kampung ku Banjir - kemaman terengganu


Bila diri sendiri yang melalui detik cemas ni...baru lah tahu betapa takut nya bila berada dalam situasi banjir. 

Walaupun kampung saya tak ditenggelami air...tapi bila semua jalan keluar masuk sudah terputus hubungan, sangat la panik. Saya memang plan nak balik kampung cuti sekolah. Tapi nak lepas kan orientasi darjah 1 Emily dulu baru boleh balik lama sikit. Tu pun pasal nak elakkan banjir la.

Isnin malam saya bertolak balik. Gerak awal 7pm. Hujan sepanjang jalan buatkan perjalanan pun slow la. Pegi survey tempat meeting hubby dulu kat Gebeng. Malam tu air pasang. Di kemaman tak hujan tapi air sungai melimpah ke bandar Kemaman. Angin kuat sangat macam nak ribut.

Sampai di Gebeng air dah naik atas jalan di 2-3 tempat. Dah jumpa tempat yg di survey, patah balik ke kampung instead of pegi Binjai di Kemaman rumah adik saya. Kawan2 kat grup whatsapp dah inform air naik kat pintu gerbang Chendor. Sapa2 yg pernah pegi Kemaman mesti tau tempat ni. Tempat shopping keropok lekor ni.

Sampai kampung hujan dah start lebat. Semalam je hujan, air dah naik limpah atas jalan.





Ketiga-tiga jalan dah tenggelam. Bayangkan lah di Kelantan macam mana. Ni kawasan perumahan x tenggelam. Tapi kami dah panik sebab stok barang2 di kedai sekejap je habis. Orang kampung borong awal2 takut kehabisan. Mangsa yg terperangkap dalam rumah, bangunan lagi lah. Betapa sukar nya mereka yang ada anak2 kecil..nak makan, diapers tak de, ubat-ubatan tak de. 

Hari ke-3 hujan berhenti. Saya tunggu air surut. Bila jalan dah kurang air kami terus gerak balik KL dengan rasa berat hati nak tinggalkan adik-beradik saya di kampung. 

Hari ni bila contact famili kat kampung hujan trun selebat lebatnya hari ni. Dengar2 dah ada tanah runtuh sekitar bandar Kemaman.

Sama2 lah kita berdoa semoga Allah jauhkan la mala petaka dari negara kita. Semoga kita semua sempat bertaubat. Ameen. 😢

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews