SaYa PoLisi ANDA!

SAYA POLISI ANDA:

Anda dan saya mempunyai tujuan yang sama dalam kehidupan.
Tanggungjawab anda untuk menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, perubatan dan lain-lain untuk orang kesayangan anda.
Anda melaksanakan tanggungjawab ini sementara saya berehat di peti simpanan anda.

Saya mempunyai kepercayaan dan keyakinan kep...ada anda. Sebahagian daripada pendapatan anda, anda gunakan untuk membiyai saya.
Kadangkala ia seolah-olah saya tidak bernilai pada anda. Tetapi satu hari (kita tidak tahu bila) kita akan bertukar tempat.

Apabila anda berehat untuk selamanya, saya hidup dan melaksanakan tanggungjawab anda.
Saya akan menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, perubatan dan lain-lain pada orang kesayangan anda iaitu sama seperti apa yang anda lakukan sekarang.

Apabila kerja keras dan kesukaran anda telah selesai, kerja saya akan bermula, saya akan menggantikan tempat anda.

Bila-bila masa, anda akan merasakan harga yang anda simpan untuk membiyai saya, membebankan anda.
Ingat dan yakinlah bahawa saya akan melakukan tanggungjawab saya untuk anda dan keluarga kesayangan anda melebihi apa yang anda pernah lakukan untuk saya.

JIKA ANDA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SAYA PASTI AKAN LAKSANAKAN TUGAS SAYA

maY Ramli ~ 017 282 2646 ~

Mengejar Dateline

Dalam sarat mengandung ni..saya masih ingin bekerja. Bulan ni ada pulak cash contest. 6k value of cases dapat cash RM200. Bg orang lain, mungkin RM200 tu sikit...tp bg saya yg nak kene kumpul duit untuk persiapan bersalin nanti..berbaloi jugak tuh.

Mula la menelefon existing clients, prospects untuk follow up. Mana la tahu ada sedara mara diorang yang baru dapat baby. Nak amik policy simpanan pendidikan dan medical card untuk anak diorang. Rezeki kita Allah yang tentukan ..tapi kalo x berusaha mana nak nampak jalannya..ye tak?

Semalam dah follow up dgn 2 orang prospects..insyaallah, next week diroang sign up. tapi nak tunggu next week tu saya risau. Buat nya ada aral..melepas rm200 saya. So terpaksa la cari back up lagi. Insyaallah, moga dipermudahkan petang ni..appointment kul 5 kat subang. Yang ni confirm..maknanya saya kene cari lagi 2 cases. Tangan pon dah kebas nak menaip ni..apa lagi nak drive petang ni. Semoga Allah permudahkan urusan saya. Amin.

Saya: Kepada anda yang tgh mencari pelan perlindungan dan simpanan pendidikan untuk anak2, boleh lah contact saya. Penerangan dan Cadangan Prudential & takaful percuma untuk anda. No obligation at all. :D

3rd Trimester

Kandungan saya dah mencecah 28 minggu. Dah masuk 3rd trimester. 2 minggu lepas kene buat blood test and sugar. mak aih...camane boleh tetiba gula tinggi ni. Sgt-sgt border...pelik..kali ni saya preggie tak banyak makan manis..malah saya tolak dessert yg jadi all time favourite tuh. Preggie kali ni lg suka makan pedas n masam. tapi bila umor dah meningkat ni..metabolisme pon dah slow down..tu la result dia..masa makan nasi x ingat plak pasal carb..skang gula dah tinggi baru nak menggelabah.

Memang saya risau. Pertama..doc confirm saya kene ceasar lagi kali ni..coz baby mungkin besar. Saya kene deliver 2 weeks earlier. Kedua...effect pada baby. Kalo saya control kadar gula, memang la bagus utk kesihatan saya. Tp baby mungkin kene hypo. so bila deliver nanti ada kemungkinan kene warded or incubator for few days to monitor. Dan kos nya sangat la tinggi ( bg saya kalo total cost 9k tu memang tinggi coz saya bayar guna dut sendiri). Ketiga...kemungkinan besar saya akan dpt diabetes selepas bersalin adalah tinggi. Ni sume kerana faktor keturunan. Arwah nenek saya meninggal pasal diabetes. Arwah mak pon sama. Pendek kata dlm adik beradik mak..7 drpd 9 org sumer ada diabetes. Agaknya pasal kitorang ni dr terengganu kut..suka makan manis2.

Start dr minggu lepas, saya dah cuba control pemakanan. Mlm x ambil nasi (tp tersasar gak 2 kali). Breakfast amik cereal and HL milk. tghari makan nasi..lebihkan sayur skit (which is mmg jarang amik). Exercise dgn jalan2 je walaupon sgt la x larat. petang bawak emily gi park..atleast saya berada dlm suasana exercise ..hehehe.

Hopefully nxt month check up bacaan gula saya turun la. Sesapa yg ada tips nak kurang kan gula tolong share ye..saya amat perlukan nya.

saya: kalo confirm kene bersalin 2 minggu awal, saya pilih date 2 September. hari raya ke-2/ke-3. Doctor x cuti ke?

I'm not really blogger

Salam,

Sampai hari ini...baru la saya notice..kenapa saya x mampu nak update blog regularly...dan setelah penat mencari alasan dan jawapan yang logik...akhirnya terjawab.

Saya bukan lah seorang yang suka berkongsi masalah dengan orang lain..orang sekeliling melihat saya sentiasa cool..tapi sebenarnya dlm kepala otak ni macam-macam berserabut. Saya juga kurang gemar berkongsi cerita gembira saya - sgt takut sebenarnya, takut orang ckp saya suka menunjuk-nunjuk..dan saya kurang gemar bercakap tentang orang lain...kerana saya takut perkara tersebut akan terpalit ke batang hidung sendiri.

Mungkin saya terlalu mengambil langkah berjaga2..always play safe. Kerana saya tahu sifat dan sikap diri. Saya juga ada barannya..saya takut tak mampu mengawalnya bila dicuit. Tapi alhamdulillah, saya pegang prinsip hidup saya..buat hal sendiri. So, saya tak kacau orang, orang pon tak kacau saya. Bukan bermaksud saya selfish..saya masih berkawan, masih membantu sesiapa yang memerlukan...jika kawan2 mendampingi saya, bercerita masalah diorang ..saya sudi mendengar..tp jgn harap saya nak gi tanya apa masalah diorang, walaupon tunjuk muka monyok..bg saya, walaupon org tu tgh berserabut, kadang2 dia belum ingin berkongsi masalahnya dgn org lain, kalo saya tanya pon dia lagi tension..ada org nak bzbody plak. saya lebih suka mereka bercerita..tanpa mengharapkan nasihat dan pandangan..sekadar melepaskan beban di dada, dia hanya perlu teman untuk meluahkan perasaan..tapi dia dah ada someone yang sgt rapat dengannya yg boleh bg nasihat bila dia perlu.

ooh...sungguh complicated penerangan saya kan....kalo x paham abaikan je la..huhuhu

Total Pageviews