Set Bersalin

Masih survey2 lagi set bersalin yang mana satu nak guna untuk berpantang kali ni.Banyak sangat produk kat market. Rambang mata nak pilih.

Masa Emily dulu, saya berpantang kat kampong. Arwah mak masih ada. Since saya orang pertama dalam famili yang bersalin operate, mak langsung tak bagi ambik set apa-apa. Dia belikan saya pil haruan je untuk pulihkan luka-luka dalaman. Tak boleh bertungku, tak berbengkung. Semua tak buat. Tu yang badan kembang lepas bersalin. Arwah takut jahitan saya terbuka..terpaksa lah saya ikut.

Bersalinkan Edrea pulak, saya ambil set Amway. Memang nampak kesan dia especially part nak kurus...hihihi. Pil-pil dia memang berkesan. Tapi teh herba saya tak boleh minum. Berangin satu badan. Kebetulan Edrea Kena kuning lama jugak sampai sebulan lebih. Rupanya Kuning pasal breastfeed. Tak boleh buat apa la. Saya la yang kena jaga pemakanan. Part pilis dengan param lagi la malas nak pakai. Malas nak melekit-lekit satu badan. Nak kena bancuh lagi. Macam mana tu? Tengok orang kurus cepat lepas bersalin jealous. Tapi sendiri tak disiplin tak ingat.

Kali ni saya rasa nak try set D'Herbs. First time jumpa set ni kat kiosk jamu kat Giant  Kota Damansara. Tengok-tengok gak kat kedai lain tak de jual pulak. Ni details saya dapat dari blog Kedaiwanita2u.


set-bersalin-mak-bidan-.jpg
Set Bersalin Mak Bidan D'Herbs
Harga : RM 199.00 (Pos Percuma)


Set Bersalin Lengkap Mak Bidan keluaran D’Herbs mengandungi :

    - Pati Herba Mak Bidan
    - Pilis & Param Mak Bidan
    - Krim Panas Mak Bidan
    - Kapsul Jamu Mak Bidan
    - Minyak Telon
    - Tungku Herba Mak Bidan
    - Perawan Herba Herbal Wash

Keterangan Terperinci Produk
Pati Herba Mak Bidan
    Menambah tenaga & memberi kesegaran selepas melalui proses
bersalinmemulihkan & meyihatkan rahim serta dapat menyembuhkan
luka jahitan.

    Diambil mulai hari pertama sehingga hari ke 20 selepas
bersalin 1 sudu pagi & 1 sudu petang selepas mkn.

Pilis & Param Mak Bidan
    Dibuat daripada herba-herba terbaik bagi membuang angin
 dalam badan serta mencantikkan kulit dan memanaskan badan &
digunakan sebagai lulur untuk membersihkan kulit badan.
Boleh digunakan di bahagian dahi bagi menyejukkan mata &
kepala dan mengelakkan pening kepala Didatangkan
dalam bentuk cecair yang memudahkan penggunaan&
tidak perlu dibancuh lagi.

    Cara penggunaan – digunakan selepas menggunakan
 krim panas Mak Bidan Sapu di seluruh badan dan di dahi
 (kecuali payudara & perut).

Krim panas Mak Bidan
    Dapat mengeluarkan angin dalam badan & memanaskan badan.
Membakar lemak serta melangsingkan badan juga mengurangkan selulit,
senggugut serta mencantikkan kulit.

    Cara penggunaan – digunakan sebagai krim urutan selepas bersalin,
sapukan di seluruh badan terutama di bahagian perut sebelum
memakai bengkung seterusnya di bahagian peha, punggung &
lengan bagi tujuan mengurangkan selulit & membakar lemak
(jangan sapu di bahagian payudara bagi wanita yang menyusukan bayi)

Kapsul Jamu Mak Bidan
    Merapatkan otot vagina, serta mengecutkan rahim,
dalam masa sama ianya juga dapat melangsingkan badan &
 menambahkan tenaga serta menyihatkan badan.

    Arahan pemakanan – ambil 1 biji 3 kali sehari
 mulai hari ke 21-40 selepas bersalin. Banyakkan minum air suam .

Minyak Telon
    Digunakan untuk mengatasi masalah perut kembung &
menghangatkan tubuh bayi.

    Cara penggunaan
 – sapu di bahagian perut, dada,
belakang badan, tapak kaki bayi selepas mandi.

Tungku Herba Mak Bidan
    Digunakan untuk mengecutkan peranakan, melancarkan perjalanan darah
 dan membuang angin serta dapat membuang darah kotor dalam badan.

    Cara penggunaan – kukus tungku selama 15-20 minit sebelum digunakan.

Perawan Herbal Soap
    Pencuci alat sulit wanita yang berfungsi untuk membersih
 alat sulit agar sentiasa bersih & segar sepanjang hari.

    Cara penggunaan – titisan perawan herbal wash pada tapak
tangan dan cuci pada alat sulit wanita hingga berbuih.
Bilas sehingga bersih.


Tengok model Khatijah Tan memang tak berselera..hihihi..tapi saya suka bab pilis & param dia yg dah siap bancuh. Tuang dan sapu je kat badan dan dahi. Senang sikit kerja....huhuhu. 

Pastu plan nak ambil Ephyra collagen dengan blogger Diana. Yang ni pon baca testimonial, boleh tambahkan susu. 

Kalo ada ongkos lebih lagi, boleh lah try Premium Beautiful set. Tapi yang ni belum tanya En.Hubby lagi. Lulus ke idak entahlah. Mesti kene brain wash dulu baru approve. Maklumlah mahal sangat. Takut saya pakai sekali-dua je..pastu simpan dalam almari...huhuhu...buang duit nanti.

Saya: Harap-harap dapat maid before deliver ni. Senang sikit nak slim down masa pantang nanti...kuang kuang kuang!



No comments:

Post a Comment

Total Pageviews