Versi Macam-macam

Dah lama tak bercerita. Banyak sangat citer nya tapi tak de la yang interesting sangat.

Last week of Syawal, sempat la beraya rumah uncle2 my hubby. Kita dah tak de orang tua, kene la sentiasa ingat sedara mara yang ada. Tu pon dah kira sangat tak sopan. Esok last Syawal hari ni baru nak ziarah. Yang best nya dapat makan nasi Kerabu Mak andak. Original from Kelantan. Dia tahu saya teringin nak rasa nasi kerabu, sampai 2 pinggan bertambah..huhuhu..Emily pon suka 'Nasi kelabu' ni...hihihi..first time makan dia panggil nasi kelabu.

Dalam ke'bz'an tu, dapat pulak sad news from one of our college friend dulu. Suaminya kahwin senyap-senyap lagi satu. Patut lah tegok status FB penuh duka lara. Kesiannya dia. Saya jenis yang tak suka bzbody, setakat baca status orang, tapi takde lah nak siasat punca masalah. Tapi kalo perlukan teman, insyaallah saya masih boleh mendengar. Cumanya kami tak berapa rapat. Maybe dia segan jugak nak bercerita. Semoga teman saya tabah menghadapi ujian rumahtangga ni. Saya cuma mampu berdoa, semoga rumahtangga saya dijauhi dugaan yang macam tu, pasal saya tak tahu sekuat mana saya boleh handle. Saya mungkin tak kuat untuk terima kenyataan. Walau pon dah selalu dengar cerita cerai berai, bermadu tiap2 hari...tapi belum tentu kita kuat. Bila dah jadi kat kita, baru la kita tahu betapa beratnya dugaan yang macam tu kan.

Saya: Misi cookies dah berjaya! Yeay! Tapi belum sempat snap gambar, sous chef dah ngap habis...mlm tu je dah tinggal suku botol..huhuhu..next time buat lagi saya share gambar dan resepi ye.

Butik/ Kedai wajib masuk di Shopping Mall

Perasan tak, kalo kita saja-saja gi jalan kat shopping mall, mesti ada butik/kedai yang wajib kita nak masuk kan walaupon bukannya nak beli pon. Kadang-kadang tu tak de dalam senarai pon. Kalo memang ada tujuan tu lain la kan..ni saje nak buang masa, konon nak window shopping...padahal tak tau nak pegi mana. Jadi nak sejuk kan badan dari cuaca luar yang panas, singgah lah kat mana-mana shopping mall yang terdekat.

1. Kedai buku - Emily memang suka masuk kedai buku.Pantang gi mana-mana shopping mall, kalo ternampak je terus dia ajak masuk. Paling kurang setengah jam la kat dalam. Duk belek-belek buku, baca buku sebijik...tak pon tengok gambar je. Skarang dah pandai pegi area magazine. Cari magazine Upin-Ipin, Tinkerbell. Alhamdulillah, harap2 sikap suka membaca tu kekal la sebagai hobi. En. hubby pulak mesti kat area Business & Motivation. Pastu magazine....tengok majalah kereta. Mmm..saya? hehehe..buku first yang akan saya grab buku masakan! hahaha..macam pro. Saya memang suka tengok buku resepi, western, cakes, cookies. Tapi tu lah...sampai sudah tak menjadi. Geram nak piping cupcakes macam orang lain. Haremmm....tak pernah der berjaya. Tapi tak pe. Saya akan terus cuba dan cuba. Lepas habis buku masakan, kita ke area travelling pulak...huhuhu..tengok buku Europe la. Pastu Jepun. Tempat-tempat lain, kalo buku dia menarik baru la saya belek-belek.

2. Kedai roti/ Bakeri - Kitorang satu family suka jalan-jalan bawak bekal roti. Kalo pegi mall, singgah kedai roti buat alas perut. Kadang-kadang tu bukan alas perut pon,baru je lepas makan, tapi still nak singgah gak kedai roti. Kalo tak makan time tu, bawak balik rumah. Setiap orang pilih satu atau dua roti. Edrea skang pondah ada bahagian dia. Dia suka makan Roti sosej tu....macam daddy. Emily for sure pilih Donut. Saya punya Tuna bun & kastard filling.

3. Butik Kanak-kanak - Semenjak jadi mak budak ni, butik ni lah tempat saya window shopping. Baju sendiri dah tak de masa nak berwindow shopping. Biasa nya baju bebudak ni lah. FOS, Cotton Kids, Poney. Suka masuk FOS & Cotton Kids coz harga yang reasonable. Boleh dapat yang stylish dan murah. Poney time sale masuk la. Orang cakap budget ciput tak payah la berangan nak masuk butik mahal-mahal kan. Tapi bagi saya no point beli baju budak2 ni mahal-mahal. Pakai nya tak sampai 3-4 bulan, pastu dah tak muat. Nak-nak kalo beli kasut untuk Emily. Aduh, sampai sekarang saya tak boleh ikut saiz yang betul. Try brand ni Saiz 8, try yang ni pulak saiz 10. Harga dah la cecah ratus. Pakai 3 bulan, dah ketat. Kaki melecet. Last-last beli je yang murah-murah. Tak de brand pon tak pe. Kalo time salelai bagus. Kasut pakai buang terus. Dah tak muat, rosak..buang je terus. Tak rasa membazir sangat. Walau pon baju-baju dia boleh pass kat Edrea, tapi saya rasa not fair for Edrea. Dapat baju-baju semua bekas kakak. Bila nya nak merasa baju sendiri. So cara terbaik, beli yang murah-murah je. Janji kualiti dan cantik. Kalo koyak ke, rosak ke. Buang. Beli lain.

4. Harvey Norman - dan kedai-kedai yang sewaktu dengan nya. Hubby suka tengok tv baru, model baru, sound systems. Saya suka survey Stove, hobb, microvawe la...bak kata semua peralatan dapur. Walau pon setiap kali pegi model tu jugak, harga pon macam tu jugak-kalo kurang pon sikit je, tapi still nak tengok. Inspired kut nak dapat dapur idaman dengan semua peralatan2 tu. Emily macam biasa. Semua benda dia nak tekan, nak try. iPad la, 3D tv la, telefon la. Skang ni Edrea pulak dah pandai jalan. Dia pon nak survey2 jugak. Ronda sana-sini tengok barang.

Saya: Teringin nak makan homemade cookies la pulak..ish ish ish.


Mengidam Juadah Pagi Raya

Sekejap je rasa, dah nak habis sebulan Syawal. Hujung minggu ni dah last Raya. Rasanya makan juadah raya pon belum puas. Tambahan pulak kurang mendapat jemputan Open house...hihihi.

Masa on the way balik raya ke kampong hari tu, saya dah bagitahu hubby juadah-juadah yang bakal dihidangkan di pagi raya. Tak de la semua juadah yang biasa dihidangkan oleh arwah MIL. Hubby pon ok je.

Tapi skarang ni saya pulak yang mengidam lauk-pauk macam arwah MIL masak. Pagi raya juadah wajib ada- rendang daging, kari ayam, kuah lodeh, kuah kacang & ketupat.

Cara-cara MIL masak pon lain. Rendang daging tu jenis kering, kuah lodeh simple je. Tak banyak bahan2. Janji ada fucuk, soun & sengkuang. Kacang panjang, kobis & lobak pon tak de. Tapi tu yang best. Cara masak kuah kacang pon jenis yang tenggekkan kacang campur air skit atas dapur dengan api perlahan sampai betul2 masak. Tak perlu tumis rencah & tak guna santan. Yang tu buat kuah kacang tahan lama.

Saya ada resepi & tahu cara nak masak semua lauk tu. Tahun lepas beraya kat KL, hubby nak makan complete set jugak. Last minute plak tu request. Pukul 10 malam baru gi beli daging kat Tesco. Sampai pukul 3 pagi la saya berperang kat dapur sorang2. Pagi raya hubby makan, nasib baik semua lulus.Cuma rendang daging je la keras sikit. Rasa dah ada. 

Sekarang ni saya pulak yang mengidam nak makan. Teringin jugak masak2 & ajak ipar duai beraya kat rumah. Tapi memikirkan renyahnya nak siapkan lauk-pauk tu sorang2...saya kene pikir balik. Tambah satu lagi problem..Si kecik Edrea yang dah pandai masuk dapur, mengekor je mana saya pegi. Caner nak masak tu? Mmmm...


Saya: Kalo jadi masak, saya rasa nak tambah satu lagi resepi...jeng-jeng-jeng. Sambal Goreng! yum yum yum!

Edrea El Tihani is ONE

Semalam birthday Edrea. Sekejap je dah setahun. Teringat last year masa raya tak dapat balik kampong, tak berani...takut terberanak tengah jalan...huhuhu.. masa tu memang dah 37 weeks. Pasal tu saya tak nak ambik risiko. Kang tak pasal-pasal bersalin kat hospital Jerantut la, Temerloh la.

Tak de celebration pon birthday. Saje je semalam jalan-jalan kat Sunway Pyramid beli Cupcakes. Ingat nak makan kat sana, tapi birthday girl pulak tido. Balik rumah baru la blow candle.


Simple je.


Masa Emily 1 tahun, kami ke Medan (2009). Saje je kebetulan tiket Air Asia murah. Tapi tak de apa yang best sangat kat Medan. Kami ke Danau Toba, tapi stay kat hotel di darat je. Takut nak bawak Emily naik bot ke tengah tasik tu. Lagi pon kan kawasan kampong kat sana memang tempat kaum batak yang jenis banyak patung2 & tempat2 tengkorak, simpan mayat sumer. Saya yang cuak lebih, takut terkena gangguan apa2..hehehe..skeptikal punya mommy.

Edrea punya birthday kita celebrate skali dengan daddy la next month ye. Ada rezeki lebih boleh la kita gi bercuti. Stay kat mana2 hotel pon ok.

Saya lihat perkembangan Edrea quite impressive. Start umur 11 bulan dia dah practice berjalan. Genap umur setahun ni memang berjalan je la walaupon asyik tersadung. Jalan pulak tu jenis laju macam nak berlari. Tu yang kejap-kejap jatuh. Suka makan-pantang nampak orang makan atau pon makanan atas meja. Sibuk lah dia. Tapi aktif punya pasal, tak nampak lah sangat chubby dia. Pastu suka dance. Dengar muzik skit terus berdiri goyang2. Cepat belajar jugak. Dia perati je apa kita buat, pastu terus copy. Tengok orang solat dia pon sama naik. Sujud. "Awwobar"...hehehhe..comel!

Cuma satu je lagi yang saya belum berjaya. Tukar time tido dia. Adess..ni lah masalah paling besar nak handle Edrea ni. Dia boleh tido awal jam 8 camtu, tapi kul 10mlm dia bangun balik. Pastu main jap, kul 11 tido balik. Ngam2 kul 12, confirm bangun...main sampai kul 1-2pagi. Aduhai..penatnya badan nak melayan. 
Dah banyak kali try pon still back to normal. Kena usaha kuat lagi ni.




Saya: Dah start mengah. Nak solat pon terkial-kial nak bangun lepas sujud. Rasa macam besar betul baby ni.

Salam Aidilfitri (walaupon dah terlambat)

BZ yang teramat sejak seminggu b4 raya sampai la semalam. Bukan bz bekerja pon...tapi bz menyiapkan persiapan raya yang sendiri cari pasal...last minit baru nak buat.

Last post kan saya ada cakap nak gi jalan TAR cari baju raya...actually malam tu jugak pegi. nasib baik la buat keputusan yang betul. kalo tunggu satu hari lagi baru nak pegi confirm tak beraya la saya.Sampai je jalan TAR mak datuk...punya la ramai orang. nak jalan macam dalam perbarisan. ikut flow je... org depan jalan, baru la boleh melangkah.Lucky me..baru 2-3 kedai je lalu, terus nampak baju untuk Emily. berdoa dengan harapan ada saiz. belek punya belek, alhamdulillah ada! Emily try sarung pon cun2 je. Tapi kesian kat mamat kedai tu. Terdengar dia borak dlm phone, duit niaga dia habis kene rembat dgn perampok. Dia tertidor, kakak dia gi solat. padahal wallet dengan dia tu. Tah camane, kene sapu. Sedih bila dia cakap duit nak balik beraya sumer habis...saya ni duk risau2 tak beraya padahal baju raya je pon yg tak de. Kalo jadi macam dia tak boleh balik kampong, confirm meraung la.

Pastu cari baju melayu untuk hubby pulak. Tema tahun ni kan merah. Memang la banyak baju warna merah, tapi kitorang punya color merah terang. Susah gak nak cari. Yang banyak jual kaler merah hati. Dah pusing satu round, x jumpa2 gak. Plan nak balik la ni. kedai last kitorang lalu, ternampak la satu baju. Cantik! Teluk belanga plak tu. Skali saiz habis daa...terpaksa la ambik cekak musang. Tak pe la, lagi pon beraya kat Terengganu kan. kira ok la tak dapat baju melayu teluk belanga pon. Hubby yang kononnya tak kisah ada baju raya ke tak, tetiba excited. Nak beli sampin pulak. ok lah, kita redah lorong yang last ni. Kalo ada, ada lah ye.

Last2 skali, sumer yang nak dicari dapat.Alhamdulillah. Setel satu hal. dekat kul 12 gak baru leh kluar dari situ.

                   



                       

Posing test baju raya


Jumaat malam 10.30 baru bertolak balik Terengganu. Siang tu hubby tukar tayar kereta la, setel kan urusan bank mana yang patut, bersihkan kubur arwah mak, pastu terus dia sampai rumah je terus sumbat barang dalam kereta. Kitorang bukak puasa kat luar dan terus jalan...kononnya la. Gi bukak puasa kat Giant KD. Semua kedai/ restoran penuh. Rupanya orang lain pon macam saya. Last minute shopping, hujung2 puasa buka kat luar. Duduk la kami kat kedai corner ni, bukak puasa makan kurma & air, kuih 3 ketul. Nasib ada nasi lemak untuk Emily. Lepas solat baru la makan nasi ayam.

Saya dah budget jalan memang jam ni. Baru lepas Duke nak masuk Gombak, dah tak bergerak. Confirm jam sampai ke Bentung ni. Terpaksa la redah jalan sg,Tua short cut to Genting. Scary gak malam2 lalu jalan ni. Kalo bulan tak puasa confirm saya tak lalu...hihihi. Kereta 3 bijik je atas jalan. Tu pon semua bawak laju2. Padahal panjat bukit tu. Last 2 kereta kat depan tu hilang. Tinggal la kami terkontang-kanting kat jalan tu.Sampai Genting shortcut lagi Janda Baik ke Bentung, ngam2 keluar lepas tol Bentung nak masuk LPT dah.Jalan pon dari situ baru lah clear. Perjalanan raya yang sangat lama, campur stop penat & ngantuk, 4.30pagi baru sampai kampong. Terus sahur la kita.

Aidilfitri tahun ni actually sederhana je. Tapi meriah pasal adik-beradik saya sumer ada first day raya tu. Kami 7 beradik, saya no 2. Kakak saya balik dr Besut je pon.Adik saya yg pompuan no 4 memang turn rumah kami. Raya ke-3 baru balik Lepar Jerantut rumah mertua.


 Satu famili. 
Dari kiri belakang Adik saya no 5 Fifi, adik bongsu Akil, belakang tu abg ipar, Baby Danish & Saiful-hubby fizah, yg tu En.Hubby saya Faizi, adik no 3 Fizi.
Dari kiri duduk adik no 6 Ain, Kak Jan & baby Humaira, saya le tu yang tgh kembang, adik ipar Gie, Fizah, anak buah Iman, Hasha.
Duduk depan Alia, Emily, Azhan, Ayuni & Ajeerah. Semua tu anak kakak saya kecuali Emily.


 Edrea El Tihani & Emily El Zahra





Iman & Emily posing



Pasal kami dah tak de mak, so segala plan raya termasuk menu, nak gi ziarah & beraya, kami plan la sendiri. Abah dah tak tinggal dengan kami. Dia duk kampong sebelah rumah isteri baru. Jumpa pon pagi raya je la.
Menu tahun ni Sate ayam, Nasi himpit & kuah kacang. Nasi tomato lauk ayam masak merah & acar. Kuih raya Kak Jan bawak sikit, adik ipar Gie buat tapai, kerepek pisang & tempeyek, fizah banyak buat kuih & kerepek. Saya bawak balik kerepek2 je & kek coklat.
(Gambar menu lupa nak ambik...hihihi)

Second day baru balik rumah arwah tok ayah (belah mak) kat Merchang. Rasa tak de semangat nak balik sana sejak arwah tak de. Tapi mak & bapa sedara masih ada. Tanggungjawab kami la menziarah.



Total Pageviews