Thursday, 7 November 2013

Agar-agar Santan Gula Merah


Hari ni boring takde apa nak makan untuk minum petang. En.hubby pulak tak sihat kena diarrhea. ..so tak boleh lah keluar cari kuih muih. Kalo tak, boleh jugak merasa kuih akok atau beko kat seksyen 6. Tak pun putu bambu world. ..mmmm...boleh tahan jugak sedapnya.

Jadinya, bahan-bahan yang ada kat dapur pandai2 lah kita olah ye. Jadi lah menu minum petang kita agar-agar santan gula merah.

Ini resepi yang saya guna;

Bahan-bahan

1 paket serbuk agar-agar 10gm & 5 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1 biji telur

Cara-cara
Masak serbuk agar-agar bersama air.
Masukkan gula merah & gula pasir. Kacau hingga larut dan mendidih.
Kacau telur bersama santan dan Masukkan kedalam periuk tadi.
Kacau di atas api sederhana sehingga mendidih.