Dilema

Saat saya post entry ni, dah 11/12/12. Bermakna tinggal 1 hari je lagi nak jumpa ahli keluarga baru ni. Excited, tak sabar dan berdebar. Emily dah asyik tanya baper hari lagi nak jumpa baby.

Alhamdulillah, dalam duk termangu-mangu nak cari maid permanent atau pon temporary...yang masih belum nampak bayangnya, adik ipar saya sudi nak jaga saya 2 minggu selama berpantang. Al-maklum orang ada anak sekolah, sampai hujung bulan ni je la. Saya dah bersyukur sangat2. Edrea pon cam ok je dengan mak lang dia.

Dalam duk excited tu, persiapan nak sambut baby baru pon ngam-ngam je ready. Dah start iron baju2 & sarung bantal, angin-angin kan bantal-bantal comel tu, dah pasang playpen, dah arrange toilettries & ubatan...mmm..bestnya bau baby ni.

Cuma satu je lagi ...yang buat saya dalam dilema! Dah discuss dengan hubby pasal family planning. At first place kami dah agree nak stop...cukup lah 3 orang je buah hati pengarang jantung ni. Lagi pon bakal dapat boy so kira complete dah la. Saya plan nak ikat peranakan je..tak berani nak plan sendiri2, tak suka nak ambik ubat perancang tiap2 hari, dan tak nak ambik IUD.

Hari tu masa check up pon doctor dah tanya keputusan muktamad. Dengan confident nya saya jawab memang nak ikat. Tapi boleh pulak doctor cakap  kita tengok dulu condition bekas operate saya camane. Kalo memang banyak organ yang dah melekat, terpaksa lah kita ikat. Tapi kalo semua ok lagi, saya akan tanya lagi sekali sebelum buat prosedur ni.

Aduss...doctor ni. Dah saya jadi dilema nak buat ke tak nak. Malam tadi tak tido saya...buat research pasal ikat peranakan ni. Apa implikasi dia terhadap kesihatan dan hubungan suami isteri. Ada satu statement dari sorang doktor ni..."Anak-anak tu anugerah dari Allah. Kita tak tahu bila Dia akan ambik balik dari kita. Jadi fikir la masak-masak sebelum buat keputusan nak ikat peranakan, kerana proses ni ada lah permanent. Kalo kita berubah fikiran untuk mengandung lagi, proses nak bukak balik peranakan yang diikat tu lagi complicated"..lebih kurang camtu lah maksud dia.

arghh..sungguh saya kelu kejap dengan statement ni. Ada betulnya apa yang doctor cakap. Bila cerita kat hubby rupanya dia pun terfikir perkara yang sama. tsk tsk....

Sesungguhnya saya ada 1 hari lagi nak buat keputusan.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews