To Do List - Bakal Pengantin

Tetiba lak post pasal kahwin ye...bukan saya...hihihi...

Adik perempuan bongsu saya bakal melangsungkan hari bahagia tak lama lagi. Memang tak lama dah. 2hb November ni. Ngam-ngam sebulan je masa yang ada.

Adik saya Ain dah bertunang awal tahun ni. Tapi baru last week tetapkan tarikh nikah & majlis. Menggelabah jugak saya dengar. Maklum la, kami dah tak de mak...so segala perbincangan &  keputusan kami kena decide adik-beradik. Nasib baik kakak sulung saya dapat balik kampung last week. Tarikh 2hb tu dipilih setelah ditimbang-timbangkan dengan teliti. Pertamanya, kerana minggu selepas tu dah ada dua majlis kahwin kat kawasan rumah kami. Keduanya, nak buat tarikh lain selepas 2 minggu tu...tapi orang-orang tua yang berpengalaman cakap, bulan Muharram tak sesuai nak buat kenduri-kendara. "Panas" bulan tu. Maksud panas kat sini setahu saya..mungkin akan timbul cakap-cakap belakang atau pon rasa tak puas hati sepanjang majlis nanti. Paling teruk ada yang bergaduh terbang periuk belanga pulak. Dah orang-orang tua cakap macam tu, kene la kita ikut kan. Nak buat bulan Disember pulak, confirm dah penuh majlis kahwin. Cuti sekolah katakan. Memang musim kenduri kahwin. Lagi pon kene kira faktor musim hujan jugak. Kalo kat terengganu skang dah start hujan setiap petang. Kut-kut nya tahun ni musim bah cepat...tak sanggup pulak nak berarak dalam banjir (walaupon kampung saya tak pernah banjir, tapi jalan nak masuk ke kampung tu kadang-kadang air sungai naik...jadinya tersangkut jugak dalam air nanti)

Dalam masa sebulan ni, segala persiapan kena la betul-betul plan. Semuanya kena cepat. Saya buat research skit tips-tips dan list perkara-perkara yang kena buat untuk persediaan kami sekeluarga. Memang la adik saya yang nak kahwin, tapi sebagai wakil keluarga, kami kena lah sama-sama pikul tugas bagi melancarkan majlis nanti. Walaupun hanya tinggal sebulan, tapi saya dah summarize sumer info tu up to 3 months planning.

Harap-harap To-Do-List ni dapat membantu bakal2 pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa dua bulan akan datang. 


3 BULAN SEBELUM MAJLIS
·      
  •       Senarai tetamu/ jemputan dah lengkap (termasuk jumlah tetamu dan kehadiran) Kalo majlis kat kampong susah sikit nak confirmkan kehadiran ni.
  •       Tetapkan tempahan baju pengantin, pelamin, jurukamera, mak andam & kanopi.




DUA BULAN SEBELUM MAJLIS

  • Cincin perkahwinan dah ready (atau lain-lain barang kemas yang diguna sebagai mas kahwin)
  • Tentukan pengapit anda, tetapkan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda (tetapkan dengan pengapit lelaki juga).
  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  • Menghadiri kursus kahwin.
  • Daftar pernikahan dengan Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah. Buat Ujian darah di klinik.  



SEBULAN SEBELUM MAJLIS

  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati- Ni kalo tempah baju baru, kalo sewa biasanya seminggu sebelum majlis dah boleh ambil.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).
  • Tetapkan menu makanan untuk majlis nanti (Bagi mereka yang tinggal dikampung, biasanya memasak lauk-pauk secara bergotong-royong).
  • Tetapkan hidangan lauk pengantin – meja makan beradab. Pastikan seseorang  bertanggungjawab untuk tugas ni.


TIGA – SATU HARI SEBELUM MAJLIS
  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Tetapkan siapa yang bertanggungjawab untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki.
  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

PADA HARI PERNIKAHAN

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
  • Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis akad nikah.
Bagi pengantin lelaki
  • Pastikan anda telah menyediakan mas kahwin pada hari pernikahan anda.
  • Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
  • Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
  • Pastikan Cincin / gelang tangan / rantai dibawa dan dijaga rapi.
  • Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
  • Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
  • Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.

PADA HARI PERKAHWINAN
Bagi pengantin lelaki dan perempuan
  • Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
  • Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
  • Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
  • Bagi pengantin lelaki - Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan. Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung.
  • Bagi pengantin perempuan - Pastikan anda telah bersiap satu jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
  • Di atas pelamin, jangan terlalu bergerak dan menjeling-jeling pasangan anda. Jangan ter’over’ senyum atau terlalu serius. Nikmati lah hari bahagia anda dengan gembira.
  • Selamat Pengantin Baru!


Kalo ada info yang kurang sama-sama lah kita share ye. 

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews