Tuesday, 21 May 2013

Rambut gugur selepas Bersalin - SCARY!!!!


Tak sempat-sempat nak update blog. Bz memanjang dengan anak-anak, kerja rumah, bisnes..& skang tambah lagi satu..bz kutip rambut gugur kat lantai..aduhai...pening2.
Terlalu banyak gugur sampai cam dah nampak kulit kepala kiri kanan (bahagian depan). Hari ni baru sempat nak google cari tips atasi rambut gugur ni. Kebanyakan nya rekemen Shaklee Zinc Complex tu. Petua tradisonal pun ada gak. Pilih je la yang mana satu berkenan. Cara yang paling cepat, potong rambut pendek. So, masalah keguguran tu berkurang sikit. Logik nya macam ni...Kalo rambut panjang, kulit kepala jadi berat nak tampung. Tambah pulak hormon dah tak kuat, jadi senang la nak tercabut dari kulit. Tu yang sekali sikat penuh rambut je melekat.

Faktanya pulak, adalah normal kalo rambut kita gugur 100 helai sehari.pernah kira tak berapa banyak rambut kita gugur setiap kali sikat? hehehe..Saya pun tak kira. Nampak berkumpul je macam banyak..takut nak kira!

Ni saya copy dari artikel Pa&Ma, kita share info ye. Mommies, mamas, emak, ibu, ummi,...kena baca fakta ni.



9 Perkara Perlu Mama Tahu :

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.


2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.


3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.


4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.


5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.


6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.


7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.


8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.


9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.



Apa mama perlu lakukan?


Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.


Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.


Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.


Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis. 



Bila baca artikel ni, kurang sikit cuak tu. Ye lah...rambut saya panjang. Bila tengok rambut gugur tu berkumpul rasa macam banyak giler. Tapi rasa-rasanya normal kut. Memang sejak Elric masuk 5 bulan ni, bukan main menjejeh lagi main air liur. Orang panggil "Blowing Berries". Memang kejap je baju basah. Kadang-kadang tu tnegok macam dia meludah pun ada. Menyembur tu dah confirm. Bila dukung dia dalam kereta on the way ka ofis tu, bahagian bahu dah lencun. sabor je le...

Ni pulak petua-petua tradisi macam mana nak atasi masalah ni (semua info googled & collected from few blogs).

1. Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastiK, yang mudah boleh guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 kali seminggu. (credit to blog jejari asmara)

2. Selepas shampoo rambut, lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan urut ke kulit kepala. Selepas itu, bilas. Guna conditioner yang biasa anda gunakan untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.

3. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaALLAH rambut lebat, hitam berkilat.

4. Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkan 2 minggu sekali. Kemudian Lumur santan pd rambut hingga ke kulit kepala dan tutup dengan tuala selama 1/2 jam. lepas tu basuh dengan air suam. Amalkan selama 2 bulan sekali.



saya: yang mana satu nak follow ye?