Makna Bacaan Doa Qunut

Assalamualaikum & Good Morning!

Tak sempat nak share citer2 lain. Hari ni kita share makna bacaan Doa Qunut je lah ye. Semoga kita makin rajin nak bangun solat subuh...huhuhuhu (cakap kat diri sendiri)





Kek Gula Hangus Kukus

Pagi tadi frust tak dapat gi appointment. Clash dengan hubby punya meeting pulak. Memang la dah plan cantik, dia balik pon on time. Kids pulak buat hal. Elric x nak letak, Edrea poo-poo. Terpaksa postpone next week. 

So, hari ni just call clients, follow up, arrange for next week meeting. What to do...at least saya masih ada aktiviti (curi-curi buat time Elric tido, Edrea & Emily main). 

Bagi menghilangkan rasa frust tadi, mari kita cuba resepi baru...hihihi. Resepi ni saya google kat banyak blog. Hasilnya, resepi yang sama, diubah suai mengikut citarasa masing-masing. Jadi saya pon ikut citarasa saya jugak lah. Memang saya akan cut to half semua bahan-bahan setiap kali mencuba resepi baru. Alasannya, saya takut tak menjadi. Tak de la membazir sangatkan kalo terpaksa dibuang pun.

Kek Gula Hangus juga di kenali sebagai Kek Sarang Semut yang bila di potong kita boleh nampak rongga-rongga nya (saya nampak macam sarang lebah - tapi tak kan nak bagi nama kek sarang lebah pulak kan...huhuhu). Bila terhasil rongga-rongga yang banyak dan cantik tu lah, baru orang cakap kek tu sempurna. Nak dijadikan cerita, kek saya tak nampak jelas rongga-rongga tu. Pasai nya, gelojoh sangat nak rasa, potong ikut dan...tak tahu pun kena potong melintang untuk nampak kan rongga tu. Patut la bila snap gambar macam tak cantik, bila makan rasa sedap je...huhuhu.

Apa-apa pun, saya puas hati dengan rasa dan 'kesenangan' nak buat kek ni. Maafkan lah gambar yang kurang menarik tu. Janji anda cuba dan rasai keenakan nya. Chewah! Cam  tagline iklan pulak.

Jom try!

Kek Gula Hangus Kukus
Masa penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan

1/2 cawan gula
1/2 cawan air panas
1/2 cawan tepung
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar mentega
2 biji telur

Cara-cara

1. Goreng gula hingga keperangan.
2. Masukkan air panas dan mentega. Kacau hingga gula cair kembali. Angkat & sejukkan.
3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan susu, tepung, soda bikarbonat. Akhir sekali masukkan gula tadi.
4. Perapkan selama 4 jam (Ni untuk hasilkan lubang2 sarang semut tu)
5. Kukus selama 1 jam.






Dah la gambar blur kan..Tak nampak pulak tu rongga-rongga yang perlu nampak.

Dia buat Lagi...

Edrea demam...dah 3 hari on off. Time makan ubat punya la liat. Sampai termuntah-muntah. Terpaksa masuk ubat bontot. Yang paling saya risau bila dia langsung tak nak makan...caner nak buat ni? badan dah susut sangat tu.

Dah demam ni, tak aktif la dia. Melepek je. Secara automatiknya, kurang la latihan vokal saya setiap hari. Biasa duk jerit bila dia main turun naik tangga. Tak pun, bila time dia main kasut sambil cuba nak gigit-gigit macam biskut.

Pendek kata ada je lah kerja dia. Sekali tu saya terlelap masa susukan Elric, tetiba dengar Emily jerit cakap Edrea main bedak. Dalam keadaan mamai saya cakap biarkan je la. Bedak tu dah nak habis pun. pot pet pot pet si kakak membebel. 




Sekali bukak mata, Haaaa! Terkujat mummy! 

Satu bilik penuh tapak kaki. Punya la kakak tukang nasihat, dia pun sama naik. Sambil tumpang skali main slide la, ice skating la. Edrea dah macam pakai sarung kaki dah. Muka tak payah cakap lah. Dah tak boleh buat apa daaa. Mummy ngantuk punya pasal. Korban je la bedak sebotol. Pastu kena kerja overtime pulak lap lantai.

Tup-tup minggu lepas dia buat lagiii....! Saya sibuk kelek si kecik, dia diam2 panjat masuk play pen. Sedar-sedar....


Tuu diaaaa!

Adush Edrea! Cantik sangat la tuh berbedak macam tepung gomak! ish ish ish. Tak terkata dah. Nak marah pon terbantut bila tengok muka dia camtu.  Last-last bantai gelak ramai-ramai.Yang bestnya dia masuk bakul angkat sendiri "atiiikkk" Cantik la sangat sayang oiiii.

Delicious Apple Crumble

Entry ni dah last week..tak sempat2 nak post. & gambar pon blurr..tapi tak pe..next time saya buat lagi..saya snap gambar cantik2... :D

Tengah rajin & ada masa ni, curi la peluang nak update blog. Actually nak simpan resepi lagi. Delicious Apple Crumble! Yahoo! First time try & terus menjadi. Tu yang syok! Tak sangka rupanya nak buat apple crumble ni senang je. Pernah sekali tu saya makan kat restoran Julie/ Juliet macam tu la nama dia kat kota kemuning. Ish ish ish...giler sedap. Masa tu terfikir mesti susah nak buat ni. Bahan-bahan dia ni mesti mahal. Tak de de...semua bahan sedia ada kat rumah. 

Resepi ni saya google and copy dari scent of kitchen. Saya tengok bahan-bahan dia semua yang dah ada kat dapur dan cara-cara nak masak pun senang. Dan yang paling best, rasa nya menepati citarasa saya. Perfect!

Jom cuba!


Bahan A
3 biji epal merah (saiz kecil) 
2 sudu besar gula perang 
1 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu butter

Crumble
4 sudu besar butter - yang disejukkan 
2 sudu besar gula
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan cornflakes

Cara-cara
1. Kupas epal dan potong dadu atau hiris tebal. 
2. Masukkan kesemua bahan A kedalam periuk. Masakkan seketika sehingga keluar jus epal.
3. Masukkan dalam loyang.
4. Untuk crumble, pastikan butter sejuk. Gaul ssemua bahan sehingga hancur (crumble). 
5. Taburkan diatas epal dalam loyang tadi.
6. Bakar apple crumble selama 30-35 minit dengan suhu 180c.




Total Pageviews