Happy 6th Birthday Princess Emily El Zahra

Hari ni 29hb Mei genap Emily 6 tahun. Sekejap je masa berlalu. Puteri sulung saya dah 6 tahun. Tapi kalau nak compare dengan kawan-kawan sekolah & kawan kolej, saya ketinggalan sebenarnya. Hihihi..anak2 diorang semua dah besar2. Ada yang dah umur 12 tahun.

Tak de buat party pun. Just celebrate dekat sekolah je masa last day of school. 

Emily dah request kek tema Frozen. So ikutkan je la. Jenuh jugak nak mencari yang cantik dan affordable price. Nak order fondant cake tak mampu. Semuanya above rm150. So kita pilih yang biasa2 je la ye. Janji birthday girl happy & friends kat school pun excited. Semua peminat frozen tu.





Add caption

Kek ni saya order dari little cupcakes (fb id).
Chocolate cake 1.5kg
Rm115
Location: sek.5 kota dsara

Apam ladybug from Aida' Delights (fb id)
Rm22/ 50pcs
Location: Damansara Damai

Apam polkadot
Rm20/50pcs

Edrea tak puas hati. Nak blow candle jugak.
Ok la sayang. Kita blow kat rumah je la.

Party pack ordered from gift murah rm1.50 (fb id)
Rm20 + rm6 postage / 5pcs

Handbag Coach & Burberry....Sapa nak?

C 1

C 2

C 3

C 4

C 5

C 6

Mari-mari...mari menjamu mata! Tolong adik saya jual.

COACH SET (HANDBAG + WALLET)
GRED AAA
LIMITED STOCK
Berminat sila whatsap 017 282 2646


B 2W - BLACK

B 2W - ORANGE

B 2W - RED

B 2W - BROWN

BURBERRY 2 WAY SET
GRED AAA
LIMITED STOCK
Berminat sila whatsap 017 282 2646

Menu #3: 1hari 1resepi

Spaghetti ala Carbonara.

Menu semalam punya for dinner.



Sebenarnya saya dapat idea ni dari blog kak azie. Tapi bahan-bahan semua tak cukup. Be creative. Olah je resepi sikit ikut selera anak-anak. 


Spaghetti ala Carbonara.

Bahan-bahan

2 ulas bawang putih - dicincang 
2 batang sosej - di potong nipis
Sedikit isi ayam
1 biji telur
2 keping cheese - cincang halus
1/2 cawan susu segar
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
250gm Spaghetti (1/2 packet)

Cara-cara

1. Masak spaghetti seperti biasa. Tos kan.
2. Dalam masa yang sama, goreng ayam & sosej tadi. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur. Campurkan cheese, susu segar, lada hitam & garam. Bancuh sebati.
4. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan sosej dan ayam, spaghetti yang dah di tos.
5. Tuangkan bahan2 yang dibancuh tadi.
6. Gaul rata di atas api sederhana dengan cepat ( untuk elak kan bahan2 bancuh tadi berketul2)
7. Siap untuk dihidang. Makan.

Menu #2: 1hari 1resepi

Nasi Lemak

Anak-anak saya memang suka makan nasi lemak. Since dah lama tak masak, kita masukkan lah dalam menu list kita kan.



Diorang tak makan sambal. Simple je. Janji ada telur. Nasi kena masak bagi secukup rasa. So diorang boleh makan begitu saja.

Dan Saya suka ayam goreng macam ni. 

Ayam goreng.

2 sb bawang putih& bawang besar yang dah di blend
1 sb cili boh
1sk kunyit
Garam secukup rasa

Gaul rata bahan2 tadi dengan ayam. Goreng ayam seperti biasa.

Saya masak untuk makan tengahari. Sampai ke malam kids nak makan nasi lemak.

Misi: 1Hari 1Resepi (Menu for kids)

Tetiba hari ni ada azam baru. Nak masak menu baru setiap hari untuk anak2. Pasal apa...saya persan Edrea & Elric sekarang ni pun dah jadi picky eater. Masak ni tak makan, masak tu tak suka. Elric siap buat muka tu. Habis kuat makan biskut & fries.

So, sebelum terlambat...baik lah saya sacrify sikit. Walau pun sebelum ni memang susah nak masak tiap-tiap hari, saya akan cuba jugak jalankan misi ni. Target saya 30 resepi untuk 30 hari. So next month nak rotate menu pun diorang tak boring. Dan resepi mesti lah yang senang disediakan...coz saya memang tak boleh spend my own sweet time kat dapur sangat. Nanti banyak la drama. Sorang nak air la, yg kecik bergayut kat kaki la. Lagi satu...menu yang di sediakan tak kira untuk waktu makan pagi ke, lunch ke, tea time ke or dinner. Janji diorang perasan something new yang exciting to try.

Ok. Menu pertama...Pasta Soup! Hihihi..paling senang. Walau pun dah selalu masak..tapi kali ni kita tukar sikit.

PASTA SOUP

Bahan-bahan

1 batang lobak
1 biji kentang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 Kulit kayu manis
1 Bunga lawang
Ayam
Daun sup
1 sb minyak
4 cawan Air

Cara-cara

1. Potong  lobak, kentang & ayam bentuk kiub.
2. Mayang bawang besar, bawang putih & halia.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan hirisan tadi sehingga kekuningan.
4. Masukkan air, ayam, lobak & kentang.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Biar hingga mendidih/ masak. Taburkan daun bawang.

Sambil memasak sup tadi, di atas dapur lain masak air hingga mendidih. Letak sedikit minyak. Masukkan pasta. Saya campurkan pelbagai jenis. Masak lebih kurang 10 minit. Tos dan siap untuk dihidang.

   



Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson

Actually ni cerita lepas wedding di senawang ari tu 3.5.2014. Lama benor ye nak up story.
Lepas wedding off to port dickson. Special treats for kids. Seronok la diorang nak swimming & main pasir.



Lobby. Kids main golek2 kat sini

Our room - strait studio



Yang ni paling best, bangun pagi tengok view macam ni.
 Masyaallah! Tenang je hati.


Sebenarnya, kami pernah stay kat sini tiga tahun lepas. Masa tu dapat bilik tingkat bawah sekali. Malam tu hujan lebat. Kami keluar dinner kejap. Balik bilik je tengok bilik separuh dah banjir. Air hujan meleleh ikut dinding kaca. Saya call front desk diorang suruh transfer bilik. Ok lah. Saya nak tengok bilik dulu. Masa tu memang full house. So diorang nak transfer kami ke bilik kecik sikit. Mmm..Emily pun dah tido masa, nak angkat barang2 lagi..bilik kecik pulak tu..view tak menarik, i've decided to stay. Banjir kat tepi je pun. Tido je la dalam banjir tu...huhuhu. Esoknya supervisor datang jumpa saya bagitau staff dia silap tunjuk bilik semalam. Sepatutnya dapat bilik sama saiz & straits view. So diorang transfer kami ke bilik tu & boleh stay sampai 3pm. Ok la tu. Tak payah la saya buat complain ;).

Yang ni la kids seronok sangat. Lepas main pasir, swimming.


Nampak tak ikan2 tu? Crystal Clear!

Ni view masa breakfast. View cantik.
Tapi food selection tak banyak.



Saya tak snap gambar masa main pasir kat tepi pantai. Nak pegi pantai kena jalan sikit dalam 50meter disebelah hotel.

Overall, hotel ni sangat bagus kalo nak betul-betul tenangkan fikiran. Enjoy pemandangan laut. Tapi saya ada 3 orang budak ni..susah sikit la nak bertenang-tenang.

Kalo berminat nak survey2 harga bilik dia boleh klik link ni.





Resepi Nasi Ayam Simply Delicious - Mudah & Sedap

Finally! Jumpa jugak resepi nasi ayam yang senang disediakan dan sangat sedap! Menepati citarasa tekak saya..hihihi.

Sekarang ni, dalam keadaan Elric yang tengah lasak ni...memang nak masuk dapur pun segan. Bukan apa...tak larat nak mengemas balik. Habis barang2 dapur dia punggah. Sampai saya kena simpan periuk2 arcopal dalam kabinet, lock semua pintu kabinet. Tapi drawer tak boleh buat apa la. Serah diri je la.

So..ceritanya..kalo nak masak sekarang kena cari menu simple2 je. Kalo 1 dish je lagi bagus...huhuhu(ada berbaur kemalasan di situ). Saya pernah try beberapa resepi nadi ayam sebelum ni. Tapi tak simpan resepi tu. Maknanya belum kena selera tekak la tu.

Hari ni duk gugel lagi..terjumpa la resepi2 ni.
Resepi nasi saya guna dari blog therainbowjourney
Resepi ayam pulak saya ambik dari blog kak azie kitchen. Kombinasi ni sangat SEDAP. MUDAH & SENANG disediakan.

P/S Maafkan la gambar yang tak menarik ni. Saya tak hias dengan salad tomato bagai pasal tak makan...huhuhu


Alamak. Saya baru perasan gambar nasi yang saya snap tadi blur..huhuhu. memang x boleh pakai langsung.

Saya kongsikan kat sini jugak untuk simpanan peribadi. Next time nak makan senang..refer kat blog je.

NASI AYAM SIMPLY DELICIOUS

Nasi
4 cawan beras
4 cawan air
1 inci halia
4 ulas bawang putih
4 helai daun pandan
2 sudu marjerin
1 kiub ayam
Sedikit garam

Cara-caranya.
1. Rendam beras selama 1/2 jam. Toskan.
2. Ketuk halia dan bawang putih atau tumbuk kasar.
3. Panaskan marjerin, tumis bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
4. Masuk kan beras yang sudah di tos. Kacau seketika.
5. Kemudian masukkan kedalam rice cooker. Masukkan kiub ayam & garam. Gaul rata. Biar sehingga masak.

Sup
Ayam yang sudah di potong
1 inci halia
4 ulas bawang putih
Daun sup
Bawang goreng

Cara-caranya.
1. Masukkan air, ayam, halia dan bawang putih (diketuk) kedalam periuk. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya.
2. Apabila sudah masak, keluarkan ayam dan toskan.
3. Taburkan garam secukup rasa, daun sup & bawang goreng.


Ayam Goreng
2 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
Sedikit kicap cair
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya.
1. Tumbuk halus bawang putih dan halia.
2. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata bersama ayam yang dah di tos kan tadi.
3. Perap selama 20-30 minit.
4. Goreng dalam minyak yang betul2 panas sekejap sahaja. *untuk elakkan ayam cepat hangus dan keras.


Nampak je berjela resepi ni. Tapi nak masaknya tak sampai setengah jam pun. (Tak campur time merendam beras ye..hihihi).

Resepi ni boleh di jadikan emergency menu sebab cepat nak masak dan bahan2 semua yang simple2 je. Selamat mencuba!

Wedding in Senawang - Kami yang kelam kabut

Minggu lepas punya cerita. Hari jumaat sangat2 super packed. Turun naik kl pagi2 buta. Petang pegi lagi. In between en.hubby sempat run for his meeting. Then solat jumaat. Saya kat rumah sempat masak lauk simple2 je. Settlekan kids lunch..pastu gosok baju untuk majlis akad nikah cousin malam tu. Pastu pegi kl lagi.

Plan nya pukul 7pm nak bertolak ke Senawang. Majlis akad nikah lepas isyak. So after that balik. Esok pagi pukul 10 gerak for majlis bersanding. Masing2 dah exhausted, mula lah en.hubby made an ad hoc plan. Pack..kita try cari hotel utk malam ni. Adeh...yang penat tak habis lagi..ni nak terkejar-kejar pulak packing. Semput mak!

Tepat kluar rumah pukul 7. Tapi stuck kat cheras lebih 1 jam. Kids dah pengsan. Mommy pun sangap. Daddy pun membebel gak jem teruk sangat. Confirm la kena cari hotel malam ni.
Pengantin perempuan Wanie, cousin en.hubby.

Tak sempat nak snap gambar pun. Ni pinjam gambar yg family share dlm grup

Makan sedap. Lepas borak2...sesi mencari hotel pulak. Kitorang cari kat area Senawang tu jugak. Dah penat sangat nak ke Seremban. Semua hotel, motel full. Ngam2 pukul 12..dapat bilik kat Oakland hotel. Walaupun lokasinya sedikit scary coz kat area kilang2...tapi bilik dia not bad. RM68 for Standard room. Tak la kecik sangat. Elric sempat lagi main lari2 keliling katil. Siap gaduh jerit-jerit lagi dengan Edrea. Hai lah anak. Hotel dah la kecik. Marah orang bilik sebelah nanti.

Sabtu. Majlis bersanding.

Makan beradab


Pelamin. Cantik kan?

Bilik pengantin

Gadis manis penjual bunga

Haih...mummy pun nak jugak!


Elric? Tido!

Cousins

Ada Candy buffet

Photo booth pun ada




Total Pageviews