Wednesday, 25 September 2013

Home Made Oreo Ice Cream - Super Delicious!

Saya dapat resepi ni dari kawan yg share kat wall FB. Sangat mudah dan bahan2 pun yang senang dicari.

Moh kita tengok resepi dia.


HOME MADE OREO ICE CREAM

Bahan-bahan/ Ingredients

1/2 tin susu pekat manis/ Condense milk
1 1/2 cawan susu segar/ Fresh milk. - saya rasa kalo guna full cream milk lagi sedap kut....kut la..huhuhu
1 sb ovallete
1 sb esen vanilla
1 peket biskut Oreo

Saya tersalah beli biskut cream-o..rupa lebih kurang.
Main ambik je (Sib baik rasa tetap sama)


Cara-cara:

1. Campurkan Susu, susu segar. esen vanilla & ovallete.
2. Pukul sehingga kembang. (agak2 dalam 5 minit)
3. Masukkan biskut Oreo yang telah dihancurkan. Gaul rata.
4. Simpan dalam peti ais sehingga keras.
5. Siap di makan


Maafkan ke"blur"an gambar. Dah separuh makan baru ingat nak snap.

Sangat mudah kan? Yang penting kita tahu apa bahan yang digunakan, cepat dan jimat. Rasanya? Sesedap McFlurry McDonald tu. Cuba lah! :)