Bubur Chacha Marvelous


Taraa...haa...hari ni baru sempat nak update dalam blog. Bukan apa, saya nak simpan resepi favourite kat dalam blog. Senang next time nak refer bukak blog je. Tulis tetap tulis, tapi atas sehelai kertas..pastu simpan dalam box kat dapur. Time nak masak kene belek sehelai2 yang mana satu resepi yang nak. Kekadang tu resepi hilang terus..hihihi

Bubur chacha ni saya masak last weekend. Di kala petang hari perut pun berbunyi mintak di isi. Tambah pulak hujan selebat-lebat nya. Konon nya nak gak lelap kan mata walau 10 minit...tapi kan..dek kerana 2 rakyat kecik buat bising, rakyat yang hero tu tak jadi tido...so permaisuri pun terpaksa lah batalkan niat asal.

Hangin punya pasal, kita cari lah terapi dia. Masuk dapur...masak! pastu Makan! huhuhu

Saya simpan resepi kat sini. Mana tahu orang lain pun boleh refer. Senang je...campak2,...15 minit dah siap.

Bahan-bahan

1 biji keledek di potong dadu (saiz sederhana)
100 gm chacha
2 sudu besar biji sagu (di rendam seketika)
1 paket santan (serbuk)
3 cawan air
gula melaka (lebih kurang 3cm, yang bulat punya)
4 sudu besar gula
secubit garam
sehelai daun pandan (di simpul)

Cara-cara
1. Rebus chacha & keledek selama 5 minit ( agak-agak chacha dah kembang and keledek separa lembut). Tos kan.

2. Di dalam periuk lain bancuhkan santan dengan air. Campak semua bahan lain. Masuk kan chacha & keledek. Masak di atas api sederhana. kacau sekali-sekala.

3. Dah mendidih, maknanya dah masak. Sedia untuk dimakan :)

Makan panas-panas, pastu layan kopi O...perghhh..marvelous!

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews