Hangus Terbakar

Assalamualaikum. Saya kini berhadapan dengan cabaran paling besar berpantang kali ni. Aduhai...sedihnya bila berpantang yang macam tak pantang. Sedih bila orang tanya saya pantang kat mana. Bila cakap pantang sendiri kat rumah, semua suggest soh pantang kat kampung. Ada orang tua boleh jaga. Kalo ada...kalo macam saya? Dua-dua mak pon dah tak de, siapa yang nak jaga saya kat kampung nanti? Nak mintak tolong adik-adik saya, semua ada anak kecik.Masing-masing sibuk mengejar anak. Adik saya Ain pulak alhamdulillah dah preggy.

Jadi nak tak nak, terpaksa lah saya lalui hari-hari berpantang seperti hari-hari biasa. Buat kerja rumah, masak, layan 3 anak ni. Hubby sibuk kerja, time sempat dia tolong, memang dia akan buat. Tapi time dia tak de kat rumah, jenuh saya nak handle anak-anak ni.

Nasib baik luka operate saya cepat baik. Boleh lah saya bergerak settle kan semua kerja rumah. Tapi memang tak menang tangan. Memang takde masa nak berehat. Nak nap sekejap jauh sekali. Tido malam pon lepas pukul 12 baru dapat tidur.

Dek kerana tak cukup tangan nak buat kerja rumah, petang semalam berlaku lah satu insiden yang hampir-hampir membahayakan nyawa saya anak-beranak. Saya panaskan hot pad Anmum - dapat free masa kat hospital ari tu. Bagus hot pad ni. Boleh guna untuk tungku perut, tuam perut baby, dan off course untuk tuam breast bila dah bengkak tu. Berbalik kepada insiden tadi, saya kena panaskan hot pad tu dalam air mendidih untuk hancurkan balik kristal yang dah keras. Pukul 6ptg saya tenggek kat atas dapur. Sambil-sambil tu layan budak-budak tengok tv. Pastu terus bawak diorang naik atas nak mandi. Hubby outstation ke PD. Almost 8pm, hubby call cakap dah on the way balik..nak sampai dah pon. Happy lah sikit. Edrea lagi la, dengar suara daddy dah pot pet pot pet membebel dalam phone. Tak tahu lah apa dia cakap.

Tengah-tengah happy tu la baru saya teringat periuk kat atas dapur. Ya Allah! Paniknya saya. Sambil kelek Elric, saya berlari turun tangga. Rumah dah kelam dengan asap dan bau busuk. Istighfar tak putus-putus di bibir. Tengok periuk dah rentung. Subhanallah! Nasib baik Allah selamatkan saya dan anak-anak.
Buat nya berlaku lebih lagi insiden tu, mahu hilang nyawa kami berempat.

Saya menggigil dan menangis. Takut yang amat. Emosi saya terganggu malam tadi. Rasa semua tak kena. Duk salahkan diri sendiri kerana cuai. Salahkan keadaan kerana tak de sapa yang boleh tolong saya. Macam-macam rasa. Agaknya benda-benda macam ni lah yang buatkan wanita berpantang jadi gila meroyan kan. Tekanan perasaan. Padahal masalah kecik dan biasa je. Tapi kerana keaadaan kita yang belum stabil, membuatkan kita terlalu fikirkan perkara tu. Nauzubillah! Mintak Allah jauhkan saya dari semua ni. Kuatkan lah semangat dan kesabaran saya demi anak-anak. Aameen! 

2 comments:

  1. hot pad anmum ni mmg bagus ke utk bertungku....

    ReplyDelete
  2. Hot pad ni actually legakan breast bila tgh full. So kurangkan sakit dan senang nk pump. Tp boleh jugak guna utk tuam perut baby, bertungku..memang multi function . Best!

    ReplyDelete

Total Pageviews