Al-Fatihah

Innalillahiwainnailaihirojiun. Baru dapat berita dari sahabat rapat saya tentang pemergian abahnya petang tadi kerana penyakit kencing manis yang dihidapi sekian lama. Semoga sahabat saya tabah menghadapi dugaan besar dari Allah ini.

Sama seperti arwah bonda & nenek saya. Pemergian mereka gara-gara penyakit ini. Penyakit yang menjadi keturunan keluarga sebelah mak saya. Yang paling terkesan, arwah nenek masa tu teringin sangat nak kenal dengan bakal cucu menantu nya ( sebelum saya kahwin). Sepatutnya saya balik kampung bawak bakal suami untuk kenalkan kepada ahli keluarga. Tapi dek kerana kerja, saya terpaksa batalkan niat tu. Akhirnya, arwah mak tok tak sempat jugak kenal. Rasa terkilan sangat dengan ralat sebegini.

Arwah mak pula pergi 2 bulan selepas ibu mertua saya. Sangat-sangat sedih kehilangan dua ibu sekali gus dalam masa yang sangat dekat jaraknya. Saya doakan wanita-wanita kesayangan saya ini dicucuri rahmat mereka dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Hanya doa yang mampu saya iringkan. Semoga doa-doa ini mampu membantu mereka di alam sana. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews