Bubur Chacha Marvelous


Taraa...haa...hari ni baru sempat nak update dalam blog. Bukan apa, saya nak simpan resepi favourite kat dalam blog. Senang next time nak refer bukak blog je. Tulis tetap tulis, tapi atas sehelai kertas..pastu simpan dalam box kat dapur. Time nak masak kene belek sehelai2 yang mana satu resepi yang nak. Kekadang tu resepi hilang terus..hihihi

Bubur chacha ni saya masak last weekend. Di kala petang hari perut pun berbunyi mintak di isi. Tambah pulak hujan selebat-lebat nya. Konon nya nak gak lelap kan mata walau 10 minit...tapi kan..dek kerana 2 rakyat kecik buat bising, rakyat yang hero tu tak jadi tido...so permaisuri pun terpaksa lah batalkan niat asal.

Hangin punya pasal, kita cari lah terapi dia. Masuk dapur...masak! pastu Makan! huhuhu

Saya simpan resepi kat sini. Mana tahu orang lain pun boleh refer. Senang je...campak2,...15 minit dah siap.

Bahan-bahan

1 biji keledek di potong dadu (saiz sederhana)
100 gm chacha
2 sudu besar biji sagu (di rendam seketika)
1 paket santan (serbuk)
3 cawan air
gula melaka (lebih kurang 3cm, yang bulat punya)
4 sudu besar gula
secubit garam
sehelai daun pandan (di simpul)

Cara-cara
1. Rebus chacha & keledek selama 5 minit ( agak-agak chacha dah kembang and keledek separa lembut). Tos kan.

2. Di dalam periuk lain bancuhkan santan dengan air. Campak semua bahan lain. Masuk kan chacha & keledek. Masak di atas api sederhana. kacau sekali-sekala.

3. Dah mendidih, maknanya dah masak. Sedia untuk dimakan :)

Makan panas-panas, pastu layan kopi O...perghhh..marvelous!

Elric yang Overweight

Semua tertunggu-tunggu saya bawak baby Elric gi check up. Pasal apa? Pasal nak tahu berat sebenar budak kecik ni. Semua orang tengok dia geram nak cubit, ada yang tak percaya baru 2 bulan. Ada yang geram dengan peha...hihihi ...lawak la jugak. So, jawapan sebenar berat Elric ada lah 7.02kg @ 2 bulan. Baru 2 hari lepas timbang. Fuhh..memang semangat baby boy mummy ni. 

Pipinya! Bulu mata lentik tak tahan tuh....huhuhu

Actually ok je berat badan dia since he's fully breastfeed. Boy pulak tu. Normal la anak lelaki menyusu kuat. Saya bersyukur sangat-sangat ada susu, cukup untuk susu kan dia. Kalo lah minum susu formula, saya tak boleh bayangkan baper tin kena beli setiap bulan. Ye la, cuba kira kalo setiap jam nak susu. Paling sekejap menyusu 15 minit. Paling lama sejam. Kalo minum susu botol mau 11 auns tuh. sebotol penuh. 1 hari dah baper botol. Sebulan? adoiii....beruban kepala daddy nak cari duit beli susu...huhuhu

Kekenyangan selepas setengah jam mengembeng

  Kakak Edrea tumpang tido playpen Elric. 
Tapi Elric main cak-cak lak dengan mummy


Alhamdulillah, tak banyak meragam. Tapi menyusu tu jangan cakap la. Paling lama sejam duk menyoyot je. Sambil tidur tu, ngam-ngam lepas susu elok je mata cerah. Fresh! Mummy la yang tak boleh buat kerja. Malam tido ok je. Sekali je bangun. Siang la yang liat sikit. Suka nak orang teman dia. Habis tu kakak2 lapar nak makan apa sayang oi..mummy nak masak, nak kemas dapur, nak basuh baju. Kain baju yang tak berlipat jangan cerita la. Emily kata macam mountain dah! Memang pon. 

Selain hubby, Emily banyak tolong saya buat kerja rumah. Walau pun kadang-kadang kena paksa, tapi boleh la di harap anak dara mummy ni. Tapi bila dengan daddy dia lain pulak. Nak mandi soh daddy teman, nak lap rambut pun soh daddy buatkan, sikat rambut, pakai bedak. Semua daddy lah. Memang anak manja daddy. Tu yang asyik gaduh dengan Edrea je. Edrea ni lain pulak karakter dia. Independent. Tapi bila kakak buat something, dia jealous. So, menjerit-jerit lah gaduh. Tengok kakak dekat dengan daddy terus dia jerit marah kakak. Dia pulak enterprem.

Anak dara mummy tolong sidai baju. Thank you Kakak Emily!

Edrea pulak, lepak dalam play pen. 

Al-maklum tak boleh dekat dengan kakak. Nanti kang pecah rumah dengar suara menjerit, menangis. Tak paham saya. Kenapa dengan kakak yang dia jealous. Tapi dengan baby ok pulak. Caring. Pantang dengar baby nangis terus gi jenguk " mi...aby!" pandai dah bagitau mummy.

D'Herbs Set Bersalin Mak Bidan - Testimonial

Seperti yang dijanji kan, saya nak share pengalaman saya menggunakan produk Set Bersalin Mak Bidan Keluaran D'Herbs ari tu.


Dengan harga rm195 (dapat diskaun skit - harga asal RM199. Kalo nak lagi murah beli online dengan kak Roha, silap2 boleh dapat free gift lagi...hihihi..kak roha ni rajin bagi free gift kat customer dia). Saya rasa puas hati dengan set ni. Dalam set ni ada 7 items + free mandian herba.





Pati Herba Mak Bidan - saya macam biasa la. Ubat yang minum-minum ni liat sikit. Tengok nama pon pati herba, confirm bau tengik & pahit ni. Tapi bila dah cuba, wow! sedap! Langsung tak rasa herba. Rasa macam manis buah asam jawa tu. Saya langsung tak rasa penat badan masa dalam pantang. Berkesan!

Pilis & Param Mak Bidan - Saya terpengaruh beli set Bersalin ni dulu pasal ni lah. Kalo set bersalin yang lain, Pilis & param kan kena bancuh dulu baru sapu kat badan. Dah lah melekit-lekit, pastu leceh bila terkena kat baju, bengkung semua. Tapi Pilis & Param Mak Bidan ni macam bedak sejuk. Goncang sebelum sapu kat badan. Rasa berangin je dan wangi pulak tu. Bahan-bahan pon dari bedak sejuk, batu nasila, air mawar etc. Best!

Krim Panas Mak Bidan - Yang ni pun best. semenjak lepas bersalin ni saya belum timbang berat badan saya. Tak kisah la slim ke tak, tapi saya rasa badan saya ringan. Saya tak mengalami rasa lenguh-lenguh atau penat, sakit pinggang ke coz saya sapu ni kat seluruh badan. Bila betis rasa tegang sikit bila satu hari berkejar dengan anak-anak, saya sapu je krim panas ni. Hilang terus. Lagi pon krim ni hangat selama 12 jam. Compare dengan Fellina inch loss lotion, Krim panas ni lagi berkesan kut. Cuma bau je la..bau herba. Tak sesuai nak sapu kalo nak kluar jalan-jalan. Perfume tak boleh cover...hihihi. Saya bagi 4 bintang! hahahaha..sesuka saya je kan.

Kapsul Jamu Mak Bidan - Yang ni saya telan je. Rasa badan tak sakit, keluar angin, ok la tu...berkesan la kut.

Minyak Telon - Satu benda yang saya kurang berkenan dengan minyak telon ni. packaging dia. botol kecik tu ah cute dah. Tapi tak praktikal la nak buka tutp botol tu. Ketat sikit, pastu mudah meleleh tumpah. Minyak dia ok lah untuk baby. Tapi saya very particular bab=bab presentation ni. Bila presentation tu cantik, packaging menarik, kita akan confident nak beli. Tambah pulak kalo produk tu praktikal. lagi la orang suka kan..harap-harap management D'herbs terbaca lah blog saya ni..hihihi...boleh la diorang tahu feedback dari pengguna.

Tungku Herba Mak Bidan - OK. Yang ni paling saya tak suka. Bukan saja tungku herba mak bidan ni, tungku herba brand lain pon saya rasa tak praktikal. Renyah! Nak kena stimkan la. tapi bila pakai tak sampai lima minit dah sejuk. Memang tak best. Sebelum ni saya try yang Leesa formula. Macam tu gak. tak panas langsung. Pakai batu sungai jugak yang best kalo nak bertungku. Puas hati.

Perawan Herba Herbal Wash - Produk yang paling saya suka! 5 bintang untuk Perawan Herba Herbal Wash! Dah la bau wangi, bila guna tu berangin je, bila basuh lagi la...sejuukkkk...nyamaaannn je rasa. hahahaha...seriously, herbal wash ni best! Kesan nya??? bersih dan segar feminine part tu off course! Part lain? kena tanya suami anda...huhuhuhu!

Mandian herba - boleh la. Bau tak sekuat produk amway punya. Tapi nak menunggu dia larut tu, lambat gak.


Kesimpulan nya: Memang Berbaloi dan sangat berkesan Set Bersalin ni. Saya puas hati beli set ni compared to Set Herbal tropica dr Amway dulu coz yang tu banyak benda saya guna tak habis. Set ni masih lagi tak habis, tapi still boleh guna walaupun dah habis pantang. Yang penting harga murah dan semua barang diguna pakai. Saya rekemen produk ni untuk semua bakal ibu yang masih tercari set apa yang sesuai. Cuba lah! Berbaloi dengan harga yang anda bayar!

Total Pageviews