Elric yang Overweight

Semua tertunggu-tunggu saya bawak baby Elric gi check up. Pasal apa? Pasal nak tahu berat sebenar budak kecik ni. Semua orang tengok dia geram nak cubit, ada yang tak percaya baru 2 bulan. Ada yang geram dengan peha...hihihi ...lawak la jugak. So, jawapan sebenar berat Elric ada lah 7.02kg @ 2 bulan. Baru 2 hari lepas timbang. Fuhh..memang semangat baby boy mummy ni. 

Pipinya! Bulu mata lentik tak tahan tuh....huhuhu

Actually ok je berat badan dia since he's fully breastfeed. Boy pulak tu. Normal la anak lelaki menyusu kuat. Saya bersyukur sangat-sangat ada susu, cukup untuk susu kan dia. Kalo lah minum susu formula, saya tak boleh bayangkan baper tin kena beli setiap bulan. Ye la, cuba kira kalo setiap jam nak susu. Paling sekejap menyusu 15 minit. Paling lama sejam. Kalo minum susu botol mau 11 auns tuh. sebotol penuh. 1 hari dah baper botol. Sebulan? adoiii....beruban kepala daddy nak cari duit beli susu...huhuhu

Kekenyangan selepas setengah jam mengembeng

  Kakak Edrea tumpang tido playpen Elric. 
Tapi Elric main cak-cak lak dengan mummy


Alhamdulillah, tak banyak meragam. Tapi menyusu tu jangan cakap la. Paling lama sejam duk menyoyot je. Sambil tidur tu, ngam-ngam lepas susu elok je mata cerah. Fresh! Mummy la yang tak boleh buat kerja. Malam tido ok je. Sekali je bangun. Siang la yang liat sikit. Suka nak orang teman dia. Habis tu kakak2 lapar nak makan apa sayang oi..mummy nak masak, nak kemas dapur, nak basuh baju. Kain baju yang tak berlipat jangan cerita la. Emily kata macam mountain dah! Memang pon. 

Selain hubby, Emily banyak tolong saya buat kerja rumah. Walau pun kadang-kadang kena paksa, tapi boleh la di harap anak dara mummy ni. Tapi bila dengan daddy dia lain pulak. Nak mandi soh daddy teman, nak lap rambut pun soh daddy buatkan, sikat rambut, pakai bedak. Semua daddy lah. Memang anak manja daddy. Tu yang asyik gaduh dengan Edrea je. Edrea ni lain pulak karakter dia. Independent. Tapi bila kakak buat something, dia jealous. So, menjerit-jerit lah gaduh. Tengok kakak dekat dengan daddy terus dia jerit marah kakak. Dia pulak enterprem.

Anak dara mummy tolong sidai baju. Thank you Kakak Emily!

Edrea pulak, lepak dalam play pen. 

Al-maklum tak boleh dekat dengan kakak. Nanti kang pecah rumah dengar suara menjerit, menangis. Tak paham saya. Kenapa dengan kakak yang dia jealous. Tapi dengan baby ok pulak. Caring. Pantang dengar baby nangis terus gi jenguk " mi...aby!" pandai dah bagitau mummy.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews