Saturday, 13 September 2014

Birthday Party Edrea El Tihani

Citer minggu lepas. Baru sekarang berpeluang nak share. 
Ni her 1st celebration. 7hb september...Bila umur 3 tahun ni, at least dia paham dah. Non stop duk nyanyi happy birthday song. Excited sangat2.

Small celebration among family members je. Nasib baik! Kalo tak...jenuh saya nak 'menjala' di pagi hari. Al kisah nya.....saya order birthday cake & roti jala 50pcs dengan my colleague. Party ni hari ahad kul 11am. Kul 2 pagi saya dpt whatsapp dari dia ask to pick up order by 12noon. Sepatutnya kul 10 pagi. Rupanya dia pitam...sakit kepala. Saya dah tak sedap hati, suruh dia update saya by subuh. Rupanya..my instinct is always right. Husband dia whatsapp cakap dia pengsan & muntah2. She's pregnant by the way...nak buat macam mana...terpaksa lah masak sendiri. Nak fikir menu lain pun blur dah.

So, stick to the plan. Menu nya nasi lemak, ayam goreng, roti jala & kari ayam, tit bits & birthday cake. Semua masak sendiri. Nasib baik my sil tolong buat kari ayam. Saya pulak sibuk menjala 70 pcs. Done in 1 hour.

Lepas tu terus siap2 pegi wondermilk damansara utama. Lucky me ada ready made cake yang cantik.
Alhamdulillah...semua berjalan lancar. Foods pun sedap. Diorang cakap la...hahaha


My sweet cheeky girl. Geram ngan budak ni!




P/s Roti jala dibuka untuk tempahan. Rm 0.40/pcs. Amacam??? ;)

Wednesday, 10 September 2014

Resepi Congo Bar - Confirm jadi!

Femes betul congo bar sekarang ye. Semua orang sibuk jual congo bar. Saya pun menyibuk la jugak. Nak jugak rasa betul ke sedap. Tapi instead of beli, saya cuba buat sendiri. Googled resepi nya...semua bloggers shared resepi yang sama. Beza nya tang kekacang je. Ada yang letak walnut, badam hancur atau pun hirisan badam.

Since Emily tak suka semua jenis kacang ni, maka saya ganti lah kacang dengan raisin.

Resepi asal boleh refer kat blog Dik an's story.
Saya convert kan sukatan gm ke cawan. Lagi senang kerja. ;)

Bahan-bahan
1 cawan butter
2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sk garam
2 1/2  sk baking powder
2 cawan gula perang
3 biji telur
1sk esen vanila 
1 1/2 cawan chocolate chips
1/2 cawan raisin


Cara-cara
1. Ayak tepung, garam dan baking powder. Ketepi kan.
2. Putar butter dan gula perang.
3. Masukkan telur satu per satu. 
4. Masuk kan esen vanila
5. Masukkan bahan yang di ayak tadi sedikit demi sedikit sehingga habis.
6. Masukkan chocolate chips & raisin.
7. Tuang adunan kedalam loyang bergris. Di sarankan guna loyang etak 13x9. Tapi saya punya tak tau ukuran. Hihihi.
8. Bakar didalam oven selama 30 minit pada suhu 170 darjah celcius.

Chef hari ini

Ini lah hasil nya. 

P/s Gambar congo bar yang dah dipotong kena delete dengan Elric.

Tuesday, 2 September 2014

Ayob'S Cafe - Mengimbau zaman kanak-kanak


Sapa pernah makan kat restoran ni? Mesti best kan layan hidangan sambil cuci mata dengan deko lama zaman 70-80an.

Owner cafe ni berniaga kat food court damansara jaya Atria. Saya selalu makan kat gerai dia. Tak sangka pulak dah setahun dia buka cafe ni. Saya tahu pun kebetulan en. Hubby terserempak dengan abang Ayob ni.

Minggu lepas saja cuba-cuba cari kafe dia. Senang sangat nak jumpa. Landmark dia...shoplot belakang Gulam mee seksyen 7 kota damansara. Sebaris dengan restoran mamak (lupa nama kedai ni).




Saya paling suka dapur minyak kat atas gobok tuh.

Entrance

Semua barang antik ni kat dalam kafe ni pernah saya guna masa kecik-kecik. Tahun 80an..tinggal dengan nenek. Dari dapur kayu ke dapur arang ke dapur minyak. Semua merasa.

Dulang besar corak ayam, mangkuk besi (orang terengganu panggil tenong) cerek kuning, air botol,....aahh..rasa happy bila kita dapat cam semua barang2 antik ni.

Lagi satu uniknya perabot2 kafe ni, sesetengah kaki meja nenggunakan kaki mesin jahit. So sambil makan tu boleh la kayuh mesin sekali..:). Dan...perabot2 kat sini juga ada untuk dijual.

Kalau anda peminat barang antik, boleh la jengah kedai ni. Dari segi menu...macam2 ada. Goreng2, western food. Harga sangat berpatutan. Masih mengekalkan harga sama dari food court dulu. 

Selamat menjamu selera & mencuci mata!

P/s maafkan ke'tidak profesional'an gambar-gambar. Al maklum photographer curi-curi snap gambar sambil mengepung budak kecik yang ligat.