Pengalaman D & C (cuci rahim) Part 1

Isnin lepas saya telah melalui Pengalaman pertama keguguran (miscarriage) dan menjalani prosedur d & c.
Ceritanya..saya tak tahu pun saya pregnant. Period datang macam biasa setiap bulan cumanya cycle tunggang langgang sikit.

So..masuk bulan April...dah lambat 4 hari..saya pun buat lah test. Padahal baru 4 hari kut...

Simpton2 apabila saya pregnant...mr.Hubby demam, loya2,  pening2...saya pulak kuat tido! Hihihi
Sebabnya...dah 2 minggu saya kurang sihat. Mr. Hubby sebelum tu demam teruk. Anak2 gilir2 demam. Lepas sorang2. Macam pas baton pulak. Lepas demam Kakak L & Elric batuk berkahak tak henti2..
Sampai terpaksa bawak jumpa doktor. Emily dah ada infection sikit. Terpaksa telan ubat.
Saya pun dah mula rasa penat.Ingat kan sebab tak cukup rehat menjaga anak2 & Mr.Hubby. So...ambik kesempatan tido...rehat la konon. Kebetulan saya dah start selsema...tak lama lepas tu sakit kepala setiap hari sampai saya terpaksa ambik ubat tahan sakit. 
Bila period pun tak datang...saya dah syak..ni mesti pregnant ni. Dan keputusan nya ada lah positif. Blur kejap. Sebab memang saya tak plan dan tak nak tambah anak dah....

Bila dapat keputusan macam ni..saya jadi serba salah...apa nak buat ni. Nak tak nak kena pegi klinik...confirm kan dulu.
Dia Maha mendengar. Rupanya bila cek kandungan dah 6 minggu...tapi takde baby. Kantung je yang ada. Doktor suruh datang lagi 2 minggu. Kalau confirm tak de baby...baru kena cuci.

Setiap hari saya sakit kepala..sampai dah jadi migrain. Mata &  kepala sebelah kanan jadi berat dan sakit sangat. Nak sujud time solat pun rasa macam bijik mata nak terkeluar.

Tak sanggup nak tunggu  lagi 2 minggu kasaya decide untuk pergi klinikmlain for second opinion. Sebab sebelum ni saya tak pernah rasa sakit atau morning sickness bila pregnant

Puas mencari klinik pakar wanita dekat dengan area rumah, terjumpa la PJ Women Specialist kat ss2. Pagi Isnin tu Mr.Hubby temankan pergi. Klinik nibukak pukul 10.30 pagi. Menunggu doktor, pukul 11 baru sampai. Saya pesakit pertama. Bila dah explain situasi saya, doktor pun scan.  

Dia pun mula explain...kalau bentuk kantung tak bulat, melengkung macam kedut2 tu, memang confirm baby dah tak de. Sepatutnya 8 minggu heartbeat baby dah boleh dengar. Baby dah boleh nampak sepanjang 2cm. Air ketuban keliling kantung sepatutnya warna putih. Tapi kes saya, air dah kurang. Doktos suspect janin dah hancur masa saya 'period' kali ke dua masa bulan Febuari. Bulan mac tu saya period tapi keluar macam discharge je. 
Doktor kata buat apa nak tunggu sampai 2 minggu kalau dah confirm tak de. Ok. So kita masuk ubat sekarang, lagi 2 jam awak datang. Kita cuci.

Ok lah. Dah doktor kata macam tu. Saya pun dah ready. Lepas masuk ubat (induce), saya dan mr.Hubby  settle kan apa yang patut. Pegi IPC pos simkad  Tone Excel member baru. Pastu lunch kejap, tapau lunch untuk anak2, then ambik diorang balik dari sekolah. Pukul 2.30  ya kena balik ke klinik. Dah settle anak2  makan, terus solat. Doa pun panjang sikit mintak Allah permudahkan urusan saya.

Total Pageviews