URGENT WANTED : Part Time Cleaner

Salam to all,

Tempua Homestay @ Larkin JB sedang mencari part time cleaner yang boleh kerja terutama pada Musim Hari Raya nanti.

Job Scope: Of coz la kene kemas rumah kan. Ala2 kerja kat hotel..nak kene ready rumah before guest check-in. Pastu kemas rumah lepas guest check-out. 

Details: vacuum, tukar cadar, bersih dapur sikit (ni kalo guest masak2), hantar cadar2 gi laundry & kemas kawasan luar skit.

Gaji: RM70 sehari (kerja kemas2 ni setengah hari boleh siap)

So, sapa2 yang berminat atau ada kawan2 or family members yg berminat boleh la send email ke tempuahomestay@gmail.com atau sms ke 017 276 6469. Nanti Admin contact u all .


TQ

Tempua Homestay @ Larkin JB

Salam to all, 


Just nak share pasal homestay kami kat Larkin, JB. Mana tau nak gi hantar rombongan kawin ke, raya trip ke singapore ke, nak ziarah sanak saudara musim raya nanti ke..boleh la jenguk2 Tempua Homestay.


Skang tengah promotion Bulan Ramadhan, Harga weekdays RM250, Weekend RM280.


Details boleh check kat blog ye :D


Saya: Hari ni lauk berbuka paling simple-Kailan goreng kicap+fishball, ikan kerisi goreng & budu untuk saya..hihihi..lagi berselera makan.

Emily First time Puasa


Hari ke-2 Ramadhan, Emily puasa penuh! caya lah anak mummy ni. Tapi penuh dengan drama la. 

Pagi-pagi tu ok lagi. Petang gi singgah The Curve jap, cari some toilettries kat watson, tengok Dansa Raya...saja umpan dia bagi lupa pasal puasa jap. Pastu balik terus singgah Bazaar beli kuih-muih skit. Emily punya la kemaruk puasa semua benda dia nak beli. Kuih seri muka 3 ketul, pastu karipap. Jalan2 nampak pulak ketupat palas. Beli lagi. 

Balik rumah dah x boleh tahan. Nak makan ketupat. ok, umpan lagi tengok Upin-Ipin. Tak sampai 15 minit mengamuk lagi "Emily dah tak tahan ni nak makan ketupat". Kesian la plak dia. Tapi masa tu dah kul 6. 

Pegi bawak dia jalan-jalan kat luar..6.30 mengamuk lagi.."kenapa Emily x boleh makan ketupat sekarang?" kesian sangat tengok dia. Tapi biasa la mummy ni..sayang pulak nak soh dia buka puasa..padahal anak tu baru 4 tahun, dah puasa separuh hari pon kira bagus kan... 

Akhirnya berjaya gak habis kan puasa. Minum je air terus makan tu, makan ni. Mummy bagi lagi ang pow rm2. muka dah happy balik. Saya tanya dia" Esok nak puasa lagi?" selamba je dia jawab "Esok Emily nak sahur je...tak nak puasa" hihihi..kesian anak mummy ni. 

Hubby balik dari terawih, cerita pasal tazkirah kat surau tadi. Ustaz cakap HARAM paksa anak umur bawah 7 tahun puasa. Kita paksa dia puasa, tapi ibadah wajib lain kita tak paksa plak. COntoh paling utama...Solat! Sepatutnya kita didik anak kita solat, pastu baru puasa, pastu mengaji Al-Quran. Adus! terkena kat batang hidung sendiri. Menyesal saya paksa Emily tahan puasa tadi. Harap2 lepas ni dia tak serik nak mencuba lagi. 

Saya: Dapat disiplinkan dia Mengaji lepas solat Maghrib, dah bersyukur sangat!

Day 2 Ramadhan

Alhamdulillah dah masuk hari ke-2 puasa. Semalam duk google cari resepi ayam percik, dapat la jumpa yang berkenan di hati..dr website Potret Kasih. Resepi dia ok, menjadi la saya buat..tp bulan puasa punya pasal, termasin sikit..hihihi..masin2 pon bedal jugak sampai x sempat nak snap gambar. 

Semalam Emily (Anak sulung saya, 4 tahun)hanya dpt bertahan puasa sampai pukul 12.30 tghari je. Hihihi..ok la tu, baru nak belajar puasa. Bagus gak dia tengok katun Upin & Ipin tu. Hasilnya tak sabar2 nak puasa, kejut sahur pon bangun dan yg paling impressed niat puasa pon dia boleh hafal. Alhamdulillah! 

Hari ni pon nak puasa gak. Hari ni nak puasa penuh macam Ihsan (kawan upin ipin tu le), nak dapat duit rm1. hadoi...tak pe la yang..janji belajar puasa. Mummy tak de la paksa, kalo nak belajar ok je..senang sikit mula dari awal kan. 

Saya: Semalam lauk ayam percik, kangkung goreng belacan & bubur kacang. Hari ni menu apa plak daa..

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam Ramadhan...pembuka tirai coretan saya 2012...huhuhu Apa daa...orang lain blogging, saya pon sibuk nak blogging...konon penulis la..tp setahun 7-8 posts je. Hihihi..kalo jadi penulis ruangan di magazine or paper confirm 3 bulan keja dah kene terminate...tak de idea punya pasal. 

Ok lah..walau apa pon nak share jugak...last post saya Julai 2011. Terbukak hati nak bukak blog..eh2..dah setahun rupanya..*blush..malu pd diri sendiri. Last post citer pasal air selusuh..haaa..skang citer pon dlm topik yang sama..jeng jeng jeng... Saya expecting for 3rd baby this coming December :D..alhamdulillah..rezeki tergolek ALLAH bagi. 
Nak tunggu dpt rezeki keta baru, rumah baru..lambat skit kan..dpt tambah ahli keluarga baru kira ok la tu. Ada gak yang baru..hehehe..mintak2 yang lain2 tu akan menyusul secepat mungkin la kan..amiin! 

Skang dah 15 weeks pregnant. Mesti u all tertanya2 kan..baby saya dah bpr bulan skang..cepat tul production baru...Edrea El Tihani skang dah 10 bulan - insyaallah, saya akan buat 1 entry pasal Edrea si kecik ni. 
Dan mungkin ini sesi pregnancy saya yang terakhir...coz dua2 girls by c-sect, so yang ni pon confirm kene ceasar gak. So saya tak nak ambik risiko untuk pregnant lagi, rezeki 3 anak pon insyaallah cukup bahagia. Lagi pon saya memang plan nak stop pregnant aft 35. skang umur 33, kalo saya tunggu Edrea besar baru nak pregnant balik, saya takut saya yang exhausted. 

Alhamdulillah, saya takde morning sickness setiap kali pregnant. Bulan puasa ni pon insyaallah boleh tahan nak puasa penuh. Ok, nak google resepi untuk bukak puasa jap..terpikir pasal ayam percik..ok tak? jom masak :) 

saya: sesuai ke combination ayam percik + kangkung goreng belacan? mmmm..tu je sayur yg ada.

Total Pageviews