Fellina Inch Loss & Vit C + Pure Collagen

Saya ada terbaca dalam blog cousin, katanya 6 bulan adalah masa yang di ambil untuk wanita dapatkan balik berat badan asal seperti sebelum mengandung. So far, lepas bersalin saya belum timbang lagi. Saya rasa macam dah turun berat badan sikit, tapi tang perut ni belum nampak perubahan lagi. Sampaikan Emily boleh tanya 'mummy ada baby lagi ke dalam perut?' huhuhu..saya tahu perut saya tebal. Berbengkung pon tak disiplin masa dalam pantang. Tu la padahnya.


Gambar courtesy dari google. Malas nak snap..huhuhu


Yay, baru dapat ari ni! and dah start guna malam ni. Baca feedback dari orang lain, katanya krim ni tak panas, berangin je. Humang ai..rasa cam terbakar kulit ni. Baca tips cara-cara nak sapu krim ni di bahagian perut, sapu krim sebesar 20sen...tapi ni tak sampai 20sen pon dah rasa nak melompat. Memang la mula-mula tu berangin, tapi kejap je. Saya rasa kehangatan nya sama hangat dengan krim panas Mak Bidan dalam set Bersalin yang saya beli ari tu. Advantage Fellina Krim ni ialah kewangiannya. Bak komen orang lain, krim  pelangsing lain bau halia atau serai wangi segala...tapi Fellina bau macam perfume. Apa-apa pon kita tengok result dia dalam masa seminggu ni. Ada kesan ke tak. Esok baru saya nak ukur lilit...hihihi.

Lagi satu, dia cakap krim ni boleh sapu kat muka dan dagu. Yes, Saya suka! Teringin gak nak dagu runcing macam owner Fellina ni. Tapi sapuan kat muka & dagu sikit je. Kang terbakar lak kulit muka. Tak pe, kita tunggu seminggu lagi..apa jadi ;).

Pasal Vit C + Pure Collagen dia pulak, satu kotak ni ada 30 kapsul. Cara makan dia 2biji setiap kali lepas makan malam. Maknanya kita kena beli 2 kotak la untuk supply 1 bulan. Saya cuba dulu dengan kotak pertama ni. Harap-harap sesuai la dengan saya. Lagi pon ni Collagen paling murah dalam pasaran comapred to others. RM85 sekotak. Sebulan pun baru RM170 (2 kotak). Kalo collagen lain semua harga 200+. 

Tadi sempat cek statistik blog saya..perasan ramai gak yang view pasal set bersalin. Tak sempat lagi saya nak tulis testimonial pasal Produk D'Herbs ni. Next entry saya share ye. Best!

Bali

Sudah lama saya berangan nak melancong ke Bali, Indonesia. Tahun 2013 punya wishlish and goals pon, saya ada tulis nak melancong ke Bali (Short holiday to Bali). Tup-tup dapat berita gembira dari Prudential. Ada contest untuk First quarter 2013 dengan tawaran pakej percutian ke Bali. Yahoo! (Law of attraction)

Tak sabar nya nak mula bekerja. Semangat berkobar-kobar untuk jumpa clients kesayangan yang banyak membantu dalam kemajuan bisnes saya. Kena siapkan strategi dari sekarang. Macamana saya nak menangi pakej percuma ni. Tak lama dah ni. Contest habis sampai bulan Mac. Saya cuma ada masa kurang lebih 2 bulan untuk cari bisnes sebanyak rm35k. Boleh! Boleh! Boleh! (kena positif. Nak jauhkan rasa kecut perut dengan dugaan di depan sana)

Dalam kepala dah berangan macam-macam. Stay di 4-5 stars hotel, delicious foods provided, sightseeing, Spa & massages, shopping. Aaahhh...best nya!

So, sapa-sapa yang ingin bantu saya capai misi ni, boleh la contact saya untuk khidmat rundingan PERCUMA bagaimana nak merancang kewangan anda. Pelbagai pelan baru dari Prudential yang direka khas untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Anda tolong saya capai impian saya, Saya tolong anda melindungi insan-insan yang anda sayangi. Bagaimana? SMS saya 017 282 2646 :D


Dapat stay kat hotel cenggini..perghh..HEAVEN!

Saya: Ni pon salah satu azam 2013 saya. Nak menang semua challenge & contest dari Prudential (walaupun saya dah terlepas satu contest early this month). Saya akan terus berusaha dan berusaha untuk menang contest ni. SEMANGAT!

Al-Fatihah

Innalillahiwainnailaihirojiun. Baru dapat berita dari sahabat rapat saya tentang pemergian abahnya petang tadi kerana penyakit kencing manis yang dihidapi sekian lama. Semoga sahabat saya tabah menghadapi dugaan besar dari Allah ini.

Sama seperti arwah bonda & nenek saya. Pemergian mereka gara-gara penyakit ini. Penyakit yang menjadi keturunan keluarga sebelah mak saya. Yang paling terkesan, arwah nenek masa tu teringin sangat nak kenal dengan bakal cucu menantu nya ( sebelum saya kahwin). Sepatutnya saya balik kampung bawak bakal suami untuk kenalkan kepada ahli keluarga. Tapi dek kerana kerja, saya terpaksa batalkan niat tu. Akhirnya, arwah mak tok tak sempat jugak kenal. Rasa terkilan sangat dengan ralat sebegini.

Arwah mak pula pergi 2 bulan selepas ibu mertua saya. Sangat-sangat sedih kehilangan dua ibu sekali gus dalam masa yang sangat dekat jaraknya. Saya doakan wanita-wanita kesayangan saya ini dicucuri rahmat mereka dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Hanya doa yang mampu saya iringkan. Semoga doa-doa ini mampu membantu mereka di alam sana. Al-Fatihah.

Azam tahun baru 2013




Macam-macam azam yang saya tanam dalam hati untuk tahun baru ni. Banyak kategori di ambil kira. Dari segi kebahagiaan keluarga, pendidikan anak-anak, kerjaya & bisnes saya serta kemajuan sahsiah diri sendiri.

Dalam bisnes saya, kami selalu menghadiri konvensyen & team building. Dari situ kita di ajar bagaimana untuk merealisasikan impian kita. Salah satu team building yang saya hadiri ialah ABC (Awareness Before Change). Key word dalam program ni ialah "For Things to Change, I Must Change First". Saya pegang kata-kata ni. Setiap yang saya lakukan, fikirkan...saya akan kembali refer kepada kata-kata ini. 

Contoh yang paling simple, bila kita tengok si A tu jenis suka mengumpat orang. Dalam hati kita dah sebakul mengutuk si A. Jumpa pulak kawan-kawan, kita sambung balik mengutuk si A tadi tu.Kalo betul kita tak suka dengan peragai si A yang suka mengumpat, kenapa kita pulak yang lebih-lebih mengumpat mengutuk si A? Pasal tu la kata-kata ABC ni di guna pakai. Kalo kita nak tengok orang tu berubah dari perangai mengumpat tu, kita sepatutnya yang perlu ubah perangai kita dulu. Tak payah lah kita nak mengumpat orang, kita muhasabah diri kita dulu. Bila si A mengumpat, kita lari dari jauh-jauh. Buat hal lain, tak payah sibuk-sibuk dengar apa yang dia umpatkan.

Jadi, untuk membaiki diri kita menjadi lebih baik, sentiasa lah rujuk pada kata-kata ini. Semoga kita boleh berubah ke arah kebaikan. Walau sedikit atau sekecil mana pun perkara baik itu kita lakukan, impaknya tetap besar dalam kehidupan kita. Wallahualam. Peringatan ini ada laha salah satu azam tahun baru saya. Berubah ke arah kebaikan walau pun berdikit.

Tu baru satu azam, ada berderet lagi azam saya ni. Tak pe. Saya akan listkan satu hari satu azam, satu pencapaian..hehehehe.


Total Pageviews