Zikir Al-Wahhab

Bila hati tak tenang, nak blogging pun x de mood. Apa yang saya boleh buat, just sharing ilmu yang dapat dr kawan2 kat grup whatsapp. Moga-moga boleh beri manfaat kepada orang lain juga. Wallahualam.

Kebaikkan zikir Al-Wahhab; 


Maksudnya:

AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.


Rahsia kehebatannya:


1->Menjadi terkaya dan terkenal

Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.


2->Permintaan dimakbulkan

Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.


3->Mencari pekerjaan

Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).


4->Membayar hutang

Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.


5->Menjauhi kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.


6->Dimakbulkan doa

Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.


7->Membebaskan diri

Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.

Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.

Nightmare - Elric locked himself in the car!

Yes, it's true and it happened to me! Astaghfirullahal azim! Sangat-sangat cepat insiden ni.

Saya dalam kereta dengan Elric tunggu en.hubby beli barang kat Speedmart. En.hubby datang bukak pintu belakang masukkan barang. Dah settle. Saya pun keluar kereta nak gi kedai depan kejap. Reason saya keluar dulu before en. Hubby sempat masuk kereta coz masa tu Elric tengah main. Saya nak elakkan dari dia mengamuk nak ikut. Elok je saya tutup pintu Elric terus locked kereta. Saya cakap kat en.hubby "jangan tutup pintu, Elric lock..." masa tu la dia tutup. Subhanallah! Not even 5 second it happened!

Nasib baik saya tak panik sangat. Saya panggil Elric suruh unlocked. Dia boleh pulak sengih2 pastu gi seat belakang geledah barang groceries yg baru beli tu. En.hubby blurred. Try bukak pintu..off course x boleh la kan. Saya suruh dia gi cari locksmith..tak de. Suruh pulak dia cari mekanik. Tu pun slow motion je gerak. Suruh lari baru la laju sikit.

Elric asyik duk main baling-baling telur. Panggil dia pun ketuk2 tingkap dia gelak je. Dalam hati saya hanya mampu mintak tolong dengan Allah. Saya yakin boleh pujuk Elric to unlocked the door. Orang mekanik datang. Tolong cungkil pintu. Ada 2 orang lagi datang dekat nak tolong. Bila Elric tengok ramai orang dia start nangis. Haa...masa ni saya panik. Coz Elric ni kalo start nangis tak bukak mata langsung. Melalak je. Susah la saya nak pujuk dia. Alhamdulillah dia nangis kejap je. Tapi pintu still tak boleh bukak.
Dah 10 minit, saya dah bajet suruh pecahkan cermin kecik kat tingkap belakang je.

Elric ni budak bijak. Sekali je dia tengok orang buat, terus dia stored dlm memori dia. Pandai lock/ unlock pintu. Pandai bukak tingkap. Tapi tak nak pulak dia main2 bila jadi camni. Saya pujuk jugak walaupun dia tak dengar. Dia duk tarik button lock tu cuma tak kuat. 

Finally dia tekan button tingkap belakang. Cepat2 saya tekan turun & unlock pintu. Syukur Alhamdulillah! Tak jadi musibah besar. Bila jadi kat diri sendiri baru lah saya tahu perasaan tu macam mana. 

Saya tak tahu kes orang lain yang memang purposely tinggalkan anak dalam kereta sampai jadi insiden yang menakutkan. Tapi saya yakin mereka tahu kemampuan dan keselamatan anak mereka. Tapi kemalangan boleh berlaku. In split second anak saya 1 1/2 tahun boleh terkunci dalam kereta sorang2. Bodoh ke saya nak biarkan dia sorang2? Tidak! Ini takdir saya. Nak kata saya lalai..tak! Saya dah bajet cantik dah. En.hubby pun dah ready nak tutup pintu belakang & masuk kereta. Siapa sangka Elric yang tgh ralit main boleh tetiba plak gi lock pintu. Ada hikmahnya. Allah nak suruh saya belajar something disebalik kejadian ni.

Apa2 pun saya syukur sangat2 anak saya selamat. Sampai rumah, Elric tidur. Terus saya solat isyak dan buat sujud syukur. Terima kasih Allah!

Pakej Katering Menu Kelantan Area TTDI & Damansara

Ni nak war-warkan bisnes client saya. Perkhidmatan katering pilihan menu kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, laksam & nasi berlauk dll.

Nama owner dia Rosnita. Kak ros ni baru start buat katering untuk majlis bawah 200 orang untuk penghantaran ke area damansara, TTDI dan sg.buloh. Area lain boleh tanya sendiri kat tuan punya badan ye.
Husband dia ni anak beranak restoran 123 kat sg.penchala tu. 

Kalau anda tercari-cari katering untuk training ke, birthday party ke, majlis akikah atau doa selamat..boleh je contact kak rosnita 012 274 1071 atau suami dia fazli 019 609 4312.

Anda boleh order pakej serendah 15pax.

Menu #5: 1hari 1resepi

Masak Lemak Cili Padi

Satu lagi menu feveret Emily ni. Saya pun suka. Sejak belajar masak ni dengan arwah mertua saya, menu ni lah yang paling kerap saya masak. Sebab pertamanya ialah saya suka makan pedas. Kedua, saya memang suka lauk kuah bersantan. Ketiga, pasal ini lah resepi paling sempoi di dunia! Mudah dan paling sedap! Tak percaya, cuba lah!

Bahan-bahan
3 biji cili padi hijau ( pasal kids nak makan. Biasanya saya letak 10 biji)
1 inci kunyit hidup
1 batang serai-di titik
1/2 peket santan
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Ayam (6 ketul)
1 biji kentang-potong 4
Asam keping

Cara-cara
1. Tumbuk cili padi & kunyit hidup
2. Gaulkan bahan tumbuk tadi dengan ayam, kentang, serai dan tenggekkan atas dapur dgn api sederhana. Kalau kering sangat, tambah sedikit air.
3. Apabila ayam separuh masak, masukkan santan yang dibancuh dengan air. Api perlahan.
4. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
5. Kacau sentiasa. Apabila kenrang empuk, tutup api dan siap untuk dihidang.

Macam biasa. Gambar dalam periuk je dapat snap.
Bila dah hidang kat meja, Elric bersedia untuk menyerang!

Menu #4: 1hari 1resepi

Telur masak Kurma

Lauk masak kurma memang selalu jugak saya masak dan jadi salah satu lauk feveret Emily. Selain ayam, kadang-kadang nak tukar selera kita buat la pulak telur masak kurma. Telur memang dah feveret diorang. Tambah kuah sikit...voila! Makan sampai licin.

Tapi sempat snap gambar kat atas dapur je.




Yang paling best, madak kurma ni simple je. Tu je bahan2 yang diperlukan + rempah kurma. Saya biasa guna rempah adabi je. Bawang pun saya belah empat je. Tak de nak blend nya. Cepat dimasak sedap dimakan...hihihi.

Total Pageviews