak pernah rasa sakit atau morning sickness bila pregnant

Puas mencari klinik pakar wanita dekat dengan area rumah, terjumpa la PJ Women Specialist kat ss2. Pagi Isnin tu Mr.Hubby temankan pergi. Klinik nibukak pukul 10.30 pagi. Menunggu doktor, pukul 11 baru sampai. Saya pesakit pertama. Bila dah explain situasi saya, doktor pun scan.  

Dia pun mula explain...kalau bentuk kantung tak bulat, melengkung macam kedut2 tu, memang confirm baby dah tak de. Sepatutnya 8 minggu heartbeat baby dah boleh dengar. Baby dah boleh nampak sepanjang 2cm. Air ketuban keliling kantung sepatutnya warna putih. Tapi kes saya, air dah kurang. Doktos suspect janin dah hancur masa saya 'period' kali ke dua masa bulan Febuari. Bulan mac tu saya period tapi keluar macam discharge je. 
Doktor kata buat apa nak tunggu sampai 2 minggu kalau dah confirm tak de. Ok. So kita masuk ubat sekarang, lagi 2 jam awak datang. Kita cuci.

Ok lah. Dah doktor kata macam tu. Saya pun dah ready. Lepas masuk ubat (induce), saya dan mr.Hubby  settle kan apa yang patut. Pegi IPC pos simkad  Tone Excel member baru. Pastu lunch kejap, tapau lunch untuk anak2, then ambik diorang balik dari sekolah. Pukul 2.30  ya kena balik ke klinik. Dah settle anak2  makan, terus solat. Doa pun panjang sikit mintak Allah permudahkan urusan saya.

Tuesday, 22 March 2016

Pilihan di tangan ANDA!






Jangan tunggu lagi. Call/ sms/ whatsapp saya sekarang! Saya akan bantu anda buat duit sampai berjaya!

017 282 2646



Sunday, 14 February 2016

Testimonial Set Bersalin - Masih Ada yang buat rujukan

Salam Semua. Saya tak sangka testimonial yang saya share ni masih beri benefit pada mommies di luar sana. Alhamdulillah..tak sia2 saya kongsi pengalaman sendiri. Padahal testimoni tu tahun 2012..masa lahirkan Elric :).

Sekarang, saya pun tak tahu apa produk berpantang terbaru...al maklum lah dah tutup kilang (hihihi....confident ni..sebab mak dah tuo..huhuhu).

In shaa Allah..kalo ada masa terluang saya nak share pulak testimoni menggunakan produk Glow Glowing..*wink .

Saya super duper bz sekarang dgn urusan rumahtangga, Bisnes Prudential, dan Tone Excel. Penat sangat2 tapi seronok! Sebabnya...salah satu azam saya tahun 2016 ni..nak lebih perbanyakkan amalan bersedekah. Berkongsi rezeki. Walaupun saya tidak bersedekah secara langsung, tapi dengan membuka peluang dan berkongsi rezeki dalam bisnes Tone Excel ni, saya sudah nampak nikmatnya. Saya masih belum jadi jutawan tapi alhamdulillah rezeki tak pernah putus dari pelbagai cabang. Syukur!

Target saya, ingin membantu 100 orang surirumah membuat passive income atau pendapatan kedua dengan hanya duduk dirumah! YES! Anda boleh buat! Anda pun berhak menikmati duit sendiri. Anda berhak untuk shopping dan manjakan diri sesuka hati! Kerana itu duit ANDA!

Jom..pm saya jika anda MAHU! 017 282 2646

Sunday, 31 January 2016

Kembali Bersiaran

Salam all, just a quick note, saya akan kembali bersiaran di blog setelah lama bergelumang dengan masalah teknikal.

See u soon! 😄

Friday, 2 October 2015

TONE EXCEL - Sesuai untuk usahawan Modal KECIL

Masih ramai yang tak tahu pasal Tone Excel ni. Market kat Malaysia ni sangat la besar. Semua orang guna handphone. Dari budak kecik hingga lsh orang tua. Baby pun guna tau! Cer tengok kat mall..babies pegang 1 sorang tablet. Tengok youtube. Cartoon. Tu semua internet kan. Mesti la pakai simkad.

Pengguna TE sikit lagi nak cecah 1 juta...jumlah rakyat Malaysia 29 juta tau! Besar lagi potensi kita nak berjaya dalam bisnes TE ni. Tapi kenapa tak start lagi?

1. Bisnes modal yang paling kecik. Rm95.40 je pun. Bukan 95ribu.

2. Nak tak nak...kita tetap guna handphone. Kenapa nak kena fikir sampai setahun nak buat keputusan?? (Saya la tuh)

3. Telco lain lagi jimat. Ye! Betul la tu. Tapi kita tetap nak kena keluar duit beli top up...bayar bil. Kenapa tak nak ambik peluang utk dapat FREEpaid? 

4. Setia uols. I dgn telco ni dah berbelas tahun tau. (Saya juga tuh 😓😓😓😓). Setia la sangat! Tapi x dapat apa2 pun. Setakat free sms..free call...mmm...tak berbaloi kut nak setia berbelas tahun.


Cer tengok tu. Paham kan betul-betul! Modal bersih hanya RM1.10 ye cik adik cik abang.

Jadi jangan lah kita mencari alasan lagi. Memang bagus jika berjimat...tapi lagi bagus kalau boleh buat UNTUNG.

Bagi anda yang memang tak suka buat bisnes...tak pe..jadi pengguna BIJAK pun dah cukup bagus.

Ayuh! Mulakan langkah bijak anda sekarang. Sama-sama lah kita menuju kejayaan. In shaa Allah.

Sms. Whatsapp. 017 282 2646


Saturday, 19 September 2015

Tone Excel...Pasive Income yang paling BEST!



Saya sebenarnya jadi sangat obses nak cek page TE setiap masa. Seronok! Walau pun earning bukan ribu riban, tapi saya percaya ia akan meningkat jika kita sentiasa usaha. Persistent. Istiqamah. Walau pun bisnes ni untung 15sen je...tapi kalau kita terus berusaha, share dengan orang lain faedah2 simkad TE ni, lama2 nanti kita akan nampak hasil yang menggunung.

Padan lah dengan modal kecik yang kita keluarkan. Rm90 je. Tak kan nak mengharap untung 1 juta dlm sekelip mata. Tapi kalo banyak kali kelip-kelip...tak mustahil! Nothing is impossible. Nak cepat untung, share la dengan ramai orang. 





Bayang kan, orang top up rm10, anda dapat 60sen je. Tapi kalo ada 1000 orang? Pengguna handphone di Malaysia ni ada lebih kuran 20juta orang. Kalo anda dapat 10 ribu orang pun...anda dah boleh pencen dengan bergaya.

Nak tunggu lagi?



Bertindak sekarang! Jadi pengguna bijak. Whatsapp/ sms saya 017 282 2646.

Monday, 14 September 2015

Top up rm30 FREE 1GB internet


Ye betul! Setiap kali anda top up rm30, FREE 1GB Internet selama sebulan.

Tak percaya? Pm sekarang 017 282 2646

Wednesday, 22 April 2015

Tips langsaikan hutang dengan cepat

Alhamdulillah...walau pun dah lama tak blogging...tapi masih menyimpan hasrat nak share dengan anda semua...tips yang boleh diguna pakai untuk selesaikan hutang.

Saya dan en.Hubby memang target 3 bulan pertama tahun 2015 ni...kami dapat settle kan hutang piutang yang related to bank & intallment lain. Dalam masa yang sama try to reduce or maintain fix expenses.

En.hubby sebenarnya underpaid. Maybe sebab dah lama tak makan gaji, bila start kerja balik...tak boleh la demand gaji seperti sebelum ni. Apa pun alhamdulillah. Seperti di rancang, ikut bajet, ketepikan keinginan, beli apa yang perlu je...kami dah achieved.

Ni saya share tips simpanan yang saya amalkan sekarang yang saya rasa sangat berkesan dlm musim gawat ni. Mungkin anda dah tahu tapi tak amalkan. Mungkin lepas ni anda boleh cuba.

1. Senaraikan dulu hutang2 yang perlu dibayar termasuk hutang dengan orang perseorangan, sewa beli (courts, Seng Heng etc), car loan etc. Senarai ni mestilah dengan jumlah dan keutamaan. Yang mana urgent nak bayar & yang mana boleh lumpsum payment.

2. Senaraikan pulak fixed expenses yang kita kena bayar tiap2 bulan. Shopping, kids entertainment, holiday semua tak masuk list ye. Ni contoh fix expenses:
- car loan 400
- kindy anak 400
- kafa anak 150
- fuel 500
- sewa rumah 1100
- groceries + meal 1000 
- bil air  + letrik 500
- bil telefon 250
- insurans 500
- nursery anak 500
- parent 200
total rm5500

3. Dari keseluruhan income yang kita dapat (husband + wife), tolak 10% untuk saving. 
Contoh : gaji bersih suami 4800 + wife 2200
total rm7000 - 10% = 700
Balance = 6300 - 5500 (fixed expenses)
Balance = rm800.

4. Tips Sampul surat (envelop). Mesti anda pernah dengar kan? Tapi tak buat jugak...hihihi. Bila dapat gaji, mana yang boleh bayar online, terus settle kan cepat2. Selebihnya, keluarkan duit dan masuk dlm envelop ikut kategori fixed expenses tadi Termasuk la envelop untuk lebihan tadi (rm800). Setiap kali anda nak buat payment atau pun nak isi minyak kereta, guna duit dr envelop yang betul. Jangan nak pakai dulu duit groceries atau pun duit insurans..nanti ganti balik...tak de makna nya !!! Once u tak disiplin, habis huru hara plan anda. Disiplin! memang susah nak buat...tapi ia lebih baik dari  hujung bulan kais pagi makan pagi kan...

5. Lebihan rm800 tadi tu..payment apa yang boleh settle dan tutup akaun terus? 

Contoh: anda ada hutang tv dengan 'mahkamahs' lagi rm980. ikut kiraan lagi 6 bulan baru settle coz bayar ansur rm165 je tiap2 bulan (padahal kita dah bayar harga 2 biji tv). Tapi duit ada rm800 je...caner tu?

Potong bajet groceries atau pun telefon (kalo anda guna prepaid). Tarik rm180..top up utk full settlement Courts tadi. Dah settle 1 hutang! Senang kan! kalo dah list down semua benda..terang sikit kita nampak. Dan saya tak rasa kita cut bajet makan rm180 boleh buatkan 1 famili kebulur.

6. Downgrade/ maintain lifestyle. Bukan nya suruh jadi orang miskin. Lifestyle je pun. Kalo sebelum ni anda selalu makan aiskrim baskin robbinson, tuttis fruity s...udah2 le tuh...buat kat rumah pun boleh. Kalo malas sangat pelbagai perisa sherbet ada jual kat pasaraya. Lagi untung. 1 tub rm9. Baskin robbinson, seorg rm9. Kalo anak 3..dah rm27. Bapak nak jugak..keluar duit lagi.
mak2 nak beli tudung, memang x beli Ariani ke fareeda ke..beli shawl murah je rm30. Tapi sekali borong 3 helai. Rm90 jugak. Tak perlu nak follow trend sangat. Tunggu hutang dah settle, baru la boleh lepas gian ye. sehelai boleh la. Jangan borong lagi banyak. Salah dah rule maintain tu..
Anda akan lihat hasil nya.

7. Green note (not 5 ringgit). Sebenarnya tips ni menjadi. Kalo anda nak tahu, tabung hijau ni la yang membolehkan kita maintain lifestyle atau mungkin boleh belanja lebih sikit. Cara nya, sediakan 1 tabung. Setiap kali dapat not rm5 ni, terus masuk tabung. Anda akan rasa shot sikit duit belanja harian, masa ni belajar lah berjimat, tapi setiap 3 bulan cuba kira duit dlm tabung tu. Mana tahu cukup untuk anda pegi holiday dengan family...2hari 1 malam pun dah ok. It's a reward untuk hasil disiplin anda ! Best kan ?

8. Tips2 lain...mungkin anda tak suka dengar. Walaupun dah tahu tapi masih tak nak kalah. Macam2 alasan la kluar kan. kurangkan makan kat luar - saya kerja, mana sempat nak masak. stop spending untuk hobi anda. Kalo dapat hasil tak pe - mana boleh suruh saya stop hobi saya. Memang hobi saya make up kereta. Ya..faham. memang hobi anda. Tapi agak2 la. pantang rim baru sampai terus nak sambar. Mahal pun mahal la. Bayar ansuran. Tambah hutang lagi. 


Pastu sekarang komplen pasal GST..pung pang pung pang...lifestyle mcm tu jugak. aptb.

p/s saya cuma kongsi kan tips yang saya amalkan dan ianya berjaya pada saya. Kalo anda pakar ekonomi..kata saya salah...saya minta maaf. Tiada paksaan untuk ikut. Pilih jalan sendiri. Sekadar bagi jalan kepada yang memerlukan.

Tips untuk pasive income? Soon...



Monday, 26 January 2015

Darjah Satu & KAFA

Tahun ni bermula lah pengalaman bangun awal pagi siapkan breakfast, kejut anak nak pegi sekolah.  Balut buku teks, tulis nama kat buku latihan. Sebelum ni dengar cerita kawan-kawan merungut letih, penat, tak larat...tak bagi kesan langsung kat saya. Saya ingat itu normal...memang lah penat nak kena bangun awal, jadi chef, pastu jadi supir, balik rumah jadi bibik balik.

Rupa-rupanya...memang penat yang amatttttt.....!!!!. Bayang kan minggu pertama sekolah, saya demam! Giler penat. Dengan panas teriknya. Complete set saya dapat. Demam, batuk & selsema. Saya memang TABIK SPRING/ SALUTE kat semua SUPERMOM kat luar sana. Bertahun tahun hantar ambik anak sekolah, siapkan makanan, jaga rumah lagi.

No wonder lah pekerjaan paling mulia sekali untuk kaum wanita adalah suri rumah. All in one! Serba boleh. Bravo ladies!

Cerita pasal sekolah Emily...ok lah. Rating saya untuk SKBUD4 ni so-so. Maybe sebab guru kelas Emily ni yang kurang interaksi. Sepatutnya cikgu kelas darjah satu mesti lah friendly, pandai tackle budak-budak. Saya tengok cikgu kelas lain ok je. Cikgu dia je yang kurang sikit. Tak pe lah, so far Emily happy je pegi school. Tak de komplen apa2... syukur lah.



1st day school
Petang, saya daftar Emily ke private KAFA. Kafa Mutiara Learning centre kat Mutiara Damansara. Dah survey KAFA di Masjid Ghufran TTDI & Damansara Utama. Full! Siap waiting list panjang lagi.



Emily happy sangat gi Kafa ni...sebab belajar in English. Dia senang faham. Saya pun happy dengan silibus untuk level 1 ni. Semua ada Fiqah, Sirah Nabi, Aqidah, Akhlak, bahasa arab, jawi & iqra'.

Yuran pun tak mahal sangat. Untuk register kena bayar rm415. Rm100 registration, rm175 untuk material & monthly fees rm140. So bulan2 bayar rm140 lah. Student start dari umur 4 tahun - 12 tahun.
1st Test bahasa arab. Tulisan boleh tahan. Tapi apasal makin condobg ke bawah? Hihihi

Iqra' 

KAFA ni pakai baju biasa. Janji tutup aurat. 
Kelas Emily dari pukul 4.30-6.30 petang. Habis kelas je diorang akan solat asar jemaah.

Budak dah boring rambut panjang. uwaaa....mummy yg sedih.


Saturday, 24 January 2015

Tone Excel - Call Rate & Data Plan

Ramai yang bertanya...jimat ke kalau bertukar ke TE ni..caj mahal tak? Berapa rate call & sms.

Kat bawah ni summary apa yang anda boleh dapat dengan top up anda.





so...rasa-rasanya...mana lagi untung? Setakat jimat 2 3 ringgit...nak menabung pun tak sempat kan...baik lah kita ambik untung yang banyak ni.

Tak payah nak berkira sangat berapa sen kita kena bayar untuk call 1 minit/ 1 sms...buka minda kepada untung yang lebih banyak Tu. Saya nak tekan kan 2 point ni je dulu :

1) Credit percuma
contoh: top up rm30. Dapat free credit rm10 = rm40
tolak (-) internet 500mb rm17.10 = baki rm22.90
kalo ikut kiraan kat sini 500mb tu sebenarnya rm7.10 je...betul tak?
(Rm30-22.90=7.10). Itu je yg kita bayar untuk data plan.

2) Mata ganjaran (POINT)
Anda kumpul 120 Setiap bulan. Setahun dah ada 1440 points. 3 tahun anda dah ada 4320 points. Nah! Anda dah boleh melancong ke Hat yai, Krabi, Ho Chi Minh. FOR FREE! Anda guna prepaid lain bertahun-tahun selama ni..pernah dapat free holiday? Buat pilihan bijak ye.

So...nak fikir lagi? ambik phone skarang whatsapp/ sms saya 017 282 2646. Join Tone Excel sekarang. Modal serendah rm90 je. Anda dapat free sim kad, free credit rm30 & cash back 3%.

MARI MARI!!!!