Ceritera Aidilfitri 2013


Rasanya masih tak terlambat nak ucapkan Salam Aidilfitri untuk semua. Lamanya tak cerita kat blog ye. Bulan Ramadhan lepas saya saja ber'cuti' dari berblogging. Cuba untuk elakkan diri dari perkara2 remeh yang boleh mengurangkan pahala puasa.  Kang kalau blogging jugak duk cerita tak puas hati itu ini..dah jadi kufur nikmat. Tu belum termasuk komplen pasal makanan kat param yang tak sedap, peniaga kurang adab, pelanggan yang sentap..haa..tu semua dah berbau dosa tu. Jadi...langkah mudah ambik cuti memblogging sebulan.


Kita sambung dengan cerita raya. Semenjakarwah MIL tak ada, kami pun beraya kat Terengganu lah. Al maklum abang-abang en.hubby pun masing2 beraya rumah mertua. Adik beradik saya pun tak cukup korum jugak. Ada yang balik johor, Lepar utara dan bandar Kemaman. First day beraya rumah jiran2 je.





Hari raya ke-2, saya sibuk beraya dengan kawan2 sekolah menengah dulu. Dah kawan2 mintak tolong saya organize..dengan ikhlas hati saya jayakan gathering ni. Ini adalah 1st gathering setelah 16 tahun berlalu. Kebanyakan dari kami memang tak jumpa lepas habis SPM tahun 1996. So, bayangkan lah macamana gamatnya kami bersembang. Sebenarnya hanya 23 orang je yang join. Tapi masing2 bawak family jadi bertambah meriah la dengan anak2 dan pasangan. Semua sekali lebih kurang 70 orang. Ramai gak kan. 


Ni kami...X-SMCB 1996. 

Bergambar beramai-ramai. Semua yang hadir hari tu.

Majlis sempoi yang diadakan di dewan serbaguna ni cukup bermakna bagi kami semua. Walaupun takde aturcara majlis (bagus gak takde...masing2 bz bersembang, mcm takut tak sempat nak cover semua citer dengan semua kawan2 yang datang...huhuhu). Sepatutnya ada, tapi last minute bahagian sewa PA system tu kehilangan kunci. Jadinya tak boleh bukak stor nak angkut PA tu. Jadilah majlis kami tanpa mukadimah. Jemput tetamu masuk terus makan dan sembang. Kita ada lah sediakan goodie bag. Sponsor dari kalangan kami jugak.

Seronok bila tengok semua berjaya dalam hidup. Tolak tepi pasal karier, bisnes dan kekayaan...yang kami tahu masing2 bahagia dengan keluarga dan cara hidup yang dipilih. 
Hidangan pula kami buat pot luck. Saya senaraikan menu2 yang dicadangkan, masing2 pilih nak bawak apa. Alhamdulillah. .melimpah hidangan atas meja. Siap boleh tapau lagi.


Seminggu tak habis lagi feedback dari kawan2 citer pasal gathering ni. Semua request buat lagi tahun depan. Kawan2 yang tak dapat join pun duk tanya bila next gathering. Semua tanya saya pulak tu. Diorang kata saya mastermind. Hahaha. .sangat!


Dan yang paling special untuk gathering ni adalah;

Tarrraaaa!
Siap ada nama lagi. Ganti name tag masa sekolah

Badge button untuk rakan2 yang hadir. Cantik tak? Saya bagi idea kat diorang ni..skali tengok dia design sangat puashati! Abaikan date tu ye. Saya yang salah bagi info..hihihi. siap ada nama lagi. Kalau anda berminat nak tempah boleh cari diorang ni dalam fb - TBBM tempah button badge murah. Saya berani rekemen kerana servis cepat...1 hari je urusan design..esok dah pos. Harga 1 unit pun baru rm2.50 pasal saya order sikit je.
Kalo order banyak lagi murah. Sekarang diorang ada buat promotion. Cuba cek fb tengok. Semua design cantik2. Saya bagi slogan utk diorang ni. Murah.Cepat.Kualiti.

Total Pageviews