Friday, 14 June 2013

Hari Keluarga SE-YU 2013

Atas permintaan ahli keluarga dan sanak saudara, saya dengan rendah hati organize la hari keluarga ni buat julung kalinya. Keluarga Se-Yu adalah singkatan dari nama allahyarham & Allahyarhamah tok ayah & mak tok saya – belah allahyarhamah mak saya. Semek – Yusuf. Acara telah berlangsung dengan jaya nya di Pantai Cherating, Pak Itam inn.



Lama saya rancang projek ni. Start tahun lepas. Saya hantar surat ‘pekeliling’ kepada setiap keluarga pada bulan januari. Start collect yuran penyertaan sikit2..bagi tak bebankan ahli keluarga.

Sepatutnya semua ahli keluarga termasuk baby ialah 63 orang. Tapi ada pakcik makcik dan sepupu2 saya yang tak dapat join pada hari tu. Jadinya..jumlah yang join hanya lah 45 orang. Ramai gak tu kan. Harap-harap tahun depan kedatangan penuh plus lagi dua ahli keluarga baru bakal menyusul…in sha Allah!

Ada 6 kumpulan semuanya. Acara pun tak banyak. 8 acara je. Pasal saya ingat akan ambik masa lama untuk satu-satu acara tu terutamanya acara kanak-kanak. Mesti susah nak handle  diorang. Nak bagi arahan cara bermain lagi. Nak panggil berkumpul pun sekian hal jugak.  Rupanya tak sampai 15 minit pun setiap satu. Dalan aturcara majlis sepatutnya sampai ke petang. Alih-alih belum sampai pukul 12 acara semua dah settle. Apa lagi ... ada yang berdengkur kena angin pantai. Geng-geng wanita macam biasa gossiping..hehehe..

Kuning
Oren


Putih

Biru

Ada orang tu hantar wakil anak je..mak bapak x dpt dtg

Hitam

Aik....sama kaler la pulak..katanya biru gelap

Kumpulan ikut warna baju. Al-maklumlah la first time. Tahun depan kita tempah baju ye.

Acara-acara nya lari dalam guni, Pastu Kaki tiga (acara berkumpulan), Bawa bola dalam sudu (acara kanak-kanak), Cari gula-gula dalam tepung, Isi air dalam botol, Bawa bola dalam sudu secara berlutut (game dewasa), Makan epal tangan berikat (Lawak giler), Sepakan penalty (perempuan). Gambar-gambar tak sempat nak collect dr semua . Banyak video je. tak larat nak upload dlm ni.

Yang ni je ada. Acara kaki tiga..tengok la sapa leading..hihihi

Pantai kat sini memang cantik dan sangat sesuai untuk acara sukaneka. Pak Itam inn terletak ditengah-tengah antara hotel Legend & Holiday Villa. Harga chalet pun berpatutan RM80 je dengan basic amenities. Kita pun guna bilik untuk mandi, solat, tukar baju je. Pastu yang stay geng2 bujang dan family saya..hehehe..

Acara penyampaian hadiah. Masa ni semua dah siap mandi. So tak de lah Nampak kumpulan mana yang paling banyak menang.

Emily menang tempat ke-3 acara bawa bola dalam sudu

Wakil Kumpulan terbaik

Sarapan pagi, Makan tengahari & minum petang saya ambik catering bagi memudahkan kerja. Tak nak susahkan geng-geng wanita untuk masak2. Kita nak santai je hari ni.

breakfast. Nasi lemak & teh tarik
Lunch time

Nampaknya sedara mara, sepupu sepapat sangat enjoy hari keluarga ni. Baru je habis game dah borak-borak pasal plan tahun depan…hihihi..teruja gitu. Ni pun Alhamdulillah berjaya jugak. Walaupun budget ciput & ada family members yang tak dapat join, at least we all still enjoy. Hadiah murah pun jadi lah. Untuk seronok2 je & mengeratkan Silaturrahim keluarga kami. Mission Accomplished!  Next year kita berjumpa di Terengganu pulak.

Part of us

p/s Ada sesapa yang boleh offer chalet murah di Terengganu? Nak booking dalam 10 buah chalet dalam bulan jun jugak next year. Boleh email saya ye :)

Friday, 7 June 2013

Istimewa Bulan May

Banyak tarikh-tarikh penting dalam bulan May ni. Yang pertama sekali mestilah hari lahir saya. Pasal tu la nama panggilan saya May...hihihihi..

Bermula dengan Hari ibu pada 16hb, pertama kali dapat kad dari Emily yang di buat di sekolah. Happy sangat. Balik dari Skool je terus cakap "mummy, hari ni mother's day." ok. Rupanya dia surprise kan saya dengan kad yang dia buat. Pic tak boleh upload pulak. 

18hb - Pertama kali Emily celebrate Teacher's day kat skool. Pertama kali jugak saya sibuk cari hadiah untuk dia bagi kat cikgu kelas dia. Masuk je kedai souvenir..berpusu-pusu mak bapak kat dalam tu duk sibuk cari hadiah. Anak-anak main ye-ye kan je dari tepi. Mak2 pulak yang sibuk pilih hadiah..sesuai ke tak hadiah itu ini. Bagus lah, parents skarang concern..huhuhu. End up, saya belikan frame gambar je. Pastu buat bentuk love kat kertas soh Emily tulis wish kat situ. Esoknya dia kena bawak food skali untuk makan ramai-ramai dalam kelas.

23hb - birthday biras saya

25hb - birthday saya yang ke ..erm erm...hehehe...saya dah tua..34 tahun dah. Hadiah hari lahir? tua2 boleh dapat hadiah ke? mmm..hadiah belum kunjung tiba..tak sabar menanti ni. Dah lebih 2 minggu dah belum muncul2 jugak. Apa la tu agaknya nye ek? *wink. Takde celebrate pun. Emily sibuk soh beli kek untuk mummy..tapi mummy nak makan teppanyaki je. Tak special langsung kan? Makan kat food republic One Utama lak tuh! Alaa...janji kenyang & hati senang. Alhamdulillah!. Otw balik sempat tapau Mocha Cheese  cake kat Secret receipi...hihihi

27hb - birthday adik perempuan saya yang no 4.

29hb - Yay! Emily is 5! Hi-5! Dia nak birthday party. Tapi bila memikirkan dah cuti sekolah, ramai yang dah ada plan sendiri, no point jugak saya buat party. Nanti ramai yang tak datang, Emily pun tak happy. Saya bawak dia gi main kat Yukids Island kat Curve je. Pastu surprise kan dia dengan hadiah Princess Castle's tent. Tetiba pulak mak yong dia call ajak dinner kat rumah. Makan sate la kita..oh..ada kek skali! Double Yay! Dapat jugak Emily potong kek.


5 tahun sudah. sekejap je masa berlalu

Happy kids!


Tarikh ni jugak, genap setahun arwah Tok ayah meninggal. Al-fatihah. Sedih rasanya bila dah takde datuk nenek ni. Ingat lagi, tahun lepas..Arwah tok ayah happy sangat dapat pegi umrah. 

Arwah sepatutnya pegi haji tahun sebelum tu. Dah bayar semua siap, tunggu nama naik je (dia daftar dengan ejen swasta, kalo tabung haji ada kosong nama dia akan dipanggil). Saya baru sampai dari JB pukul 3 pagi. Lepas subuh terus gerak ke Subang airport konon nak hantar dia pegi umrah. Hati rasa tak sedap..mana ada flight dari subang nak gi jeddah. Rupanya salah info. LCCT. Memang chartered Air Asia. Masa tu dah dekat pukul 8. Saya dah give up. Cakap kat hubby balik je lah. Mana sempat nak jumpa. Flight boarding kul 10. Tapi  hubby tetap drive gak. Elok je sampai kat airport saya bergegas tolak Emily dalam stroller yang kebetulan tengah demam. Alhamdulillah...sempat jumpa tok ayah. Saya berlari pulak pegi cari breakfast untuk dia. Tak jumpa kedai roti...saya belikan dunkin donut & air mineral. Dan dan tu jugak Emily muntah. Terus tok ayah suruh balik.  

Bila balik umrah saya tak sempat jemput dia pasal saya di JB..Tok ayah tak sihat. Masa buat umrah dah batuk-batuk campur lelah. Hari ke-3 lepas balik, terus masuk hospital. Hari ke-4 tok ayah dah 'pergi'. Tak sempat saya lihat wajah arwah buat kali terakhir. Bersyukur sangat hubby redah jugak pegi LCCT masa hantar dia umrah. Kalo tak..memang saya akan terkilan seumur hidup. :((

Emily lagi lah. Tinggal Aki je. Wan, mok, atok semua dah pergi dulu.Semoga roh arwah ibu, ibu mertua & bapa mertua, tok ayah & mok tok di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...tsk tsk.