Sunday, 30 January 2011

Suka Duka Januari 2

1st entry baru citer pasal "suka Januari". Ni nak citer pasal "Duka Januari" pulak.

Emily since balik dr Genting kene selsema dan batuk skit. Saya ingat biasa la tuh pasal sejuk kat atas nun.

So, on saturday, lepas appointment saya dgn gynea, terus bawak jumpa paed Dr. Syed Nazir (boleh baca artikel dia mostly every sunday in metro). Ada demam sikit, so doctor bg ubat and follow up lagi 3 hari.

Start Sat - Mon, tiap2 malam around 2am - 4am, Emily demam panas. Tempreture 39 - 40 degrees. Saya dah kecut perut. Dah la early pregnancy saya memang kaki tido, so bila tido terganggu tu saya pon jadi lemah semacam.

Tueasday, Petang dia dah start demam. Makan pon x lalu..tanya nak gi hospital x, terus dia angguk...thats mean Emily betul2 tak sihat. Nasib baik doctor ada malam tuh. Terus gi KJMC. Doctor suspect influenza A. Terus soh admit. Tak sampai sejam they run the test (swab nose), confirm result +ve influenza A. Next test H1N1 pulak.

Bila dengar doctor kata nak ambil darah n drip, saya dah cuak. Saya takut Emily menangis. Saya ingat lagi masa umor 14tahun saya jaga adik kat hospital. Bila doctor nak cucuk kat tangan nak masukkan drip, adik saya meraung2..masa tu umor dia lebih kurang 5-6 tahun kut. Dengan saya2 skali meraung. Kesian dan sedih sangat.

Tapi Emily lain plak citer dia. Muka rilex je. Doctor tanya sakit x? dia angguk. Syahdu nya tengok manja saya ni. Nasib baik dia kuat.

So, berkampong la kami 1 family kat KJMC. Esoknya dapat result H1N1 +ve. Terus kene kuarantin. Alhamdulillah, demam Emily dah kebah. Selsema and batuk ada sikit. So doctor soh buat nebulizer to avoid virus infect paru-paru yang boleh menyebabkan pneumonia
.

Alhamdulillah, Semalam kami dah boleh balik rumah..setelah Emily duk meragam nak balik. Nampak muka doctor je tunggu doctor cakap boleh balik ke tak. Masa doctor kata ok, hari ni boleh balik..muka Emily berseri-seri...sengih manjang."mummy, nak balik umah".

Kami masih berkuarantin sampai Wednesday. Emily dah ok tapi still continue with meds. follow up check up on next wednesday...hopefully Emily will be fully recovered. Pray for us pls...

Suka Duka Januari

Macam-macam kisah permulaan tahun baru ni. Dengan bisnes yang baru start plan and strategised, dengan famili punya citer...macam-macam nak pikir.

Last week gi genting for 3 days. Prudential Wealth Planner Convention. Satu famili saya angkut. Emily bukan main enjoy lagi. Main indoor games. Naik mary go round 10 kali sehari, naik train tak nak turun2, main car pusing eifel tower pon..turun pasal nak tukar car lain...adess! tapi tak pe la..janji dia enjoy! yang kesian nya Daddy dia la yang kene melayan. Saya sibuk dgn convention tuh..huhuhu.

Kat Genting lagi saya rasa mcm tak sihat. Mungkin kali ni pasal weather kat atas sejuk sangat..musim tengkujuh le kata kan...otw balik kl, tido je anak-beranak dalam keta. kesian daddy x de orang teman nak borak. Sampai2 je terus gi dinner...tergerak hati nak singgah pharmacy nak beli pregnancy test..hehehe

Mau tak nye..bayangkan, setiap kawan2 yg jarang jumpa..terserempak je sume tanya soalan sama ..."eh, u preggy eh?" erk! terkedu jap..obvious sgt ke bdn saya maik naik? mcm di pam2? ooh! no way! saya kan dah seminggu diet! tiap2 pagi telan cereal nestle yg 14 days challenge tu. Lunch pon x makan byk..Dinner siap skip lagi. apa hal ni?

Tapi sejujurnya, saya pon rasa badan saya berat semacam. Menguatkan lagi alasan nak beli tester tu pasal saya perasan skang ni saya memang kuat tido. Pantang letak kepala sikit mesti hanyut.

So, hubby pon kata test je la..beli la 1. Balik rumah bukan main excited lagi ni nak buat test, padahal masa tu badan dah x larat nak bangun...redah gak. elok je buat, tunggu sampai lima minit, 1 line pon x kluar..cett! ini tester sudah invalid result la. "Daddy, caner ni?"
Tengok jam kul 9.45pm..Hubby cakap jom gi guardian..hehehe..redah. Ni sapa yang terlebih excited ni??

Ok, kali ni saya buat test betul2. Baca arahan kotak tu sampai berkali-kali takut silap. Jam dah kul 10.15. Kalo invlaid gak yang ni tunggu esok je le baru boleh test lagi. Confirm malam tu x leh tido..ahaks.

Hahahahaha...boleh saya bantai gelak bila nak 2 line dah keluar! terus jerit panggil hubby. Dia lagi la blur..tengok..pastu tanya apa result dia? Oh suami ku, saya dah tersengih sampai ke telinga lagi dia tanya apa result. Alhamdulillah! Sah saya pregger. Sabtu 22/1 gi check up kat KJMC, my regular O&G Dr. Fatima Najla.

I am 7 weeks Pregnant. Yahoo!!!!

Wednesday, 12 January 2011

Sahabat ku . . .

Semalam luangkan masa bertemu client saya dan sudah jadi kawan baik. Sambil menikmati lunch kat KFC, dia pon mula la bercerita.

Sebetulnya saya memang dah tahu, dia dalam proses penceraian. Tapi bila tahu punca dia failkan kes tu..memang terduduk saya (memang la makan sambil duduk, tapi terhenyak dengan cerita dia).

Tak sangka kuat betul dia mengharungi liku2 perkahwinan selama 15 tahun. Macam-macam dah dia alami sepanjang hidup dengan sang ex-suami.

Kita memang tahu kan, lelaki ni ada 4 kaki. Satu: Kaki pompuan. Dua: Kaki minum. Tiga: Kaki pukul. Empat: Kaki Judi.
Dan sang ex-suami ni memiliki 2 daripada kaki tu.

Saya tak mampu nak cerita aib dia kat sini, tapi kalo saya di tempat dia, nauzubillah. Saya tak mungkin bertahan selama itu. Dia terseksa zahir dan batin. Dengan 4 orang anak, sekarang dia kehilangan semua nya. Takde tempat tinggal dek di halau sang ex-suami. Nasib baik dia ni kerja bagus. Tapi bayangkan lah...kalo kita kene halau keluar dari rumah, camane kita nak survive? nak dapat kan rumah immediately? nak cari duit secepuk nak byr deposit? dengan anak2 sekolah nak kene pikir pulak nak kena cari rumah yg dekat sekolah anak..kalo ada. kalo x de? tak pasal2 pening kepala pulak nak pikir transport nak hantar anak gi skolah. Nak kene cari shortcut supaya dapat hantar anak on time, kita pon sampai on time kat ofis.

Saya sangat-sangat kesian kan dia. Tak mampu untuk menolong dari segi material, saya hanya mampu mendengar luahan hatinya. Sekurang-kurangnya dapat hilang kan beban dari hati dan fikiran.

Saya tertanya-tanya, macamana dia boleh bertahan selama itu...walhal sang ex-suami dah mula buat perangai sejak anak pertama lagi. Bayangkan setiap kali dia pregnant, sang ex-suami ada hubungan sumbang dengan pompuan lain. Boleh tukar - tukar plak tu. Anak 4 orang, maknanya 4 orang pompuan simpanan lah. Tapi yang paling saya tak boleh terima, dengan bibik pon dia bantai! cilakak punya jantan! marah betul saya!

Jawapan sahabat saya...ingat kan sang ex-suami boleh berubah. so dia sentiasa berdoa semoga sang ex-suami akan berubah. Dia cuba bagi peluang yang dah keberapa kali. Tapi sang ex-suami camtu jugak. makin ligat lagi adalah. Yang best nye, muka sang ex-suami super innocent! kalo u all jumpa dia kat tepi jalan confirm la cakap...baik nya mamat ni..lembut je..pendiam..nampak sopan...tapi bila bukak topeng...SETAN!

Kemuncak perkahwinan sahabat ini ialah..bila sang ex-suami, tak cukup badan sahabat saya ni dia hentam, sampai lebam sana sini...dan penah dipukul masa pregnant sampai bleeding..tak habis lagi baran kat bini..dia gi bantai tibai anak plak! Silap besar la! dah tahu hati pompuan ni kalo melibatkan anak, kami ni super sensitif. ko dah buat camtu, kene balik la ko!

Bila sahabat saya failkan kes nak cerai, pandai plak merayu-rayu guna air mata. Mintak simpati la konon. dan dan tu jugak kata sayang cinta, tak boleh hidup tanpa u ..tuih! bila soh masuk masjid angkat sumpah , memang ko x de kekasih-kekasih gelap lagi, ko kecut! Nampak sangat la ko ni perangai macam harem kan! (nauzubillah..sungguh ni bukan cara biasa saya bercakap, ni dah tulis ikut nafsu marah saya ni)

Apa-apa pon, Alhamdulillah. Sahabat saya dah boleh tenang skit hati nya walaupon secara zahiriah nya dia masih terkapai-kapai memulakan kehidupan baru sebagai ibu tunggal. Saya sentiasa mendoakan dia dilindungi dan dicekalkan hati.

Saya kata padanya: u dah lalui dugaan yang paling besar dalam hidup seorang perempuan selama 15 tahun - terseksa zahir dan batin...tapi kali ni, jiwa u aman. Walaupon u kene struggle nak hidup sendiri dengan anak2, tapi tu bukan masalah besar. Jiwa u besar..pasal tu ALLAH test u dengan duagaan yang besar macam tu. ALLAH beri kita cubaan, ada sebabnya. Bila kita dapat melalui nya dengan berjaya, Pasti ada REWARD yang besar juga ALLAH dah tetapkan untuk kita. Dengan syarat kita x lupa, kita adalah hambaNYA.

Saya: mintak maap kalo bahasa saya sgt kasar kali ni. Tak ada niat untuk aibkan sahabat, tapi sebagai panduan hidup terutama kepada kaum hawa. Sekira nya cerita ini hanya secebis daripada pengalaman pahit anda, saya doakan semoga anda lebih tabah dan berjiwa kental menghadapinya. INSYALLAH!

Sunday, 9 January 2011

Ada ke patut

Adush...sakit mata tgk pemandangan petang tadi. Habis je coaching session kat ofis, singgah ziarah kubur arwah Mak mertua kejap kat Bukit Kiara.

Mintak maap la ye..kalo empunya badan duk google2 skali terbaca note nih. Tapi mata saya sangat lah x berkenan. Logik ke? pegi ziarah kubur, pakai 3-quarter pants, pastu x pakai tudung, dengan selamba nya duduk yang ala2 x sopan sambil baca yaasin.

Saya pon agama bukan tinggi, tapi tak kan cik kak tak tahu adab-adab menziarah pusara. Memang la kawan tu (mak ke, bapak ke, adik beradik ke) dah jadi arwah, tapi kita sebagai umat Islam mesti la hormat agama kita. Kalo ye pon cik kak free-hair, kalo pakai tudung ala-ala mak datin yg nampak jambul atau pon stail Datuk Siti rasa nya orang x pandang pelik sangat.

Rasa malu pada diri sendiri. Malu sebagai seorang muslim, tengok bangsa kita, sedara kita betul2 x endah pasal agama. Kalo budak-budak baru nak akil baligh tak pe gak, ni cam dah nak jadi mak orang. Saya pon free-hair gak. Bila tengok senario camni, saya sangat-sangat bersyukur di lahirkan dalam keluarga yang mendidik anak-anak mereka dgn didikan yang betul. Ada asas agama, ajar apa itu tiang agama. Cuma saya je yang terjal skit.

Namun saya tak putus2 berdoa setiap kali lepas solat, semoga Allah bukakan hati saya kembali ke jalan yang diredhaiNYA. Amin.

Saya: tak pasal2 dapat dosa mengumpat ari ni. Tapi niat saya ikhlas. Sebagai pengajaran kepada kita semua.

Friday, 7 January 2011

2011 sudah muncul

cerita pendek:

Saya dah refurbished blog saya ni. Harap-harap muncul tahun baru 2011 ni rajin la saya berblogging. hehehe..'harap-harap' tu yang x tahan tuh.

Dalam kepala ni macam2 plan dah. x terluah je..risau pasal bisnes this year. Saya x nak berharap sangat..tapi saya akan terus berusaha untuk capai my personal target.

Emily plak skang makin la keletah. tiap bende yang kita cakap sumer nye ada jawapan. Lucu pon ada, geram pon ada dengar dia menjawab tuh.

Plan utk this month, nak cat bilik. Saya dah survey2 nak upah tukang cat..cari2 dalam internet terjumpa la 1 blog ni mytukangcat . Maybe blh try contact diorang ni.

saya: One thing I achieved today ~ visit my friend cum client.