Moist Chocolate Cake

Suka suka suka...hahaha...sangat teruja bila first time kek menjadi (punya la keras tangan kan..huhuhu).
Dah banyak kali saya cuba buat kek, memang tak de luck. Ada je yang tak kena. Padahal resepi yang saya guna sangat-sangat lah simple. Kalo orang lain main campak-campak pon jadi gak sebijik kek. Saya ni..bukan main lagi ikut sejibik resepi yang dicopy kat google or mintak kat orang, still...tak de rupa kek...huhuhu sedih betul.

Kali ni saya cuba resepi dari blog Kak azie. Resepi ni lebih kurang macam yang saya dapat dari kawan lama Kak Azni (kek dia sangat moist). Bahan-bahannya pon senang, tak de yang pelik-pelik.

Semalam dek kerana stress melayan anak-anak kat rumah ni, daripada saya menjerit-jerit macam tarzan, saya alihkan tumpuan sekejap buat benda lain. Macam biasa lah, kalo nak hilangkan stress, either tidur atau pon makan..hihihi..jadi saya pilihlah untuk buat kek.

Cek bahan-bahan, semua ada kecuali buttermilk. Ok, kita skip satu bahan...tengok jadi ke tak. Punya la excited nak buat kan..hehehe...Dah panaskan oven semua, campur bahan tu bahan ni, alih-alih gula kastor tak cukup pulak. Aduhai...tak kan nak patah semangat kut. Apalagi, ubahsuai lagi resepi orang. Saya gantikan dengan gula merah 1 cawan.

Ni resepi asal yang saya copy dari blog Kak azie.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir (1 cwn saya guna gula kastor, 1 cwn lagi saya gantikan dengan gula merah, tak cukup punya pasal...huhuhu)
3/4 cawan serbuk koko Hershey's (saya guna serbuk koko biasa + tudor gold cocoa powder = 1 cwn)
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder (opsyenal) - Part ni, saya guna 2 sk. Soda bikarbonat dah habis...ubahsuai lagi...huhuhu)
2 biji telur saiz A
1 sk garam
1 cawan buttermilk - (saya tak guna pasal tak de dalam stok pon)
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sk vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe) - (saya guna air mendidih)

Cara Penyediaan : 

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking). 


Lenser loyang 9x13" dengan minyak dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10x10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak. (part loyang ni, serius saya confuse camane nak tahu saiz loyang...sigh...saya main hentam je loyang segiempat sama, try ukur dlm 7")

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. Putar sehingga adunan sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. (Other option, bakar pada suhu 175c selama 35 minit).

Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Dan ini lah hasilnya:



Walaupon banyak bahan-bahan yang dah di alter, still...kek ni moist dan sedap. Kalo ikut sejibik resepi kak Azie, saya rasa memang non stop la makan. Tengok gambar dia post pon dah buat saya terliur.

Apa-apa pon, saya sangat gembira kerana achieved something new today, walau pon bagi orang lain benda tu perkara biasa, tapi bagi saya ia sangat -sangat menggembirakan...hihihi

saya: lepas ni kena belajar resepi kuih talam pulak. Emily dah syok dengan kuih talam ni...pantang jumpa, mesti beli.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews