Menghitung Hari

Dah hampir sebulan tak update blog. Start dari Raya Haji ari tu, sampai lah last weekend...memang saya ulang alik balik kampung uruskan majlis perkahwinan adik perempuan saya. Cerita pasal majlis dia pon tak sempat-sempat nak post. Macam biasa la, gambar2 penuh dalam kamera, tapi nak upload sekeping pon payah. Tak bagus jugak kan ada teknologi canggih ni. Kita jadi tak menghargai memori yang ada. Kalo rasa nak tengok, bukak kamera view je. Kalo dulu, tak sabar-sabar nak cuci gambar, nak simpan dalam album. Sekarang simpan dalam hard disc je, buatnya hard disc crash baru padan muka.

Perjalanan balik kampung walaupun tak sampai 4 jam, bagi saya amat memenatkan. Memang duk dalam kereta je, tak turun-turun. Kalo keluar nak gi toilet, memang susah payah la nak jalan. Kadang-kadang saya tahan je. Daripada elok-elok saya boleh tahan dalam kereta, kang bangun nak gi toilet, terburai tengah jalan lagi parah.

Minggu ni kandungan dah masuk 33weeks. Cukup lah travel sampai di sini je tahun ni. Tutup buku dulu, lepas pantang nanti baru kita buat trip balik JB, balik kampung lagi. Saya dah rasa tak larat. Badan dah berat, perut dah sangat besar. 

Last week check up baby dah 2.5kg. Kena minum air glucose untuk Check diabetes. Saya memang cuak giler. Mana tak nya, masa kat kampung saya belasah makan durian tiap-tiap hari. Bukan la banyak sangat, tapi dalam 5-6 ulas gak sehari. Straight 5 hari non-stop. Saya suka makan durian dengan nasi panas (instead of pulut), campur air sikit, letak garam gula skit. Gaul dengan durian. Pergghhh..marvelous! Family saya je makan macam tu kut. Penutup penghabisan durian, masak pengat durian makan dengan pulut. Alhamdulillah! Merasa gak makan durian time pregnant ni. Masa makan beringat jugak takut gula tinggi, tapi menyesal lepas makan la. Masa belasah tu buat-buat tak ingat...huhuhuu.

Nasib baik cek sugar level OK! fuuhhh....lega sangat-sangat! Tapi doctor suruh saya jaga diet jugak coz baby dah besar sangat. Walaupon tak de diabetes, potensi nak kena akhir-akhir pregnancy ni tetap ada.Since saya kena operate jugak untuk delivery kali ni, saya dah pilih tarikh siap-siap. Lagi 3 minggu nak jumpa baby boy mummy. Tapi seriously, satu bende pon saya belum prepare. Sampai kan nama baby pon belum ada. Dah survey, tapi tak de yang berkenan. Baju baru baby pon belum beli. Tak kan nak pakai pink pulak kan. Memang tak salah, tapi nak jugak ada baju baru. Nak cari tilam untuk cot lagi. Ish...rasa macam banyak benda pulak nak kena pikir ni. Nak kena pikir cost untuk delivery lagi. Set bersalin lagi, sapa nak jaga saya masa berpantang nanti..tu pon belum settle.

Nak cari maid last minute, urgent macam ni memang susah la nak dapat. Nak booking yang jaga hari-hari pon mahal gak. 5 hari RM600. Dia datang pagi balik petang. Baik bayar maid je. Tapi nak ambik dari agensi pon kene tunggu turun jugak. Dah la mahal macam apa. Sayang ooo nak keluar duit 8k. Kualiti kerja belum tentu lagi. Tu belum kes cabut lari lagi. Bila fikir risiko macam tu la yang buatkan saya berat nak cari maid thru agency.

Tak de ke orang yang dah tak nak maid dia, boleh la pass kat saya. Dapat sementara pon jadi la. Janji lepaskan waktu pantang ni. Edrea sekarang makin dekat baby baru nak keluar, meragam dia lain macam pulak. Lagi mengada-ngada nak attention. Payah mummy nak buat kerja. Kesian jugak dia, tak sempat nak bermanja lebih-lebih dengan mummy. Nanti baby baru dah keluar la kuat merajuk agaknya.


Saya: Kadang-kadang menangis bila tengok Edrea tidur malam-malam. Rasa macam tak adil untuk dia, saya tak dapat manjakan dia macam Emily dulu. Sayang baby mummy. I love u! tsk tsk tsk :(


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews