Premium Beautiful - Special Promo

Cousin saya active dalam Premium Beautiful (PB) bisnes ni.Tak sangka, PB sangat berkesan pada dia. Dari mula-mula pakai semata-mata nak slim balik macam anak dara ( baru dapat first child), sekarang dah buat fulltime business.

Memang boleh nampak perbezaannya. Dalam masa dua bulan, dia boleh turunkan berat badan sebanyak 8kg. Dasyat tu. Siap boleh pakai baju kahwin dua tahun lepas tu. Jealous gak saya tengok. Saya kan memang obses nak kurus. Obses je, tapi action nya tak de gak..huhuhu.

Teringin nak try PB lepas bersalin nanti. Since dah boleh tutup kilang, might as well saya slim down betul2. Hubby pon asyik perli je, teringin nak tengok saya slim macam mula-mula kahwin dulu. Ades, cabaran sungguh. 

Sekarang ni cousin saya offer special promotion untuk PB set. Bagi saiz S & M, Harganya RM2200 + Free PB wash(worth RM50), dan RM2400 bagi saiz L. Sapa-sapa yang berminat nak  try boleh la contact Zetty. Boleh set appointment dulu untuk measurement. Kalo rasa sesuai dan mampu milik, boleh lah terus beli. Kalo berminat nak join bisnes PB lagi bagus, coz saya dengar destinasi tahun ni ialah PARIS (bagi yang achieve target la). So, anda yang memang teringin sangat nak tengok Eifel Tower, baik join bisnes ni. Dapat gi Paris FREE, Dapat Extra income lagi tu. And the biggest reward, anda semakin cantik! Lumayan!

Saya: Dengar-dengar, bonus jual PB ni RM4500. Tapi tak tahu la baper banyak kena jual ;)

Moist Chocolate Cake

Suka suka suka...hahaha...sangat teruja bila first time kek menjadi (punya la keras tangan kan..huhuhu).
Dah banyak kali saya cuba buat kek, memang tak de luck. Ada je yang tak kena. Padahal resepi yang saya guna sangat-sangat lah simple. Kalo orang lain main campak-campak pon jadi gak sebijik kek. Saya ni..bukan main lagi ikut sejibik resepi yang dicopy kat google or mintak kat orang, still...tak de rupa kek...huhuhu sedih betul.

Kali ni saya cuba resepi dari blog Kak azie. Resepi ni lebih kurang macam yang saya dapat dari kawan lama Kak Azni (kek dia sangat moist). Bahan-bahannya pon senang, tak de yang pelik-pelik.

Semalam dek kerana stress melayan anak-anak kat rumah ni, daripada saya menjerit-jerit macam tarzan, saya alihkan tumpuan sekejap buat benda lain. Macam biasa lah, kalo nak hilangkan stress, either tidur atau pon makan..hihihi..jadi saya pilihlah untuk buat kek.

Cek bahan-bahan, semua ada kecuali buttermilk. Ok, kita skip satu bahan...tengok jadi ke tak. Punya la excited nak buat kan..hehehe...Dah panaskan oven semua, campur bahan tu bahan ni, alih-alih gula kastor tak cukup pulak. Aduhai...tak kan nak patah semangat kut. Apalagi, ubahsuai lagi resepi orang. Saya gantikan dengan gula merah 1 cawan.

Ni resepi asal yang saya copy dari blog Kak azie.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir (1 cwn saya guna gula kastor, 1 cwn lagi saya gantikan dengan gula merah, tak cukup punya pasal...huhuhu)
3/4 cawan serbuk koko Hershey's (saya guna serbuk koko biasa + tudor gold cocoa powder = 1 cwn)
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder (opsyenal) - Part ni, saya guna 2 sk. Soda bikarbonat dah habis...ubahsuai lagi...huhuhu)
2 biji telur saiz A
1 sk garam
1 cawan buttermilk - (saya tak guna pasal tak de dalam stok pon)
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sk vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe) - (saya guna air mendidih)

Cara Penyediaan : 

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking). 


Lenser loyang 9x13" dengan minyak dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10x10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak. (part loyang ni, serius saya confuse camane nak tahu saiz loyang...sigh...saya main hentam je loyang segiempat sama, try ukur dlm 7")

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. Putar sehingga adunan sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. (Other option, bakar pada suhu 175c selama 35 minit).

Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Dan ini lah hasilnya:



Walaupon banyak bahan-bahan yang dah di alter, still...kek ni moist dan sedap. Kalo ikut sejibik resepi kak Azie, saya rasa memang non stop la makan. Tengok gambar dia post pon dah buat saya terliur.

Apa-apa pon, saya sangat gembira kerana achieved something new today, walau pon bagi orang lain benda tu perkara biasa, tapi bagi saya ia sangat -sangat menggembirakan...hihihi

saya: lepas ni kena belajar resepi kuih talam pulak. Emily dah syok dengan kuih talam ni...pantang jumpa, mesti beli.

Hidangan Lauk Pengantin - Makan beradab

Salah satu tugas saya untuk majlis kahwin adik saya nanti ialah menyediakan lauk-pauk pengantin untuk makan beradab...eeerrr...belum tentu saya yang masak ye. Saya cari je menu yang sesuai. Kalo simple-simple tu boleh la saya masak. Tapi kalo bab mengubah udang jadi perahu layar, buah-buahan jadi bakul semua...tangan saya kayu sikit...huhuhu

Duk searching blog2 yang post pasal lauk pengantin, saya suka tengok hidangan kat bawah ni. Copy dari blog dnanies

Ayam golek kuah percik terengganu



Siakap 3 rasa

Udang panjat

Puding Laici


Macam senang dan menarik je hiasan dia. Tapi for sure saya tak kan masak ayam golek tu...hihihi..Buah-buahan tu pon actually simple je kan..guna scoop ais krim je nak buat bulat-bulat tu. Tapi tu lah, kalo dah tangan keras, benda yang senang pon akan jadi payah bagi yang tak pandai. Mahu hancur sebijik tembikai tu saya kerjakan nanti. Saya suka Dessert dia - Puding Laici tu. Nak kena google resepi ni. Boleh try buat kat rumah dulu. Agak-agak sedap dan menjadi kita jadikan lah menu pengantin...ye dak..

To Do List - Bakal Pengantin

Tetiba lak post pasal kahwin ye...bukan saya...hihihi...

Adik perempuan bongsu saya bakal melangsungkan hari bahagia tak lama lagi. Memang tak lama dah. 2hb November ni. Ngam-ngam sebulan je masa yang ada.

Adik saya Ain dah bertunang awal tahun ni. Tapi baru last week tetapkan tarikh nikah & majlis. Menggelabah jugak saya dengar. Maklum la, kami dah tak de mak...so segala perbincangan &  keputusan kami kena decide adik-beradik. Nasib baik kakak sulung saya dapat balik kampung last week. Tarikh 2hb tu dipilih setelah ditimbang-timbangkan dengan teliti. Pertamanya, kerana minggu selepas tu dah ada dua majlis kahwin kat kawasan rumah kami. Keduanya, nak buat tarikh lain selepas 2 minggu tu...tapi orang-orang tua yang berpengalaman cakap, bulan Muharram tak sesuai nak buat kenduri-kendara. "Panas" bulan tu. Maksud panas kat sini setahu saya..mungkin akan timbul cakap-cakap belakang atau pon rasa tak puas hati sepanjang majlis nanti. Paling teruk ada yang bergaduh terbang periuk belanga pulak. Dah orang-orang tua cakap macam tu, kene la kita ikut kan. Nak buat bulan Disember pulak, confirm dah penuh majlis kahwin. Cuti sekolah katakan. Memang musim kenduri kahwin. Lagi pon kene kira faktor musim hujan jugak. Kalo kat terengganu skang dah start hujan setiap petang. Kut-kut nya tahun ni musim bah cepat...tak sanggup pulak nak berarak dalam banjir (walaupon kampung saya tak pernah banjir, tapi jalan nak masuk ke kampung tu kadang-kadang air sungai naik...jadinya tersangkut jugak dalam air nanti)

Dalam masa sebulan ni, segala persiapan kena la betul-betul plan. Semuanya kena cepat. Saya buat research skit tips-tips dan list perkara-perkara yang kena buat untuk persediaan kami sekeluarga. Memang la adik saya yang nak kahwin, tapi sebagai wakil keluarga, kami kena lah sama-sama pikul tugas bagi melancarkan majlis nanti. Walaupun hanya tinggal sebulan, tapi saya dah summarize sumer info tu up to 3 months planning.

Harap-harap To-Do-List ni dapat membantu bakal2 pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa dua bulan akan datang. 


3 BULAN SEBELUM MAJLIS
·      
  •       Senarai tetamu/ jemputan dah lengkap (termasuk jumlah tetamu dan kehadiran) Kalo majlis kat kampong susah sikit nak confirmkan kehadiran ni.
  •       Tetapkan tempahan baju pengantin, pelamin, jurukamera, mak andam & kanopi.




DUA BULAN SEBELUM MAJLIS

  • Cincin perkahwinan dah ready (atau lain-lain barang kemas yang diguna sebagai mas kahwin)
  • Tentukan pengapit anda, tetapkan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda (tetapkan dengan pengapit lelaki juga).
  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  • Menghadiri kursus kahwin.
  • Daftar pernikahan dengan Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah. Buat Ujian darah di klinik.  



SEBULAN SEBELUM MAJLIS

  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati- Ni kalo tempah baju baru, kalo sewa biasanya seminggu sebelum majlis dah boleh ambil.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).
  • Tetapkan menu makanan untuk majlis nanti (Bagi mereka yang tinggal dikampung, biasanya memasak lauk-pauk secara bergotong-royong).
  • Tetapkan hidangan lauk pengantin – meja makan beradab. Pastikan seseorang  bertanggungjawab untuk tugas ni.


TIGA – SATU HARI SEBELUM MAJLIS
  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Tetapkan siapa yang bertanggungjawab untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki.
  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

PADA HARI PERNIKAHAN

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
  • Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis akad nikah.
Bagi pengantin lelaki
  • Pastikan anda telah menyediakan mas kahwin pada hari pernikahan anda.
  • Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
  • Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
  • Pastikan Cincin / gelang tangan / rantai dibawa dan dijaga rapi.
  • Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
  • Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
  • Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.

PADA HARI PERKAHWINAN
Bagi pengantin lelaki dan perempuan
  • Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
  • Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
  • Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
  • Bagi pengantin lelaki - Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan. Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung.
  • Bagi pengantin perempuan - Pastikan anda telah bersiap satu jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
  • Di atas pelamin, jangan terlalu bergerak dan menjeling-jeling pasangan anda. Jangan ter’over’ senyum atau terlalu serius. Nikmati lah hari bahagia anda dengan gembira.
  • Selamat Pengantin Baru!


Kalo ada info yang kurang sama-sama lah kita share ye. 

PRUclinic care - Medical Card perlu ada untuk semua

Prudential baru je launching medical card baru ni last month. Ni ada lah medical card pertama khas untuk pegi klinik je. Kalo sebelum ni ramai client & prospect tanya, kalo ambik medical plan, gi klinik boleh claim ke tak, so...Prudential yang Sentiasa Mendengar & Sentiasa Memahami ni tahu keperluan rakyat Malaysia, That's why we come out with this kind of medical card.



Keratan akhbar last month.

Bayangkan, setiap keluarga yang ada anak antara 0-12 tahun, paling kurang dalam 3 bulan sekali akan gi klinik, especially anak-anak yang hantar kat day care. Sekali check-up untuk selsema atau demam lebih kurang RM60. Kalo 3 orang anak, tak ke dah RM180. Tu belum kira follow up lagi. Kalo demam, batuk tak kebah-kebah jugak, lagi dua minggu pegi check lagi, ambik ubat lagi. Senang-senang je duit terbang tiga empat ratus sebulan...hanya untuk rawatan klinik. 

So, PRUclinic care ni membantu mengurangkan beban tersebut, tak kira lah anak2 ke, mak bapak ke, even orang bujang pon selalu je amik MC kan. Dengan bayaran serendah RM188 je setahun. Kredit pulak ada RM1500 setiap tahun. 

4 Faedah utama yang anda dapat kalo ada kad ni:-

1) Cover Medical cost sebanyak RM1500 setahun kalo pegi panel klinik kita.

Panel klinik kita - Cari logo ni (tapi jangan risau, u all akan dapat list of panel clinic dalam policy document)

2) Sangat-sangat senang - Panel klinik kita merata-rata seluruh Malaysia, jadi jangan risau walau kat mana pon anda berada.

3) Cashless - Guna je medical card ni masa nak bayar bil. Tunjuk je kad, sign form...dah boleh balik. Tak payah kluar cash lagi.

4) Sangat murah dan mampu milik. Tengok chart kat bawah ni.

 
Entry age next
birthday
Annual
(RM)
Half-Yearly
(RM)
Quarterly
(RM)
Monthly
(RM)
1 to 18 years old188944715.66
19 to 39 years old2881447223.99
40 to 49 years old3881949732.32
50 to 60 years old525262.50131.2543.73


Sapa yang Boleh ambil Pelan ni ?


Terbuka kepada anda yang berumur 1 -60 tahun pada hari lahir akan datang (age next birthday). Pelan ni boleh di tambah dalam pelan asal seperti PRUhealth atau PRUflexi med. Maknanya, medical card PRUclinic care ni tak boleh ambik stand alone, u all kene ambik plan yang ada major medical card, baru boleh attach dengan PRUclinic care ni.

Sebarang pertanyaan atau pon nak sign up, boleh sms, email or drop msg kat sini. Nanti saya contact u all. 

Total Pageviews