Butik/ Kedai wajib masuk di Shopping Mall

Perasan tak, kalo kita saja-saja gi jalan kat shopping mall, mesti ada butik/kedai yang wajib kita nak masuk kan walaupon bukannya nak beli pon. Kadang-kadang tu tak de dalam senarai pon. Kalo memang ada tujuan tu lain la kan..ni saje nak buang masa, konon nak window shopping...padahal tak tau nak pegi mana. Jadi nak sejuk kan badan dari cuaca luar yang panas, singgah lah kat mana-mana shopping mall yang terdekat.

1. Kedai buku - Emily memang suka masuk kedai buku.Pantang gi mana-mana shopping mall, kalo ternampak je terus dia ajak masuk. Paling kurang setengah jam la kat dalam. Duk belek-belek buku, baca buku sebijik...tak pon tengok gambar je. Skarang dah pandai pegi area magazine. Cari magazine Upin-Ipin, Tinkerbell. Alhamdulillah, harap2 sikap suka membaca tu kekal la sebagai hobi. En. hubby pulak mesti kat area Business & Motivation. Pastu magazine....tengok majalah kereta. Mmm..saya? hehehe..buku first yang akan saya grab buku masakan! hahaha..macam pro. Saya memang suka tengok buku resepi, western, cakes, cookies. Tapi tu lah...sampai sudah tak menjadi. Geram nak piping cupcakes macam orang lain. Haremmm....tak pernah der berjaya. Tapi tak pe. Saya akan terus cuba dan cuba. Lepas habis buku masakan, kita ke area travelling pulak...huhuhu..tengok buku Europe la. Pastu Jepun. Tempat-tempat lain, kalo buku dia menarik baru la saya belek-belek.

2. Kedai roti/ Bakeri - Kitorang satu family suka jalan-jalan bawak bekal roti. Kalo pegi mall, singgah kedai roti buat alas perut. Kadang-kadang tu bukan alas perut pon,baru je lepas makan, tapi still nak singgah gak kedai roti. Kalo tak makan time tu, bawak balik rumah. Setiap orang pilih satu atau dua roti. Edrea skang pondah ada bahagian dia. Dia suka makan Roti sosej tu....macam daddy. Emily for sure pilih Donut. Saya punya Tuna bun & kastard filling.

3. Butik Kanak-kanak - Semenjak jadi mak budak ni, butik ni lah tempat saya window shopping. Baju sendiri dah tak de masa nak berwindow shopping. Biasa nya baju bebudak ni lah. FOS, Cotton Kids, Poney. Suka masuk FOS & Cotton Kids coz harga yang reasonable. Boleh dapat yang stylish dan murah. Poney time sale masuk la. Orang cakap budget ciput tak payah la berangan nak masuk butik mahal-mahal kan. Tapi bagi saya no point beli baju budak2 ni mahal-mahal. Pakai nya tak sampai 3-4 bulan, pastu dah tak muat. Nak-nak kalo beli kasut untuk Emily. Aduh, sampai sekarang saya tak boleh ikut saiz yang betul. Try brand ni Saiz 8, try yang ni pulak saiz 10. Harga dah la cecah ratus. Pakai 3 bulan, dah ketat. Kaki melecet. Last-last beli je yang murah-murah. Tak de brand pon tak pe. Kalo time salelai bagus. Kasut pakai buang terus. Dah tak muat, rosak..buang je terus. Tak rasa membazir sangat. Walau pon baju-baju dia boleh pass kat Edrea, tapi saya rasa not fair for Edrea. Dapat baju-baju semua bekas kakak. Bila nya nak merasa baju sendiri. So cara terbaik, beli yang murah-murah je. Janji kualiti dan cantik. Kalo koyak ke, rosak ke. Buang. Beli lain.

4. Harvey Norman - dan kedai-kedai yang sewaktu dengan nya. Hubby suka tengok tv baru, model baru, sound systems. Saya suka survey Stove, hobb, microvawe la...bak kata semua peralatan dapur. Walau pon setiap kali pegi model tu jugak, harga pon macam tu jugak-kalo kurang pon sikit je, tapi still nak tengok. Inspired kut nak dapat dapur idaman dengan semua peralatan2 tu. Emily macam biasa. Semua benda dia nak tekan, nak try. iPad la, 3D tv la, telefon la. Skang ni Edrea pulak dah pandai jalan. Dia pon nak survey2 jugak. Ronda sana-sini tengok barang.

Saya: Teringin nak makan homemade cookies la pulak..ish ish ish.


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews