Sedia Terima Tempahan Jahitan secara pukal

Just nak share dengan u all, Kakak & adik saya Ain memang tukang jahit. So, sempena azam tahun baru 2013 ni, kitorang nak start bisnes menjahit ni secara serius. Hehehe..Diorang menjahit, saya tukang marketing je.

Oleh itu, kami telah bersedia untuk menerima tempahan jahitan secara pukal. Kami sedia terima tempahan baju kurung, kurung moden, baju kanak-kanak, dan uniform. Style & design lain, boleh bagi contoh design dan kain. Kami jahit free dulu, kalau anda berpuas hati dengan kualiti jahitan kami, baru lah kita teruskan urusniaga.

Di samping itu, untuk anda yang berada di kawasan Kemaman, Kuantan dan Terengganu, kami juga menyediakan khidmat sulaman. 

Nanti saya upload gambar-gambar contoh hasil kerja tangan kami ye....tungguuu!

p/s : akan datang, projek jahitan manik akan bermula!


Hangus Terbakar

Assalamualaikum. Saya kini berhadapan dengan cabaran paling besar berpantang kali ni. Aduhai...sedihnya bila berpantang yang macam tak pantang. Sedih bila orang tanya saya pantang kat mana. Bila cakap pantang sendiri kat rumah, semua suggest soh pantang kat kampung. Ada orang tua boleh jaga. Kalo ada...kalo macam saya? Dua-dua mak pon dah tak de, siapa yang nak jaga saya kat kampung nanti? Nak mintak tolong adik-adik saya, semua ada anak kecik.Masing-masing sibuk mengejar anak. Adik saya Ain pulak alhamdulillah dah preggy.

Jadi nak tak nak, terpaksa lah saya lalui hari-hari berpantang seperti hari-hari biasa. Buat kerja rumah, masak, layan 3 anak ni. Hubby sibuk kerja, time sempat dia tolong, memang dia akan buat. Tapi time dia tak de kat rumah, jenuh saya nak handle anak-anak ni.

Nasib baik luka operate saya cepat baik. Boleh lah saya bergerak settle kan semua kerja rumah. Tapi memang tak menang tangan. Memang takde masa nak berehat. Nak nap sekejap jauh sekali. Tido malam pon lepas pukul 12 baru dapat tidur.

Dek kerana tak cukup tangan nak buat kerja rumah, petang semalam berlaku lah satu insiden yang hampir-hampir membahayakan nyawa saya anak-beranak. Saya panaskan hot pad Anmum - dapat free masa kat hospital ari tu. Bagus hot pad ni. Boleh guna untuk tungku perut, tuam perut baby, dan off course untuk tuam breast bila dah bengkak tu. Berbalik kepada insiden tadi, saya kena panaskan hot pad tu dalam air mendidih untuk hancurkan balik kristal yang dah keras. Pukul 6ptg saya tenggek kat atas dapur. Sambil-sambil tu layan budak-budak tengok tv. Pastu terus bawak diorang naik atas nak mandi. Hubby outstation ke PD. Almost 8pm, hubby call cakap dah on the way balik..nak sampai dah pon. Happy lah sikit. Edrea lagi la, dengar suara daddy dah pot pet pot pet membebel dalam phone. Tak tahu lah apa dia cakap.

Tengah-tengah happy tu la baru saya teringat periuk kat atas dapur. Ya Allah! Paniknya saya. Sambil kelek Elric, saya berlari turun tangga. Rumah dah kelam dengan asap dan bau busuk. Istighfar tak putus-putus di bibir. Tengok periuk dah rentung. Subhanallah! Nasib baik Allah selamatkan saya dan anak-anak.
Buat nya berlaku lebih lagi insiden tu, mahu hilang nyawa kami berempat.

Saya menggigil dan menangis. Takut yang amat. Emosi saya terganggu malam tadi. Rasa semua tak kena. Duk salahkan diri sendiri kerana cuai. Salahkan keadaan kerana tak de sapa yang boleh tolong saya. Macam-macam rasa. Agaknya benda-benda macam ni lah yang buatkan wanita berpantang jadi gila meroyan kan. Tekanan perasaan. Padahal masalah kecik dan biasa je. Tapi kerana keaadaan kita yang belum stabil, membuatkan kita terlalu fikirkan perkara tu. Nauzubillah! Mintak Allah jauhkan saya dari semua ni. Kuatkan lah semangat dan kesabaran saya demi anak-anak. Aameen! 

12.12.12 - Selamat Hari Lahir Elric El Uzayr

Sambil mendodoi si comel Elric El Uzayr, sempat jugak saya post entry ni. Yaa...saya dah selamat melahirkan baby boy comel pada 12.12.12 jam 9.18 pagi secara ceasarean di Kelana Jaya Medical Centre (KJMC). Sekejap je proses pembedahan ni. Masuk OT jam 8.30am, start prep..then 9am doctor cakap dah nak start. 

Saya masa kena jep epidural tu, tetiba je rasa loya...pening-pening, then muntah. Masa Emily dulu ok je, masa Edrea blood pressure naik, rasa la pening sikit tapi tak muntah. Kali ni terus muntah. tapi sikit je la. Dan-dan tu jugak saya rasa mengantuk sangat. Doctor soh tido je. Tapi saya cuba tahan mata, takut nak tido. Dalam tahan tu, terlelap la jugak 2-3 kali. Boleh la dengar kruk krak gunting doctor duk potong perut saya. Tetiba dengar doctor cakap "ok push skit baby dari atas, dah nak keluar ni" Elok je doctor sorang lagi tekan perut saya dari atas "uwaa..uwaa.." kuat nya suara baby saya. Dah selamat keluar. Alhamdulillah! Selesai sudah satu perkara.


After 3 days in hospital, dah boleh balik rumah. Alhamdulillah Baby Elric tak de Jaundice. Tapi masa nak settle bil tu terkedu la jugak walau pon dah expect this kind of amount yang saya perlu bayar. Total bill rm7115.15 after discount. Ikut kan, harga sebenar untuk ceasarean ialah rm7500. Kena keluar duit sendiri tu yang rasa terduduk jap. Orang lain ok la, company cover kan...huhuhu. Deposit untuk maternity RM3500. Harga bilik single RM165. Saya ambil bilik double - dua2 katil tu saya booked. Kebetulan tengah harga promotion RM90. Harga sebenar RM150.

Makna Elric El Uzayr ialah Raja yang tak ternilai (The Precious King). As a king, si kecik comel ni tunjuk lah dia punya power. Siang elok je tido. Malam kul 10 bangun susu..kelip-kelip mata buat muka comel. Letak dalam cot, merengek. Tido sebelah mummy elok je diam. Aduhai...dugaan mummy..sabar! sabar!

2 minggu ni ok la boleh layan. Edrea tido dengan mak lang dia. Lepas ni tak de orang nak jaga, semua tido bilik mummy tak tahu la kul baper tido nya.

Triple EL - Permata hati mummy & daddy (Edrea sempat lagi tido)

Dilema

Saat saya post entry ni, dah 11/12/12. Bermakna tinggal 1 hari je lagi nak jumpa ahli keluarga baru ni. Excited, tak sabar dan berdebar. Emily dah asyik tanya baper hari lagi nak jumpa baby.

Alhamdulillah, dalam duk termangu-mangu nak cari maid permanent atau pon temporary...yang masih belum nampak bayangnya, adik ipar saya sudi nak jaga saya 2 minggu selama berpantang. Al-maklum orang ada anak sekolah, sampai hujung bulan ni je la. Saya dah bersyukur sangat2. Edrea pon cam ok je dengan mak lang dia.

Dalam duk excited tu, persiapan nak sambut baby baru pon ngam-ngam je ready. Dah start iron baju2 & sarung bantal, angin-angin kan bantal-bantal comel tu, dah pasang playpen, dah arrange toilettries & ubatan...mmm..bestnya bau baby ni.

Cuma satu je lagi ...yang buat saya dalam dilema! Dah discuss dengan hubby pasal family planning. At first place kami dah agree nak stop...cukup lah 3 orang je buah hati pengarang jantung ni. Lagi pon bakal dapat boy so kira complete dah la. Saya plan nak ikat peranakan je..tak berani nak plan sendiri2, tak suka nak ambik ubat perancang tiap2 hari, dan tak nak ambik IUD.

Hari tu masa check up pon doctor dah tanya keputusan muktamad. Dengan confident nya saya jawab memang nak ikat. Tapi boleh pulak doctor cakap  kita tengok dulu condition bekas operate saya camane. Kalo memang banyak organ yang dah melekat, terpaksa lah kita ikat. Tapi kalo semua ok lagi, saya akan tanya lagi sekali sebelum buat prosedur ni.

Aduss...doctor ni. Dah saya jadi dilema nak buat ke tak nak. Malam tadi tak tido saya...buat research pasal ikat peranakan ni. Apa implikasi dia terhadap kesihatan dan hubungan suami isteri. Ada satu statement dari sorang doktor ni..."Anak-anak tu anugerah dari Allah. Kita tak tahu bila Dia akan ambik balik dari kita. Jadi fikir la masak-masak sebelum buat keputusan nak ikat peranakan, kerana proses ni ada lah permanent. Kalo kita berubah fikiran untuk mengandung lagi, proses nak bukak balik peranakan yang diikat tu lagi complicated"..lebih kurang camtu lah maksud dia.

arghh..sungguh saya kelu kejap dengan statement ni. Ada betulnya apa yang doctor cakap. Bila cerita kat hubby rupanya dia pun terfikir perkara yang sama. tsk tsk....

Sesungguhnya saya ada 1 hari lagi nak buat keputusan.

Countdown - 6 days to go

Dah x sampai seminggu...check balik list-to-do, rasanya sumer dah ready kut nak sambut baby baru. 

Cuma bab Maid je belum settle. Mahal nya nak cari maid. Setakat yang saya survey ni, kurang-kurang kena ada 5k untuk ambik maid yang kosong (maksudnya x de permit, kena buat sendiri, fomema sendiri) & up to 10k kalo maid dah full package. Gile apa! 

Tak sanggup saya nak membazir duit banyak tu. Ambik maid ni kadang-kadang nasib. Kalo nasib baik, berbaloi la spend banyak tu, dapat maid yang rajin, yg ikut cakap, pandai buat kerja. Kalo nasib tak baik??? dah la buat hal ikut suka hati dia, malas & tak reti baut kerja, tup-tup lari dengan bangla...huishh...simpang malaikat 44 daripada maid camni.

Sapa ada maid sementara? yang available 2 bulan pon ok.


It's December!

Dah kejap je Disember muncul. Bulan terakhir tahun ni, bulan yang banyak commitment kena settle. Give birth, registration school & activities Emily yang masih belum finalize, azam 2012 yang belum tercapai (sempat lagi ke? Insyaallah!)..aduss...kecut perut bila fikir semua tu.

Apa-apa hal pon, Mental & fizikal kena bersedia untuk give birth to new member...very soon. Counting days..lagi 11 hari! ooohhh...semoga DIA permudahkan urusan hambanya ni. 

Dah settle bersalin, baru pening kepala fikir pasal lain. Tapi tak boleh gak kan..nanti kan orang berpantang elok, kita meraban sakit kepala nak settle urusan2 yang tertangguh...oh..tak bijak....So, solution dia..sort it out la dalam masa 11 hari ni.

Nama baby - not yet
Barang2 baby - half done
Bisnes Sales 2012 - not yet achieve

Arghhh...tak nak stress! tak nak pk! Mana yang sempat saya buat lah. Selesaikan lah ikut kemampuan...huhuhu

Total Pageviews